Temptations imagery

Bagaimana Cara Menjaga Jadual Makan Kucing?

Bagaimana Cara Menjaga Jadual Makan Kucing?

Pemberian makanan kepada anak kucing kesayangan anda memerlukan lebih daripada sekadar meninggalkan makanan dalam mangkuk ia sahaja. Selain daripada jadual makan kucing, pemilik kucing haruslah memperhatikan nutrien yang kucing anda perlukan dan menyeimbangkan antara pemberian makanan bebas dan terjadual. Artikel ini membincangkan kompleksiti jadual pemakanan kucing, waktu pemberian makanan yang paling sesuai, termasuk jenis dan jumlah makanan yang perlu diberikan kepada kucing anda, serta jadual makan kucing berdasarkan usia, antara pemberian makanan bebas dan teratur.

✔ Apa dan berapa banyak makanan yang perlu diberikan kepada kucing?

Kucing adalah haiwan karnivor, maksudnya mereka makan daging secara eksklusif. Makanan kucing komersial yang berkualiti tinggi adalah direka khas menurut keperluan kucing. Carilah produk yang mengandungi sumber protein utama dengan kombinasi vitamin dan mineral yang seimbang. Sesetengah pemilik kucing lebih suka makanan mentah atau buatan sendiri, namun, berbicara dengan doktor haiwan juga penting untuk memastikan kucing anda menerima semua nutrien yang tepat.

Saiz hidangan yang sesuai untuk kucing anda bergantung kepada beberapa faktor, termasuk usia, berat badan, tahap aktiviti dan keadaan kesihatan. Sebahagian bungkusan makanan kucing komersial memberikan panduan berdasar berat kucing. Namun begitu, monitor keadaan badan kucing dan menyesuaikan hidangan dengan sewajarnya amat penting, Jadi, sebagai seorang pemilik yang penyayang, pisahkan jadual makan kucing dewasa dan anak kucing adalah mustahak.  Secara umum,  terdapat dua jenis kaedah pemberian makanan kepada kucing: Pemberian Makanan Secara Bebas dan Pemberian Makanan Berjadual.

Maklumat berikut menjelaskan masa terbaik untuk pemberian makanan dan juga memberikan wawasan tentang cara membuat jadual pemberian makanan kucing mengikuti umur. Merangkumi topik-topik seperti jadual makan kucing yang ideal, menentukan jadual makan kucing yang terbaik serta kebaikan dan kekurangan cara pemberian makanan yang berbeza. Selain itu, terdapat juga bincangan tentang apa dan beberapa banyak makanan yang harus diberikan untuk kucing, dan juga faktor-faktor yang patut dipertimbangkan semasa menetapkan jadual pemberian makanan kucing anda berdasarkan umur. Disamping itu, kepentingan perundingan dengan doktor haiwan untuk mendapatkan nasihat peribadi atas jadual pemberian makanan yang terbaik untuk kucing anda juga ditekankan.

✔ Apakah Pemberian Makanan Secara Bebas?

Kefahaman tentang apa itu “Pemberian Makanan Secara Bebas” amat diperlukan sebelum kita membincangkan tentang waktu terbaik untuk memberikan makanan kepada si Comel anda. Pemberian Makanan Secara Bebas ialah meletakkan makanan yang tetap untuk kucing anda makan. Kaedah ini ideal untuk pemilik kucing yang sibuk kerana ia menyerupai amalan biasa kucing untuk makan dalam porsi kecil. Walau bagaimanapun, pengawasan yang cermat diperlukan supaya makan berlebihan dan penambahan berat badan kucing dapat dielakkan. Hal ini demikian kerana sebahagian anak bulus boleh menguruskan pengambilan makanan mereka, sementara anak bulus yang lain mungkin cenderung  makan berlebihan.

Kebaikan:

  • Kemudahan: Pemberian makan secara bebas sesuai untuk pemilik kucing yang tiada jadual pemberian makanan yang tetap untuk si comel mereka.
  • Mencipta semula tingkah laku alamiah: Kucing liar merupakan pemakan oportunis, ia kerap makan makanan porsi kecil sepanjang hari. Jadi, kucing boleh meniru naluri semula jadi mereka.
  • Kurang Kebimbangan: Sesetengah si manja mengalami tekanan yang lebih kurang dengan cara pemberian makanan kucing secara bebas kerana kucing boleh makan pada bila-bila masa ia lapar.

