Temptations imagery

Apa yang Suka Dimakan oleh kucing?

Apa yang Suka Dimakan oleh kucing?

Sebagai haiwan karnivor, diet tinggi protein dianggap normal bagi kucing. Di habitat liar, kucing adalah pemburu yang mahir dan pemangsa kepada haiwan yang lebih kecil, burung dan tikus yang merupakan sumber makanan utama mereka. Tidak seperti dengan kucing dalaman, mereka ditawarkan makanan kucing komersial yang mengandungi protein haiwan dan asid lemak yang mencukupi. 

Kebiasaannya, kucing suka menikmati pelbagai jenis makanan, daripada menawarkan makanan yang sama selalu, anda harus menawarkan pelbagai jenis makanan yang berbeza. Panduan pemakanan kucing ini akan memberikan pengetahuan penting yang anda perlukan untuk memastikan kucing anda cukup makan dan gembira. Ia juga akan membantu anda menjawab pertanyaan seperti apa yang kucing makan selain makanan kucing atau bagaimanakah kucing memilih makanan?

Perbezaan keperluan nutrien kucing dan anak kucing

  1. Anak kucing memerlukan lebih nutrien semasa peringkat pertumbuhan

    Walaupun kita sayang akan anak kucing kita semasa kecil, mereka tidak akan kekal sebagai anak kucing selama-lamanya. Anak kucing akan bertukar menjadi kucing dewasa yang cantik dan megah setahun selepas kelahirannya. Memikirkan apa yang anak kucing makan? Memandangkan masa yang diambil oleh kucing untuk membesar menjadi kucing dewasa adalah agak pendek, mereka memerlukan banyak tenaga dan nutrien semasa perkembangan tumbesaran kucing. Keperluan nutrien untuk anak kucing dalam peringkat pertumbuhan biasanya lebih tinggi daripada kucing dewasa yang tidak lagi membesar. Lebihan nutrien kebanyakannya terdiri daripada protein, taurin, fosforus, dan kalsium.

  2. Kepentingan susu ibu kucing kepada anak kucing

    Jika anda tahu apa yang anak kucing suka makan, anda juga mesti tahu bahawa sebagai anak kucing, ia tidak boleh makan dan menghadamkan protein haiwan dan asid lemak seperti kucing dewasa. Sekiranya anda berfikir apa yang anak kucing makan, seperti kebanyakan mamalia, mereka bergantung kepada susu ibu mereka untuk semua jenis khasiat selama empat hingga lima minggu selepas dilahirkan dan sebelum mereka boleh menghadamkan makanan pejal. Apabila tertanya tentang apa yang anak kucing makan, susu pertama ibu juga dikenali sebagai kolostrum, amat penting untuk anak kucing kerana ia memberikan mereka imuniti awal. Kolostrum mengandungi khasiat yang tinggi dan meningkatkan imuniti dan melindungi anak kucing daripada kebanyakan penyakit.

  3. Nutrien anak-anak kucing perlu mengandungi

    Tenaga: Secara idealnya, anak kucing memerlukan hampir tiga kali tenaga berbanding dengan kucing dewasa. Oleh itu, anak kucing perlu diberi makan lebih kerap berbanding dengan kucing dewasa. 

    Protein: Keperluan protein anak kucing adalah lebih tinggi daripada kucing dewasa kerana anak kucing memerlukan lebih banyak nutrien untuk menyokong pertumbuhan pesat mereka. 

    Lemak: Disebabkan kandungan kalori yang tinggi, lemak dan asid lemak membantu anak kucing mengekalkan gaya hidup yang suka bermain dan bertenaga. 

    Mineral: Anak kucing memerlukan sebahagian besar mineral seperti magnesium, vitamin A dan besi sebagai sebahagian daripada diet mereka untuk menguatkan tulang mereka. 

