Temptations imagery

Cara mudah untuk memanjakan kucing

Cara mudah untuk memanjakan kucing

Kucing mempunyai penampilan dan perwatakan yang disenangi oleh manusia. Di sebalik sifat kemandiriannya, kucing juga sebenarnya sukakan perhatian. Jadi sebab itulah hubungan antara kucing dan pemilik akan bertambah akrab jika kita memanjakannya. 

Meskipun tampak mudah, sebenarnya ramai pemilik kucing yang tidak tahu cara memanjakan kucing yang betul. Ada kucing yang lebih suka bersendirian, dan ada yang tidak suka disentuh langsung. Berikut merupakan sebuah panduan untuk membantu anda memanjakan si bulus, sekali gus membuat kucing anda berasa lebih selesa dan bertambah sayang. 

Cara memanjakan kucing yang mudah

Dengan memanjakan si bulus, kucing anda akan berasa lebih senang hati selain bantu mengeratkan hubungan antara anda dengan si manja. Oksitosin akan dibebaskan semasa anda membelai si manja, lantas mengurangkan stres yang mungkin anda sedang alami. Jadi, aktiviti memanjakan kucing sebenarnya amat bermanfaat, dan terdapat banyak cara untuk manjakan kucing, antaranya ialah yang berikut.

  1. Mainan

    Kucing merupakan seekor haiwan yang comel dan penyayang, tapi di habitat liarnya, ia juga merupakan sejenis haiwan pemangsa yang amat garang. Jadi, penggunaan mainan boleh menjadi satu cara manjakan kucing yang efektif. Anda boleh membaling mainan ke arah si manja untuk mencungkil naluri pemburunya. Dengan bermain, kucing anda juga boleh mendapatkan senaman, justeru mencegah obesiti. 

    Dalam setiap sesi mainan, anda juga boleh menghadiahkan si manja anda snek kucing Temptations™ yang mengandungi pelbagai khasiat dengan kalori yang rendah. 

  2. Mengintai luar tingkap

    Bukan katil yang empuk sahaja yang digilai oleh kucing. Kucing juga suka mengintai pemandangan luar melalui tingkap. Jadi, beri peluang untuk kucing anda membuka mindanya dengan melihat burung-burung yang berkicauan di luar.

  3. Sofa kucing

    Kucing suka melenakan diri di atas permukaan yang empuk. Jadi, apa kata anda sediakan perabot yang khas untuknya. Ada pelbagai struktur seperti menara, katil dan juga sofa mini yang dirumus khas untuk kucing. Menara kucing juga baik untuk si manja kerana ia boleh mencungkil sifat kembaranya. 

  4. Katil

    Ada kucing yang suka tidur bersama pemiliknya di atas katil. Oleh itu, anda juga boleh mendapatkan kucing anda katilnya sendiri. Kucing memang suka tidur, dan tahukah anda bahawa ada kucing yang akan tidur sampai 20 jam sehari! Jadi, pastikan katil yang anda dapatkan untuk si bulus anda adalah cukup selesa dan nyaman, dan ia merupakan satu cara manjakan kucing yang efektif.

  5. Kotak

    Idea “luar kotak” sebagai cara manjakan kucing. Anda tidak perlu membelanjakan ratusan ringgit untuk memanjakan kucing anda. Sebaliknya, anda boleh mencungkil kreativiti anda dengan menggunakan kotak sahaja sebagai alat untuk kucing anda berhibur. 

  6. Catnip

    Kucing mempunyai tabiat semula jadinya. Jadi, anda juga boleh memberi peluang untuk kucing anda menikmati sesuatu yang ia biasa lakukan di habitat semula jadinya. Antaranya ialah catnip atau tumbuhan mesra kucing untuk si manja anda. Kucing akan mendekati tumbuhan melalui pelbagai cara, iaitu dengan melagakan tubuhnya dan menguis dedaun tumbuhan tersebut misalnya. 

    Ia merupakan satu cara manjakan kucing yang lain daripada yang lain untuk si bulus anda berhibur.

  7. Pemeriksaan kesihatan

    Seperti manusia, kucing juga perlu mendapat perhatian dan penjagaan profesional. Pemeriksaan kesihatan yang dibuat secara berkala menunjukkan bahawa anda menyayangi dan memanjakan kucing anda. Kesihatan kucing pastinya memainkan peranan yang amat besar dalam kebahagiaannya. 