Kelemahan:

  • Makan Berlebihan: Tanpa pengurusan porsi yang betul, sesetengah kucing akan makan berlebihan dan mengakibatkan obesiti dan penyakit lain.
  • Sukar memantau keadaan kesihatan: Kekurangan rutin makanan kucing yang atur akan menyebabkan pemilik kucing sukar untuk memantau perubahan selera makan atau menemukan masalah kesihatan lebih awal. 
  • Makanan rosak: Makanan kucing dibiarkan selama masa yang panjang, terutamanya di tempat yang lebih hangat menyebabkan kerosakan makanan. Hal ini boleh membawa masalah perut kepada kucing.

✔ Apakah Pemberian Makanan Berjadual?

Pemberian Makanan Berjadual adalah memberikan hidangan yang ditetapkan kepada si comel anda pada interval yang telah ditentukan sepanjang hari. Pendekatan ini membawa pengurusan kuantiti yang lebih baik, terutamanya bermanfaat bagi kucing yang mempunyai sekatan diet atau cenderung untuk makan berlebihan. Pemberian makanan berjadual juga memudahkan pemantauan selera makan kawan kucing anda dan boleh mengesan sebarang perubahan dalam tabiat makan yang dapat menunjukkan masalah kesihatan.

Kebaikan:

  • Kawalan Porsi: Pemakanan berjadual memberi anda lebih banyak kawalan ke atas porsi makanan kucing anda dan mengurangkan risiko obesiti dan makan berlebihan.
  • Pemantauan Kesihatan: Ia membolehkan pemantauan yang lebih teliti terhadap selera makan kucing menjadikannya lebih mudah untuk melihat perubahan dalam tabiat pemakanan yang menunjukkan masalah kesihatan yang berpotensi.
  • Corak dan Ramalan: Si manja suka corak dan pemakanan yang dirancang kerana ia memberikan rutin yang dapat diprediksi, membawa rasa ketenangan kepada sesetengah kucing.

Kelemahan:

  • Kekurangan Fleksibiliti: Jadual pemakanan kucing lebih kurang praktikal untuk pemilik yang tiada rutin yang menentu kerana pemilik mesti berada untuk berikan makanan kepada kucingnya.
  • Kebimbangan dalam Sesetengah Kucing: Sesetengah kucing akan berasa tertekan dan bimbang kerana hendak menunggu waktu makan yang teratur untuk hidangannya, terutamanya mereka yang biasa makan secara bebas dan tanpa had.
  • Tidak sesuai untuk Penggemar: Pemilik mungkin mendapati jadual pemakanan untuk kucing tidak sesuai untuk si Comelnya yang suka makan dalam jumlah kecil sepanjang hari .
  • Pilihan antara pemberian makanan bebas dan pemberian makanan berjadual bergantung pada keperluan dan kehendak kucing dan pemiliknya. Anda hendaklah mempertimbangkan kesihatan, cara hidup dan tabiat kucing anda apabila memilih strategi atau jadual pemakanan kucing.

Keputusan Akhir:

Akhirnya, pilihlah antara pemberian makanan bebas atau menggunakan jadual pemakanan kucing bergantung pada keperluan khusus dan gaya hidup kucing anda. Beberapa kucing suka fleksibiliti makan bebas, sementara kucing yang lain lebih gemar rutin makanan kucing yang berkesan. Memerhatikan tingkah laku si manja anda, mengawasi berat badan mereka dan juga memeriksakan dengan doktor haiwan dalam memilih jadual pemakanan kucing yang terbaik untuk kucing anda.

✔ Berapa sering saya harus memberi makam kepada kucing saya?

Pemberian makanan merupakan bahagian yang amat penting dalam penjagaan haiwan kesayangan yang baik, dan kekerapan pemberian makanan juga haruslah disesuaikan dengan pelbagai kriteria untuk melindungi kesihatan si comel anda. Berikut adalah beberapa perkara yang amat penting yang patut dipertimbangkan:

  1. Usia

    Apabila berbincang tentang pemberian makanan, rutin makanan kucing yang konsisten adalah penting kerana jadual makanan anak kucing berbeza dengan kucing dewasa! Anak kucing harus diberikan makanan dalam porsi kecil dan kerap sepanjang hari untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan cepat mereka. Saat mereka dewasa, rutin makanan yang teratur dengan dua hingga tiga kali pemberian makanan dalam sehari disyorkan. Carilah rutin makanan kucing yang terbaik akan memastikan kucing rakan anda menerima pemakanan yang tepat dan mengekalkan berat badan yang sihat

    Ia juga sama untuk jadual pemakanan anak kucing yang baru lahir. Mereka masih memerlukan pemberian makan yang lebih kerap kerana kapasiti perut anak kucing masih kecil. Sementara itu, anak kucing yang berumur 6 minggu memerlukan jadual yang khusus untuk memenuhi keperluan pemakanan mereka. Pada usia ini, mereka sepatutnya diberikan makan 4-5 kali makanan kecil sepanjang hari, dan anak kucing boleh beralih kepada makanan pepejal secara perlahan-lahan.

