Tanda Kucing Sayang Kita
Memenangi hati kucing bukanlah hal yang mudah, tetapi berjaya menawan hatinya akan menjadi kebahagiaan yang luar biasa bagi para pencinta kucing. Oleh itu, bagaimana kita boleh mengenal pasti tanda-tanda kucing sayang kita?
Kucing mempunyai caranya untuk menunjukkan perasaan kasih sayang. Kita hanya perlu cuba mengerti tanda-tanda kucing sayang kita. Ia adalah umpama bahasa rahsia, misalnya bunyi dengkuran, kelipan mata secara perlahan, dan perbuatan menguis tangan. Jika anda masih tidak dapat mengenal pasti tanda-tanda kucing sayang anda, keliru tentang soalan seperti adakah kucingmu mengambil berat tentang anda, atau lebih penting lagi, adakah si comel sayangkan anda ataupun hanya menginginkan makanan, maka artikel ini adalah untuk menjawab persoalan-persoalan anda. Mari kita kupas bahasa cinta kucing dan mengertikan tanda-tanda kucing sayang kita, serta merungkai bagaimana kita boleh membuat kucing sayangkan kita. Bagi pemilik kucing, misi ini adalah ibarat mencari kunci untuk harta karun yang penuh dengan detik-detik manis bersama anak bulus kita.
14 Tanda Kucing Sayang Kita
Berikut merupakan cara untuk mengenal pasti tanda-tanda kucing sayang kita.
Kucing Berdengkur Dekat dengan Kita
Apakah antara tanda kucing sayang kita? Jika kucing anda mengeluarkan bunyi “purr” atau berdengkur, ia merupakan satu cara untuk mengetahui bahawa kucing tersebut suka kita.
Kucing Tidur Atas Badan Kita

Jika kucing anda suka tidur di atas badan anda, maka ini adalah tanda kucing sayang pada tuannya.
Kucing Mengekori Kita
Jika kucing anda suka mengekori anda, ini juga adalah tanda kucing sayang pada tuannya.
Kucing Mengelip Matanya Perlahan-Lahan
Perbuatan mengelip mata yang dibuat secara perlahan menandakan kucing anda berasa selesa dan adalah tanda kucing sayang pada tuannya.
Kucing Melagakan Kepalanya
Jika kucing anda melagakan kepalanya pada tubuh anda, ia merupakan cara kucing sayang tuannya.
Kucing Tidur dengan Kita

Kucing anda selalu tidur bersama dengan anda? Ini adalah tanda kucing sayang pada tuannya.
Kucing Memberi Kita Hadiah
Jika kucing anda membawa pulang buruannya sebagai hadiah, maka anda merupakan insan yang istimewa dalam hidupnya dan merupakan cara kucing sayang tuannya.
Kucing Mengiau pada Kita

Apa lagi tanda kucing sayang pada tuannya? Ngiauan singkat menandakan kucing anda menyayangi anda.
Kucing Mendedahkan Perutnya

Jika kucing anda mendedahkan perutnya kepada anda, maka ia juga merupakan cara kucing sayang tuannya.
Kucing Menggigit Kita

Gigitan manja merupakan tanda kucing sayang kita.
Kucing Menguis Tangannya
Jika kucing anda menguis tangannya pada diri anda, ini bermakna si comel anda berasa senang hati semasa bersama dengan anda, dan ini adalah cara kucing sayang tuannya.
Kucing Menjilat Kita
Tertanya-tanya kenapa kucing jilat kita? Perbuatan menjilat menandakan perasaan kasih sayang dan cara ia cium pemiliknya. Jadi, inilah jawapan kepada persoalan kenapa kucing jilat kita.
Kucing Merapikan Kita
Bagaimana saya dapat menentukan yang kucing saya sayangkan saya? Ia akan merapikan anda seperti ia merapikan dirinya.
Kucing Mengurut Kita
Bagaimana kita boleh tahu yang kucing sayangkan kita? Jika kucing anda sanggup mengurut anda, maka ia benar-benar menyayangi anda.
Bagaimana Anda Boleh Menunjukkan Kasih Sayang Kepada Kucing Anda
Adakah kucing saya sukakan saya? Kucing anda akan jika anda:
Rapikan Kucing Anda
Hanya dengan merapikan si manja anda, anda boleh mengeratkan lagi hubungan dengannya.
Luang Masa Bersama Kucing Anda
Ingin membuat kucing anda sukakan anda? Cuba luangkan masa untuk bermain, bermanja dan merapikannya.
Hidangkan Makanan Kepada Kucing Anda
Cara yang paling mudah untuk membuat kucing anda sukakan anda adalah dengan memanjakannya dengan snek kucing TEMPTATIONS™. Adakah kucing saya sukakan saya atau ia hanya mahukan makanan sahaja? Jawapannya ialah, dua-dua!
Pelajari Bahasanya
Bagaimana saya dapat menentukan yang kucing saya sayangkan saya? Cuba perhatikan bahasa badannya.
Urut Kucing Anda
Kucing anda pasti tidak dapat menolak urutan dan belaian yang anda berikan kepadanya, sekali gus membuat ia bertambah sayang.
Sediakan Tempat Tidur Yang Selesa
Jika kucing anda suka tidur berdekatan dengan anda, maka tanda sayang anda. Justeru anda juga boleh menyediakan tempat tidur khas untuknya berhampiran anda.
Belai Perut Kucing Anda
Nak tahu sama ada kucing anda sukakan anda? Cuba gosok dan belai perutnya.