Temptations imagery

Fakta Menarik Tentang Kucing

Fakta Menarik Tentang Kucing

Kecomelan kucing sememangnya tiada tandingan. Kucing merupakan haiwan perliharaan paling popular kerana ia penuh dengan kecomelan and kucing meow boleh menawan hati sesiapa. Kegembiraan bersama kucing munchkin menjadikan teman terbaik untuk semua. Kucing rapat dengan manusia dan juga dipuja sebagai tuhan dalam banyak kebudayaan. Kucing kekal sebagai ikon pop seperti Garfied dan Jasper (ataupun Tom), tambahan kepada kehebatan dan perangainya.

Tingkah laku kucing memang menakjubkan dan misteri, anda memang sukar untuk memahami pemikiran kucing comel ini. Terdapat lebih maklumat mengenai kucing disini dan kami akan berkongsikan dengan anda rahsia-rahsia haiwan enigma ini – 10 fakta tentang kucing.

10 fakta kucing yang menakjubkan

Jika anda pemilik kucing baharu, adalah perkara biasa untuk mempunyai pertanyaan tentang kucing anda, seperti mengapa kucing mengeow atau adakah kucing tidak suka air? Oleh itu, berikut adalah 10 maklumat kucing dan fakta tentang kucing yang membolehkan anda lebih memahami kehidupan hebat kucing munchkin anda!

  1. Adakah kucing mempunyai 9 nyawa?

    Kenapa kucing ada 9 nyawa adalah soalan yang sering ditanya. Kucing mempunyai 9 nyawa merupakan salah satu kepercayaan popular mengelilingi kucing. Fakta ini antara sebab menjadikan kucing sangat popular, dan ia membuat kita ingin mengetahui kenapa kucing ada 9 nyawa.

    Sebenarnya, kucing tidak mempunyai 9 nyawa, tetapi kucing adalah haiwan yang paling sihat antara kesemua haiwan dan jangka hayat hidupnya agak panjang, antara 15 hingga 21 tahun. Kucing juga mempunyai diet yang sihat dan bebas daripada penyakit yang serius mejadikan kucing sering hidup lebih lama. Kenapa kucing ada 9 nyawa atau tidak, apa yang anda mahu lakukan ialah memastikan kehidupan kucing anda gembira dan bebas tekanan. Jadi, lain kali apabila anda bertanya-tanya kenapa kucing ada 9 nyawa, pastikan anda lebih menyayangi kucing anda sepanjang hidupnya.

  2. Kenapa kucing mendengkur?

    Terdapat banyak spekulasi tentang fakta kucing mengenai kenapa kucing mendengkur. Ini merupakan antara fakta unik tentang kucing. Pernahkah anda bertanya-tanya kenapa kucing mendengkur? Tingkah laku kucing pendiam dan misteri, tetapi banyak yang ingin disampaikan oleh kucing kepada orang kesayangan mereka. Kucing meow merupakan ‘perbualan’ kucing, dengkuran adalah bunyi getaran yang panjang dihasilkan dari kerongkongnya. Jadi, kenapakah kucing meow dan berdengkur? Kucing kebanyakannya berdengkur untuk membantu menghasilkan endorphin yang menenangkan kucing serta berinteraksi dengan orang kesayangan mereka seperti anak kucing bersama ibunya

  3. Adakah kucing benci air?

    Mungkin anda pernah menonton video kucing jatuh ke dalam air atau tidak suka dimandikan yang membuat anda berfikir kenapa kucing benci air? Tidak adil untuk mengatakan bahawa semua kucing membenci air walaupun maklumat kucing juga menunjukkan bahawa kebanyakan kucing tidak menyukai air. Tetapi, tahukah anda kenapa kucing benci air? Tingkah laku kucing ini disebabkan kucing biasanya hidup di persekitaran yang kering dengan sedikit atau tiada pendedahan kepada sumber air seperti tasik atau sungai. Disebabkan air adalah unsur yang asing kepada kebanyakan kucing, mereka biasanya mengelak daripada air kecuali untuk tujuan hidrasi. Walau bagaimanapun, baka kucing seperti Turkish Angora, Maine Coon, Bengal Cats dan Norwegian Forest sukakan air dan boleh menghabiskan masa bermain dengan air! Jadi ingatlah bukan semuanya baka kucing yang benci air.