  4. Komplikasi kesihatan jika keperluan tidak dipenuhi

    Melainkan keperluan pemakanan mereka dipenuhi, kucing dan anak kucing boleh menghadapi risiko gangguan yang boleh menjejaskan gaya hidup, tingkah laku dan kesihatan mereka. Kekurangan zat makanan dan kelaparan mungkin merupakan tanda yang paling biasa apabila keperluan pemakanan kucing tidak dipenuhi dengan betul. Tambahan pula, komplikasi kesihatan lain boleh timbul daripada kekurangan zat makanan, pankreatitis adalah salah satu gangguan yang paling ketara diakibatkan daripada enzim penghadaman yang mengalir ke perut. Jika kucing anda kelaparan, enzim penghadaman ini mula memecahkan lemak dan sel protein dan lapisan tisu organ lain menyebabkan ulser dan keradangan. Jadi, adalah penting untuk mengetahui apa yang anak kucing makan supaya anda boleh membantu mereka semasa makan. 

Apa yang kucing dan anak kucing suka makan

  1. Ikan

    Pernahkah anda menghadapi persoalan tentang kucing suka makan apa? Ikan adalah antara makanan kegemaran kucing kami kerana mereka menggemari rasa dan perisanya. Walaupun bau hanyir ikan yang kuat tidak disukai oleh sesetengah orang, kucing menyukai bau itu kerana ia mengaktifkan organ vomeronasal mereka. Memandangkan ikan merangsang kedua-dua deria rasa dan bau, kucing sering tertarik kepada ikan dan makanan yang perisa ikan. Namun demikian, ia bukan idea yang baik untuk menawarkan ikan mentah kepada kucing anda kerana ia boleh menyebabkan ketidakhadaman. Sebaliknya, anda boleh menceriakan makan malam kucing anda dengan memasak ikan, tetapi dengan sedikit minyak dan rempah. Selain snek kucing dan makanan kucing berperisa ikan yang disediakan secara komersial, ikan seperti tuna dan salmon adalah pilihan popular yang akan digemari oleh kucing anda.

  2. Ayam

    Adakah anda tahu bahawa kucing adalah cerewet dan kucing memilih makanan? Tawarkan ayam yang dimasak kepada kucing anda adalah pilihan yang baik kerana ayam mengandungi vitamin yang tinggi, dengan mineral seperti selenium, fosforus dan vitamin B6 yang boleh membantu kucing anda membina tulang yang kuat. Selain merupakan makanan kegemaran kucing, ayam juga kaya dengan asid lemak dan protein. Disebabkan kandungan kalorinya yang rendah, ia boleh dihidangkan kepada kucing yang berdiet khas tanpa menyebabkan mereka menjadi obes. Tambahan kepada ayam yang kucing suka makan, ayam juga mudah didapati dan mudah dimasak, menjadikannya pilihan yang mudah untuk ibu bapa yang lebih suka masak di rumah daripada makanan komersial yang tersedia untuk mereka. Selain meningkatkan ketumpatan dan kekuatan tulang, ayam mempunyai faedah perubatan untuk kucing yang menghadapi risiko gangguan hati dan buah pinggang. Walau bagaimanapun, jika anda memasak ayam untuk kucing anda sebagai makanan kegemaran kucing, anda perlu mengurangkan minyak dan rempah untuk mengelakkan ketidakhadaman.

  3. Daging lembu

    Apa yang kucing makan? Daging lembu juga berada di kedudukan tertinggi dalam senarai makanan kegemaran kucing kerana ia berperisa dan kaya dengan protein dan lemak haiwan. Ia mengandungi semua kalori penting untuk mengekalkan gaya hidup kucing yang suka bermain. Daging lembu juga digemari oleh kucing kerana baunya yang menyelerakan. Walau bagaimanapun, daging lembu bukan sahaja mengandungi sumber protein yang tinggi, ia juga kaya dengan asid lemak dan mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Jadi, jika sahabat kucing anda kerap makan daging lembu, mereka berkemungkinan besar akan menjadi obes atau berat badan berlebihan dalam jangka masa panjang. Tambahan pula, daging lembu mempunyai kandungan garam sodium yang lebih tinggi, ia boleh memudaratkan kucing anda dan menyebabkan masalah pundi kencing dan urethra (salur kencing) (FLUTD) pada kucing. Justeru itu, jika kucing anda mengamalkan diet berasaskan daging lembu, pastikan anda memberi hidangan yang kecil.

