Temptations imagery

Anatomi & Rangka Kucing Diterangkan

Anatomi & Rangka Kucing Diterangkan

Kucing kita bukan sekadar teman haiwan kita, mereka juga merupakan sebahagian daripada keluarga dan kehidupan kita. Jadi sebagai pemilik kucing, agak sukar untuk kita membayangkan sebuah kehidupan yang tidak diwarnai dengan haiwan kecil ini. Atas sebab inilah setiap kali mereka berkelakuan aneh, kita akan mula menjadi panik. Oleh itu, jika kita arif tentang anatomi kucing, kita dapat memahami anak bulus kita dengan lebih baik tanpa perlu bergantung pada bantuan orang lain.

Marilah kita selami struktur badan kucing serta anatomi organ kucing untuk menyingkap apa yang sebenarnya berlaku di dalam tubuh si manja.

Anatomi Rangka Kucing

Mari kita pelajari tentang anatomi kucing secara asas terlebih dahulu.

Kucing mempunyai rangka yang amat fleksibel. Haiwan ini tidak mempunyai tulang selangka. Ia memiliki 7 serviks, 13 toraks, 7 lumbar, 22-23 vertebra kaudal, serta 3 vertebra sakral.

Panjang ekor kucing pula akan bergantung kepada jenis bakanya. Lumbar dan vertebra toraks tambahan yang kucing miliki memberikan ia fleksibiliti tulang belakang untuk kelincahan, manakala ekornya pula bantu memberi keseimbangan kepada struktur badan kucing. Reka bentuk tulang belakangnya yang mampu menyerap hentakan adalah terdiri daripada cakera-cakera anjal di antara setiap vertebra, menyerap impak semasa ia mendarat. Ciri-ciri ini adalah sama bagi anatomi kucing jantan dan juga anatomi kucing betina.

Bagaimanapun, ada banyak lagi yang kita boleh pelajari tentang anatomi kucing. Walaupun kelihatan serupa, anatomi kucing jantan sebenarnya adalah berbeza daripada anatomi kucing betina! Untuk memahami lebih lanjut, jom kita kupas tentang anatomi organ kucing satu per satu.

Anatomi Organ Kucing

  • Wajah Kucing



    Anatomi wajah kucing meliputi rahangnya yang kuat, di samping mata, hidung, dan gigi.
  • Anatomi Mata Kucing



    Kucing boleh melihat dalam keadaan gelap kerana mempunyai tapetum lusidum. Bagaimanapun, ini juga bermaksud kucing melibatkan buta warna selain mempunyai jarak penglihatan yang rendah.
  • Anatomi Mulut & Gigi Kucing



    Mulut kucing termasuk gigi kacip untuk menggigit, gigi taring untuk mengoyak, gigi geraham kecil untuk mencarik, dan gigi geraham besar untuk mengisar. Anatomi mulut kucing juga meliputi lidah dengan papila yang berasaskan keratin.
  • Anatomi Telapak Kucing



    Anatomi kaki kucing terdiri daripada 18 jari; 4 jari kaki serta satu kuku embun bagi setiap kaki hadapan, manakala empat jari kaki bagi setiap kaki belakang. Anatomi kaki kucing juga meliputi telapak untuk berjalan, fungsi-fungsi sensori, dan telapak metakarpus serta metatarsus untuk sokongan.
  • Anatomi Tulang Kucing



    Biarpun rangka kucing kelihatan jauh sekali berbeza dengan manusia, anatomi rangka kucing sebenarnya mempunyai beberapa persamaan dengan kita. Jika anda meneliti diagram anatomi kucing, anda boleh melihat ia mempunyai beberapa vertebra kaudal untuk ekor yang fleksibel, siku yang menghala ke belakang, sendi lutut untuk kelincahan, tulang selangka apung untuk fleksibiliti, serta tulang telinga khas yang meningkatkan keupayaan pendengarannya. Rangka kucing terdiri daripada 230 tulang kesemuanya, dan jika anda ingin melihat anatomi tulang kucing atau anatomi kucing dengan lebih dekat, anda boleh mendapatkan diagram yang disediakan di internet.
  • Anatomi Kaki Kucing



    Kaki kucing termasuk kuku yang boleh disembunyikan serta berciri digitigrad. Mempunyai otot dan tendon yang kuat, kaki kucing membolehkan ia bergerak dan melompat dengan jitu.
  • Anatomi Kepala dan Tengkorak Kucing



    Anatomi kepala kucing serta rangka kucing meliputi tengkoraknya yang terhubung dengan kolum vertebra serta mengandungi sinus frontal dan maksila. Anatomi wajah kucing akan bergantung kepada anatomi tengkorak kucing. Mempunyai lubang mata dan 30 batang gigi, tengkorak kucing telah beradaptasi untuk memudahkan haiwan ini memburu. Pendek tapi lebar, anatomi kepala kucing terdiri daripada otot rahang yang kuat serta gigi yang tajam untuk membaham dan mengoyakkan isi mangsanya, serta struktur rahang anatomi kepala kucing juga mempunyai jurang yang luas untuk mengendong buruan.
  • Anatomi Telinga Kucing