    Jadi, pastikan anda mendapatkan nasihat pakar haiwan sekiranya anda mengesan sebarang gejala masalah kesihatan. Jangan tunggu sehingga kesihatan kucing anda menjadi buruk. Anda juga boleh mendapatkan vitamin untuk kucing anda mengikut nasihat doktor haiwan anda. 

  8. Tunjukkan kasih sayang

    Selepas anda membelikan segala perabot dan mainan untuk kucing kesayangan anda, apa lagi yang kita boleh lakukan, ya? Belailah si manja anda dengan kasih sayang! Kucing akan berasa bahagia, sihat dan selamat di bawah payungan kasih sayang anda. Sebab itulah waktu berkualiti yang diluangkan bersama si manja juga penting. Anda boleh bercakap dengan si manja, membelainya dan juga bermain bersama-sama si bulus setiap hari.

Cara memanjakan kucing yang menyeronokkan

Kucing juga mungkin akan bosan jika terus dihiburkan dengan mainan yang sama. Jadi, anda boleh cuba mencari kelainan melalui aneka produk yang menarik untuk memanjakan kucing anda, seperti yang berikut.

  1. Buaian kucing

    Bukankah baik kalau kita dapat melenakan diri dalam buaian? Kucing pun mempunyai perasaan yang sama. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melihat betapa gembiranya kucing anda untuk tidur di atas buaian yang anda belikan untuknya.

  2. Bersihkan si manja dengan berus

    Kucing merupakan sejenis haiwan yang pembersih. Oleh itu, anda boleh membantu kucing anda kekal bersih dan sihat dengan memberus bulu dan telapaknya. Usapan berus juga akan membuat kucing anda berasa lebih tenang dan selesa, selain menjaga kebersihannya.

  3. Pelitup kuku

    Pemilik kucing berdepan risiko terkena cakaran kucing. Jika ini merupakan satu masalah yang lazim bagi anda, anda boleh memotong kuku kucing dan melindunginya dengan pelitup kuku. Dengan cara ini, kuku kucing anda akan terpelihara dan anda juga dapat menjauhkan cakaran si bulus semasa bermanjaan dengannya!

  4. Mainan kawalan jauh

    Kucing kan suka bermain dan memburu. Jadi, mainan yang paling sempurna untuk si bulus anda ialah pastinya mainan kawalan jauh! Kucing anda pasti tidak lekang bermain dengannya, malah anda juga boleh bersantai sambil menghiburkan kucing anda dari jauh, seronok bukan? 

Soalan-Soalan Lazim

  1. Patutkah saya manjakan kucing saya?

    Kucing suka bermain dan meluangkan masa bersama pemiliknya. Banyak manfaat yang kucing dapat timba jika kita dapat memperkayakan persekitaran dan emosinya. Oleh itu, dengan memanjakan kucing anda, ia akan bertambah sayang dan menghargai anda. 

  2. Adakah kucing sukakan pelukan?

    Pasti sukar untuk sesiapapun menidakkan kecomelan seekor kucing. Kucing sebenarnya suka dipeluk kerana ia membuatnya berasa nyaman dan selamat. Pelukan merupakan salah satu cara memanjakan kucing.

  3. Bagaimana saya dapat menunjukkan kasih sayang kepada kucing saya?

    Setahu kami, tiada manusia yang mahir bahasa kucing, jadi agak sukar untuk kita meluahkan betapa kita sayangkan mereka. Tapi anda tidak perlu pun bercakap dengan si manja, anda boleh menunjukkannya sahaja. Berikan ia sebuah kediaman, bukannya sebuah tempat tinggal semata-mata. 

  4. Akan ada masalahkah kalau saya manjakan kucing saya?

    Terdapat pelbagai cara untuk manjakan kucing, seperti menghidangkannya snek kucing Temptations™ Creamy Purrrree yang menggiurkan. Selain makanan, kucing juga inginkan perhatian dan kasih sayang. Tapi ingat, kucing juga boleh mempunyai masalah tingkah laku jika ia dimanjakan dengan cara yang salah.

  5. Apa yang membuat kucing gembira?

    Anda dapat melihat sendiri betapa sukanya kucing dengan aktiviti bermain, jadi cara yang paling mudah untuk membahagiakan si manja adalah dengan bermain bersama-samanya. Secara tidak langsung, kucing anda juga akan mendapat senaman, justeru membantu ia menjaga berat badan dan kekal aktif untuk terus bermain.

X

Beli secara atas talian