Makanan-makanan lain yang kucing gemari

  1. Ikan (Tuna, Salmon, Makarel)

    Kucing memilih makanan dan ikan adalah makanan kegemaran kucing. Selain terpesona dengan bau ikan yang kuat, kucing juga terkenal menyukai rasa ikan yang tersendiri. Bau hanyir yang kuat juga merangsang organ vomeronasal dalam kucing, mewujudkan rasa dan bau yang kuat semasa makan, dan ini merupakan sebab mengapa kucing memilih makanan, terutamanya apabila ia berkaitan dengan ikan. Ikan mempunyai kandungan mineral yang sederhana seperti zink, magnesium, dan kalsium, yang bermanfaat kepada kucing untuk mengekalkan tulang yang kuat. Walau bagaimanapun, kucing tidak dapat menghadamkan ikan mentah, jadi idea yang baik adalah menawarkan mereka dengan ikan yang dimasak dengan sedikit minyak dan rempah.

  2. Ham

    Tertanya-tanya apa yang dimakan oleh kucing? Ham adalah satu lagi makanan yang boleh diberikan kepada kucing, terutamanya mereka suka menikmati pelbagai jenis makanan. Rasa hidangan ham yang eksotik dan lazat menyelerakan kucing. Sebagai karnivor, kucing bergantung banyak kepada protein dan lemak haiwan, serta ham mempunyai jumlah kandungan yang baik. Walaupun ham berada di kedudukan tinggi dalam senarai kucing suka makan apa, disebabkan kucing terdedah kepada risiko obesiti, pastikan anda memberi saiz hidangan ham yang terkawal kerana ham berkalori tinggi. Selain itu, ham juga mengandungi bakteria seperti E Coli dan salmonella, jadi ham patut dimasak dahulu sebelum dihidangkan.

  3. Ayam Rebus

    Adakah anda tertanya-tanya kucing suka makan apa selain makanan kucing? Jawapannya ialah ayam! Ayam berkhasiat dan mudah dihadam serta murah. Ia juga mempunyai rasanya yang tersendiri, menjadikannya pilihan popular di kalangan kucing. Ayam berkalori rendah boleh membantu apabila kucing anda sedang berdiet. Tambahan pula, ayam kaya dengan mineral seperti fosforus, selenium, dan vitamin B6 yang boleh membantu anak kucing dalam peringkat pertumbuhan mereka. Ayam patut dimasak dengan sedikit minyak dan rempah sebelum dihidangkan kepada kucing. Kucing juga gemari ayam rebus, menjadikannya makanan popular yang berkhasiat.

  4. Telur

    Apa yang kucing makan dan bagaimana kucing memilih makanan? Seperti ikan dan ayam, telur juga merupakan makanan yang popular di kalangan kucing. Ia kaya dengan nutrien dan protein haiwan, menjadikannya pilihan makanan utama untuk kucing. Telur mempunyai kandungan asid amino yang tinggi yang boleh dihadamkan oleh kucing dengan mudah. Ia juga lembut dan mudah untuk kucing muda dan anak kucing. Walau bagaimanapun, jika anda ingin menawarkan telur kepada kucing anda, pastikan anda memasaknya terlebih dahulu untuk menyingkirkan bakteria seperti salmonella yang boleh menyebabkan cirit-birit dan ketidakhadaman pada kucing. 

  5. Makanan basah/kering

    Anda mungkin tidak mempunyai masa dan tenaga untuk memasak bagi kucing anda walaupun anda tahu kucing suka makan apa. Oleh itu, anda boleh memilih makanan kucing komersial yang tersedia. Makanan kucing yang basah dan kering boleh didapati secara komersil adalah alternatif kepada makanan yang dimasak di rumah dan ia juga datang dalam pelbagai jenis perisa. Apa yang kucing makan? Terdapat pelbagai pilihan dari segi tekstur dan perisa untuk memberikan kelainan pada hidangan kucing anda. Tambahan pula, makanan basah memastikan kucing anda terhidrat. Rangkumi snek Temptations™ yang lazat dalam diet kucing anda kerana snek Temptations™ bukan sahaja kaya dengan khasiat tetapi juga boleh menggembirakan kucing anda.

Apakah yang tidak boleh ditawarkan kepada kucing?

  1. Produk tenusu

    Walaupun anak kucing banyak bergantung kepada susu ibu mereka sebagai sumber makanan dan imuniti, mereka secara beransur-ansur akan hilang keupayaan untuk menghadamkan susu apabila mereka dewasa. Kebanyakan kucing mengalami intoleransi laktosa dan jika diberi susu lembu, susu kambing atau produk tenusu boleh menyebabkan ketidakhadaman yang teruk dan muntah.

