Apa Perlu Dibuat Apabila Kucing Anda Ingin Mengawan? Memahami Kitaran Mengawan Kucing.
Mengalu-alukan kehadiran si comel baharu di rumah anda melibatkan suatu peristiwa unik, iaitu kitaran mengawan kucing. Kucing betina yang tidak dikembiri, dikenali sebagai ratu, akan memasuki kitaran estrus dan boleh menjadi bunting, lazimnya pada usia kira-kira enam hingga tujuh bulan. Namun bagaimana pula dengan kucing jantan? Walaupun kucing jantan tidak mengalami kitaran mengawan, kucing jantan boleh menunjukkan gejala kucing jantan ingin mengawan, terutamanya apabila kucing jantan menghidu kehadiran kucing betina ingin mengawan. Kucing jantan dan betina kedua-duanya menunjukkan tingkah laku yang jelas pada waktu ini, dan memahami tingkah laku ini dapat membantu mengelakkan kucing bunting yang tidak diduga dan memastikan persekitaran rumah dalam keadaan aman. Berikut adalah perkara yang setiap pemilik kucing perlu tahu!
Tanda-tanda kucing ingin mengawan
Mengenal pasti kucing ingin mengawan boleh jadi penting bagi memahami dan menguruskan tingkah laku kucing anda. Kucing yang ingin mengawan menunjukkan beberapa tanda, kebanyakannya tingkah laku, yang menunjukkan kitaran estrus telah bermula. Berikut adalah beberapa gejala kucing betina ingin mengawan:
- Berkelakuan mesra: Salah satu tanda kucing ingin mengawan yang ketara ialah kelakuan kucing yang lebih mesra. Kucing anda mungkin mula bergesel dengan perabot, kaki anda, atau malah haiwan lain, seringkali melengkungkan badan dan menaikkan ekor.
- Dandanan yang berlebihan: Dandanan yang berlebihan, terutamanya pada bahagian genital, adalah satu lagi gejala kucing betina ingin mengawan, namun kelakuan ini juga memberi tanda masalah kesihatan lain jika tiada tanda-tanda ingin mengawan yang lain.
- Suara: Suara juga menjadi jelas; melolong tidak berhati-henti merupakan panggilan kepada kucing jantan.
- Hilang selera makan: Sesetengah kucing hilang selera makan, kerana fokusnya telah beralih daripada makanan kepada mencari pasangan.
- Berusaha melepaskan diri: Kucing betina dan juga kucing jantan mungkin cuba melepaskan diri daripada rumah lebih kerap, didorong oleh naluri untuk mencari pasangan.
Bilakah kucing ingin mengawan?
Kucing ingin mengawan, atau memasuki kitaran estrus, apabila mencecah usia remaja, lazimnya antara usia 4 dan 12 bulan. Kucing indoor yang mendapat cahaya dan suhu yang konsisten, mungkin mengalami kitaran mengawan sepanjang tahun, tidak seperti kucing jalanan yang lazimnya bermusim. Faktor seperti waktu cahaya dan lokasi jelas mempengaruhi waktu kucing ingin mengawan. Di lokasi seperti Hemisfera Utara, kucing sering memasuki fasa ingin mengawan dari Januari hingga musim luruh.
Berapa lama kucing ingin mengawan?
Kucing yang ingin mengawan boleh kekal dalam keadaan ini selama 9 hingga 10 hari jika bukan baka asal, dengan kitaran berlaku setiap tiga hingga empat minggu. Walaupun kebanyakan kucing mempunyai 2 hingga 4 kitaran setahun, sesetengahnya mungkin mempunyai kitaran yang lebih kerap, menyebabkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti lebih mesra dan perubahan suara.
Apa itu kitaran mengawan pada kucing?
Kitaran mengawan kucing, saintifiknya dikenali sebagai estrus, merupakan siri perubahan hormon yang mempersiapkan kucing betina untuk pembiakan. Kitaran ini merangkumi beberapa peringkat:
- Prostrus: Berlaku selama satu hingga 2 hari dengan tahap estrogen meningkat tetapi tiada gejala yang kelihatan. Kucing jantan mungkin menunjukkan minat, tetapi kucing betina belum ingin membalas.
- Estrus: Fasa yang lebih jelas, berlangsung tiga hingga 14 hari. Semasa fasa ini, kucing menunjukkan tanda seperti lebih mesra dan perubahan suara, dan seterusnya mengawan.
- Interestrus atau Metestrus: Jika kucing tidak mengawan, fasa ini berlangsung satu hingga tiga minggu, ditandai dengan pengurangan tanda-tanda sebelum kitaran bermula semula. Jika kucing mengawan dan persenyawaan berlaku, fasa ini melibatkan bunting.
- Anestrus: Tempoh tidak aktif biasanya berlaku apabila hari-hari lebih pendek, menandakan jeda dalam aktiviti hormon. Memahami tempoh kucing dalam kitaran ingin mengawan dan setiap fasa kitaran adalah penting bagi menguruskan tingkah laku dan kesihatan pembiakan kucing anda.
Bagaimanakah cara menenangkan kucing yang ingin mengawan?
Apabila kucing anda ingin mengawan, persekitaran yang menenangkan adalah kunci bagi menjadikan kucing tenang dan selesa. Berikat adalah beberapa cara untuk anda melakukannya:
- Kucing ingin mengawan berkembang maju dalam persekitaran yang tenang
- Jadi, cuba kurangkan perkara yang membuat kucing tertekan seperti bunyi yang kuat atau tetamu yang tidak biasa dilihatnya di rumah anda.
- Menyediakan tempat yang selesa, seperti selimut hangat atau papan pemanas, di samping muzik lembut dan pembaur feromon, dapat membantu mengurangkan ketidakselesaannya.
- Memberi kucing anda catnip, masa bermain tambahan, dan mainan interaktif juga boleh bertindak sebagai gangguan yang berkesan.
- Mengekalkan kebersihan tandas kucing boleh mengurangkan kes kucing memancutkan air kencing merata-rata.
- Jika anda tidak merancang untuk membiakkan kucing anda, pertimbangkan pengembirian untuk menggelakkan kitaran ini pada masa depan dan dapatkan nasihat doktor haiwan sekiranya ada kebimbangan.
Mengemudi kitaran mengawan kucing anda boleh jadi pengalaman yang unik, tetapi dengan pemahaman dan penjagaan, anda boleh membantu kucing anda melaluinya dengan selesa. Dengan mencipta persekitaran yang tenang dan sentiasa melibatkan kucing anda dengan mainan dan kasih sayang, anda boleh melegakan gejalanya dan menguatkan ikatan anda. Ingat, pengembirian menawarkan penyelesaian jangka panjang bagi mengelakkan kitaran ini selama-lamanya. Sehingga itu, nikmatilah detik indah anda dengan kucing anda yang ditunjukkan semasa menjaganya pada waktu ini.