  4. Kenapa kucing sukakan kotak?

    Selain daripada pertanyaan seperti adakah kucing mempunyai 9 nyawa, pertanyaan ini juga merupakan salah satu daripada 10 maklumat tentang kucing. Kucing adalah sangat bijak walaupun fizikalnya kecil daripada haiwan-haiwan lain dalam hidupan liar kerana kucing boleh menjauhkan diri dari pemangsa yang besar. Justeru, kucing lebih suka ruang kecil dan tertutup yang memberikan perlindungan daripada sebarang ancaman. Walaupun kucing peliharaan tidak memerlukan perlindungan, naluri semulajadinya boleh diperhatikan semasa kucing berada di dalam kotak yang akan memberi keselesaan dan ketenangan kepada kucing. Kucing juga menggunakan kotak untuk menyembunyikan diri dan bermain dengan tuanya - anda!

  5. Kenapa kucing suka catnip?

    “Kenapa kucing suka catnip” juga adalah salah satu pertanyaan yang popular. Sekiranya anda pemilik kucing, anda pasti menyedari kucing gemar catnip. Jadi, kenapa kucing suka catnip? Oleh sebab catnip adalah tumbuhan yang kaya dengan nepetalactone, sejenis kimia yang boleh merangsang reseptor deria di dalam otak kucing. Kucing yang di bawah pengaruh catnip akan menunjukan tindak balas yang positif, contohnya menimbulkan perasaan gembira dan kucing akan suka menggeserkan badannya dengan catnip, menjilat atau mengunyah daunnya. Sekarang anda telah mengetahui kenapa kucing suka catnip, ingatlah untuk memberi kucing anda mainan catnip baharu dan lihat betapa gembiranya!

  6. Adakah kucing selalu mendarat dengan kakinya?

    Fakta kucing ini adalah benar kerana kucing mempunyai sistem keseimbangan yang luar biasa yang dikenali sebagai ‘refleks pembetulan’ ini membolehkannya menorientasikan diri dan SERING mendarat di kakinya dengan selamat ketika melompat atau jatuh dari tempat tinggi. Terdapat satu lagi maklumat kucing yang menakjubkan adalah, sebagai tambahan kepada refleks kucing, telapak kaki kucing juga boleh melindunginya ketika jatuh dari tempat tinggi dengan memastikan tiada kecederaan yang berlaku. Disebabkan kebolehan kucing boleh mendarat dengan kakinya menyebabkan kehidupan kucing bertambah baik, pasti orang tertanya, adakah kucing ada 9 nyawa?

  7. Bagaimanakah hujan kucing dan anjing?

    Salah satu lagi soalan yang biasa ditanyakan ialah makna hujan kucing dan anjing. Sebagai simpulan bahasa ‘hujan kucing dan anjing’, perkara ini tidak pernah berlaku. Walaupun haiwan comel ini tidak pernah jatuh dari langit, simpulan bahasa ini datang dari abad ke-17. Disebabkan saliran air yang buruk di bandar-bandar England, banjir yang berlaku akan melemaskan anjing liar dan kucing. Terdapat lagi kepercayaan lain bahawa simpulan bahasa itu berasal daripada 'catadupa’, satu perkataan Italian lama yang bermakna air terjun.

  8. Adakah kucing meow dengan manusia sahaja?

    Setakat ini, anda telah memahami kenapa kucing mendengkur, tetapi pernahkah anda terfikir mengapa kucing meow? Kucing adalah haiwan yang sangat pintar dan boleh menghasilkan beberapa jenis bunyi. Kucing meow merupakan bunyi yang biasa dihasilkan oleh kucing. Kucing meow bukanlah bunyi yang dihasilkan untuk berkomunikasi dengan kucing lain, sebaliknya untuk berinteraksi dengan manusia! Mengiau merupakan satu cara untuk menyapa, menarik perhatian anda ataupun inginkan makanan, permainan atau kasih sayang anda! Sekarang, fakta ini boleh membantu anda dalam mengetahui mengapa kucing meow dan seterusnya lebih memahami tentang kucing anda.

  9. Mengapakah kucing membawa pulang bangkai haiwan atau ‘hadiah’?

    Tambahan kepada fakta unik tentang kucing, kucing bukan sahaja setia dan penyayang, mereka juga ingin menunjukkan betapa bermaknanya anda kepada mereka dengan menghadiahi anda bangkai haiwan. Walaupun ia membuatkan anda berasa tidak selesa, tetapi terdapat maknanya tersendiri. Ibu kucing memburu makanan bagi anak kucing, jadi apabila kucing anda membawa pulang bangkai haiwan sebagai snek, ia menunjukkan mereka menerima anda setaraf dengan anak mereka dan bertanggungjawab kepada anda, jadi hargailah kasih sayang mereka. Dengan maklumat kucing ini, berilah layanan yang lebih baik dengan memeluk kucing anda semasa mereka membawa balik ‘hadiah’.