  2. Makanan berlemak

    Apa yang kucing makan? Kucing adalah penggemar makanan, tetapi dengan memberi makanan berlemak ia boleh menyebabkan berat badan munchkin anda berlebihan. Walaupun kucing memerlukan sedikit asid lemak untuk mengekalkan gaya hidup aktif, melainkan pengambilan kalori mereka terkawal, lemak yang berlebihan dalam makanan tertentu boleh menyebabkan obesiti.

  3. Makanan masin

    Kebanyakan mamalia memerlukan garam untuk menjalankan fungsi kehidupan yang penting. Walau bagaimanapun, garam yang berlebihan lambat-laun boleh menyebabkan masalah kesihatan utama, seperti dehidrasi, kerap membuang air kecil, cirit-birit dan muntah. Kucing khususnya mempunyai toleransi yang rendah kepada garam sodium, jadi pastikan anda menghidangkan makanan mengandungi kandungan sodium yang rendah.

  4. Makanan yang kurang masak

    Adalah penting untuk memastikan bahawa makanan dari rumah dimasak dengan secukupnya sebelum ia ditawarkan kepada kucing anda. Makanan yang kurang masak atau tidak dimasak seperti telur selalunya mengandungi bakteria, terutamanya salmonella dan E Coli yang boleh menyebabkan jangkitan gastrointestinal dan keracunan makanan pada kucing.

  5. Coklat

    Walaupun coklat adalah makanan yang disukai oleh kebanyakan manusia, ia tidak disyorkan bagi kucing. Selain berkalori tinggi, coklat mengandungi kafein dan theobromine yang bertoksik untuk anak-anak kucing. Coklat juga mengandungi gula kompleks (karbohidrat kompleks) dan xylitol yang boleh menyebabkan gangguan penghadaman pada kucing.

  6. Buah-buahan sitrus

    Buah-buahan sitrus perlu dielakkan bagi kucing. Kandungan asid sitrik dalam buah sitrus, daun, batang dan biji adalah berbeza, yang tidak boleh dipecahkan oleh enzim penghadaman kucing. Tambahan pula, asid sitrik boleh menyebabkan kucing sakit perut dan jika termakan berlebihan, ia boleh membawa maut.

Soalan-soalan lazim

  1. Apakah makanan manusia yang boleh dimakan oleh kucing?

    Kucing boleh menikmati buah-buahan tertentu seperti epal, pisang, tembikai, strawberi dan blueberry. Anda boleh menawarkan makanan dimasak sendiri seperti ikan, telur, ayam, ham atau daging dengan sedikit minyak dan rempah. Ini adalah makanan manusia yang selamat dimakan oleh kucing anda.

  2. Apakah yang biasa dimakan oleh kucing?

    Sebagai karnivor, diet untuk kucing adalah termasuk protein haiwan dan lemak. Oleh itu, kucing boleh ditawarkan dengan ikan, daging, dan telur. Kebanyakan nutrien yang diperlukan oleh kucing untuk mengekalkan gaya hidup seharian mereka boleh didapati dalam makanan-makanan ini.

  3. Bolehkah kucing makan nasi?

    Walaupun nasi merupakan makanan ruji kebanyakan manusia, kucing tidak dapat menghadamkan serat tumbuhan dalam kuantiti yang banyak. Walaupun nasi tidak berbahaya untuk kucing, ia  tidak boleh dijadikan sebagai diet harian anak kucing anda.

  4. Adakah kentang baik untuk kucing?

    Kentang bukan merupakan diet kucing atau juga makanan kegemaran kucing. Walaupun ia selamat untuk dimakan oleh kucing, kentang tidak mengandungi nutrient bagi kucing. Namun, anda boleh menawarkan kentang panggang atau kentang putar kepada kucing anda sebagai hidangan sekali-sekala.

  5. Apakah yang boleh kucing saya minum?

    Minuman yang paling disyorkan untuk kucing adalah air yang segar dan bersih. Tetapi jika kucing anda tidak sukakan air, anda boleh menawarkan sup ayam dan kadang-kadang boleh menawarkan mereka jus epal yang segar.

X

Beli secara atas talian