    Telinga kucing mempunyai keupayaan untuk mendengar bunyi dalam frekuensi yang lebih rendah dan lebih tinggi daripada julat frekuensi yang boleh didengari telinga manusia. Telinga kucing boleh dibahagikan kepada bahagian luar, tengah, dan dalam, serta ia juga membantu kucing memelihara keseimbangannya.
  • Anatomi Otot Kucing



    Kucing merupakan haiwan pemburu, maka otot kucing membolehkan ia mengejar dan melompat dengan tangkas. Kuku yang boleh disembunyikan, sendi yang stabil, serta penjanaan haba merupakan antara ciri kaki dan otot kucing yang membentuk struktur badan kucing.
  • Anatomi Sistem Penghadaman Kucing



    Sistem penghadaman kucing mencakupi salur alimentari (mulut, farinks, bibir, gigi, lidah) esofagus, perut, usus kecil dan besar, serta anus. Termasuk juga organ-organ kucing yang lain seperti pankreas, hati, dan kelenjar liur. Sistem penghadaman berfungsi untuk memproses makanan, dan proses ini adalah sama bagi anatomi kucing jantan dan juga anatomi kucing betina.
  • Anatomi Sistem Pernafasan Kucing



    Sistem pernafasan di sebalik rangka kucing terdiri daripada paru-paru dan jantung. Jantung kucing berdegup sekitar 120 kali setiap minit.
  • Anatomi Salur Kencing Kucing



    Sistem urinari kucing merangkumi saluran atas (buah pinggang dan ureter) serta saluran bawah (pundi kencing dan uretra). Fungsi utamanya adalah untuk menyingkirkan sisa, selain membantu kucing memelihara keseimbangan antara air dan elektrolit.
  • Anatomi Sistem Reproduktif Kucing



    Alat kelamin dalam anatomi kucing betina terdiri daripada vulva, faraj, rahim, tiub fallopio, dan ovari. Rahim dalam anatomi kucing betina mempunyai dua tanduk, telah beradaptasi untuk melahirkan lebih daripada seekor kucing.
    Bagi anatomi kucing jantan pula, ia mempunyai buah zakar, epididimis, duktus deferens, dan kelenjar seks aksesori yang menghasilkan air mani. Alat kelamin kucing mempunyai selaput keratin.

Kami berharap artikel ini dapat membantu anda memahami tentang anatomi kucing. Antara yang telah dikongsikan ialah anatomi tulang kucing, anatomi kepala kucing, anatomi otot kucing, serta anatomi kaki kucing. Sebagai pemilik kucing, maklumat seperti ini pastinya dapat membantu kita memahami dan mengeratkan lagi hubungan dengan si manja dengan lebih baik. Dan jika anda sedang mencari makanan yang enak dan sihat untuk sistem penghadaman si manja anda, cubalah makanan kucing Temptations™ yang luar biasa!

Soalan-Soalan Lazim

  1. Berapakah bilangan tulang yang kucing miliki?

    Dari segi anatomi tulang kucing, ia mempunyai lebih banyak tulang berbanding manusia. Angka yang tepat ialah 230, ia meliputi rusuk, tulang ekor, vertebra dan tulang belakang, tangan dan kaki, jari, dan lain-lain. 

  2. Adakah kucing mempunyai sistem rangka yang unik?

    Kucing mempunyai beberapa vertebra kaudal untuk ekornya yang fleksibel, siku yang menghala ke belakang, sendi lutut untuk kelincahan, tulang selangka apung yang membolehkan kucing menyelit di ruang yang sempit, serta tulang telinga untuk pendengaran.

  3. Berapakah bilangan gigi yang kucing miliki?

    Anak kucing yang baru lahir tidak mempunyai gigi. Gigi susu kucing akan tumbuh pada usia sekitar tiga minggu dan ia akan memiliki 26 gigi utama. Kucing dewasa mempunyai 30 gigi kekal, ia termasuk gigi kacip untuk menggigit, gigi taring untuk mengoyak, gigi geraham kecil untuk mencarik, dan gigi geraham besar untuk mengisar.

  4. Apakah jenis rangka yang kucing miliki?

    Rangka kucing mempunyai beberapa persamaan dengan rangka manusia. Kucing mempunyai lebih banyak tulang (230) berbanding manusia (206) dan anatomi rangkanya telah berevolusi untuk memudahkan ia memburu, mendengar dengan lebih baik, bersifat lebih fleksibel, selain boleh sentiasa mendarat dengan kakinya.

  5. Apakah fungsi rangka kucing?

    Rangka kucing menyokong tubuh serta melindungi organ dalaman kucing. Rangka kucing juga membekalkan kekuatan bagi ototnya selain berfungsi sebagai tempat penyimpanan mineral-mineral penting seperti kalsium dan fosforus.

X

Beli secara atas talian