  10. Kenapa kucing menguasai internet?

    Sekiranya anda tertanya-tanya mengapa kucing sangat popular, disini terdapat satu lagi fakta tentang kucing! Kucing luar biasa ini sudah dikenali untuk menguasai internet. Kucing bukan sahaja penuh dengan kecomelan dan menawan hati tetapi juga adalah sangat pintar malah berkarisma serta sedia berbakat di depan kamera! Kucing comel yang mulia ini selalu gemar menunjukkan tingkah laku kucing di depan kamera. Tidak hairanlah mengapa kucing boleh menguasai internet untuk berdekad-dekad lamanya dan tetap akan meneruskan untuk masa hadapan!

Kucing adalah sahabat anda yang penuh dengan kesempurnaan ini layak diberi keistimewaan dalam hati anda. Jadi, apa yang lebih baik daripada snek kegemaran kucing - Temptations™? Goncang sahaja dan bawa kucing ke dalam pelukan anda!

Frequently Asked Questions

  1. Apakah fakta tentang kucing yang menarik?

    Kucing sememangnya hebat dan penuh dengan maklumat tentang kucing seperti kenapa kucing suka catnip atau adakah kucing berdengkur? Tetapi salah satu fakta teratas mengenai 10 fakta tentang kucing adalah kecerdasan and ketangkasan yang tajam. Tambahan kepada 10 fakta kucing, maklumat tentang kucing lain yang menarik adalah kucing peliharaan mempunyai 95.6% persamaan genetik dengan harimau, ianya melompat setinggi 5 kali ganda ketinggian mereka dan boleh berlari selaju 48km/jam. Misai kucing ini disambungkan kepada reseptor deria yang membantu navigasi kucing.

  2. Apakah perkara menarik yang kucing boleh lakukan?

    Maklumat ini adalah paling unik dalam maklumat tentang kucing. Kucing banyak memberi kejutan dan beberapa fakta menarik tentang kucing adalah mereka selesa dilatih dan senang diajar helah seperti mengambil benda dan berjabat tangan. Kucing mempunyai keseimbangan yang hebat secara tidak langsung mengorientasi pergerakan di tengah udara. Tujuan kucing meow adalah untuk berkomunikasi dengan manusia. Anda telah memahami fakta menarik tentang kucing seperti kenapa kucing berdengkur dan kenapa kucing mengeong, pastikan anda memberi lebih kasih sayang kepada kucing anda supaya anda boleh mendengar dengkurannya lagi!

  3. Mengapakah kucing begitu istimewa?

    Salah satu fakta kucing ialah penampilan mewahnya, fakta tentang kucing mengenai kecerdasan yang tiada tandingan dan banyak lagi istimewaannya. Satu lagi Fakta tentang kucing ialah kucing telah hidup dengan aman bersama manusia sejak 4400 BC, menjalin ikatan rapat yang akan kekal sepanjang zaman. Walaupun kucing mempunyai 9 nyawa adalah tidak benar, dan sekiranya kucing anda ada, ianya akan menyayangi anda sepanjang hidupnya. Tambahan kepada fakta menarik tentang kucing, kucing adalah sangat comel dan mungkin akan menawan hati anda dalam masa singkat.

  4. Apakah nama untuk kumpulan anak kucing?

    Antara fakta unik tentang kucing dan anak kucing serta soalan kucing seperti kenapa kucing mendengkur, kenapa kucing mengeong dan adakah kucing mempunyai 9 nyawa, ia masih seronok untuk mengetahui lebih tentang mereka. Salah satu fakta menarik tentang kucing selain daripada kenapa kucing mengeong, sekumpulan anak kucing dikenali ‘clowder’ atau ‘sampah’. Tetapi, istilah yang paling dikenali adalah ‘kindle’.

  5. Adakah kucing lebih pintar daripada anjing?

    Walaupun fizikal anjing lebih besar, otak anjing adalah kecil berbanding dengan kucing. Fakta kucing ini adalah kerana kucing memiliki jumlah neuron dua kali lebih banyak di cerebral cortexnya yang lebih besar dan rumit berbanding dengan anjing. Fakta kucing ini membolehkan kucing memproses maklumat kompleks yang rumit dan menunjukkan lebih banyak emosi. Meskipun kedua-dua anjing dan kucing sangat disayangi, kucing mungkin adalah lebih pintar berbanding dengan anjing. Ini adalah satu fakta menarik tentang kucing.

X

Beli secara atas talian