    Anak kucing yang berusia 8 minggu boleh mengikuti jadual penyusuan yang sama tetapi dengan porsi yang lebih besar dan juga mengurangkan kekerapan pemakanan mereka. Untuk anak kucing yang berumur 3 minggu, rutin makanan kucing yang kerap seperti 2-3 jam sekali diperlukan kerana mereka masih bergantung pada susu ibu atau susu formula.

    Bagi anak kucing yang berusia 2 bulan, mereka boleh diberi makan 3-4 kali sehari, dengan kombinasi makanan basah dan kering untuk memastikan pemakanan yang seimbang. Seterusnya, bagaimanakah dengan jadual pemakanan anak kucing yang berusia 6 bulan? Anda boleh mulai memberi makan kepada anak kucing anda dua kali sehari sehingga mereka mencapai usia dewasa.

    Mewujudkan jadual pemakan kucing yang konsisten adalah penting si comel pada semua peringkat umur, kerana ia membantu mengawal pencernaan mereka dan menghalang makan berlebihan. Waktu yang terbaik untuk memberi makan kepada kucing biasanya adalah pada waktu pagi dan petang yang sejajar dengan naluri semula jadi mereka untuk berburu. Ini juga memberikan mereka tenaga sepanjang hari.

  2. Pilihan Makanan

    Pertimbangan sama ada kucing anda lebih suka makan makanan basah atau makanan kering. Sesetengah kucing lebih suka salah satu daripada yang lain, dan pilihan ini mungkin mempengaruhi jadual pemakanan kucing.

  3. Berat badan

    Perhatikan berat badan si comel anda dan ubahkan jumlah porsi makannya mengikut keperluan dengan sewajarnya. Kucing yang berlebihan berat badannya memerlukan makanan yang kerap dan saiz bahagian yang kecil, manakala kucing yang kekurangan berat badan mungkin memerlukan makanan yang lebih kerap atau lebih besar.

  4. Penyakit perubatan

    Si comel yang mengalami penyakit perubatan seperti kencing manis atau hipertiroidisme akan memerlukan rejimen pemakanan khas dan sekatan pemakanan. Berbincang dengan doktor haiwan anda untuk mendapatkan nasihat khas.

  5. Rejimen Makan

     Tetapkan jadual pemakanan kucing yang teratur. Si manja suka kepastian dan rutin membantu dalam pengawalan metabolisme dan pencernaan mereka.

  6. Air Segar

    Makanan kucing yang basah boleh membantu meningkatkan pengambilan air setiap hari, tetapi pengambilan air juga sangat penting, terutama untuk kucing yang mengamalkan diet makan kering.

  7. Kucing Tua

    Untuk menampung perubahan dalam metabolisme dan pencernaan, kucing senior akan dapat manfaat daripada porsi makanan yang lebih kecil dan lebih sering. Pemeriksaan berkala dengan doktor haiwan boleh membantu menyesuaikan rutin makan kucing dengan keperluan kucing senior anda.

  8. Snek

    Walaupun sesekali memanjakan si manja adalah baik, tetapi jika dilakukan secara berlebihan ia akan menyebabkan ketidakseimbangan pemakanan dan masalah berat badan. Oleh itu, pilihlah snek kucing yang berkalori rendah, seperti snek Temptations™, yang mengandungi kurang daripada 2Kcal setiap poket. Kucing kesayangan anda akan suka dengan rangup di luar dan isi lembut di dalam. Satu goncang sahaja yang diperlukan.

  9. Kegemaran Individu

    Ambil perhatian tentang rutin dan kegemaran kucing anda. Sesetengah kucing suka merumput sepanjang hari, sementara yang lain lebih suka waktu makan yang terjadual.

✔ Jadual Pemberian Makanan Kucing mengikuti umur dan berat badan

Kucing Baru Lahir:

Untuk anak kucing yang baru lahir, adalah penting untuk memberi makan setiap 2-3 jam dengan 2-6 ml susu formula setiap kali. Pada peringkat ini, berat badan anak kucing biasanya berkisar dari 50 hingga 150 gram. 

Anak Kucing Berusia 1-4 Minggu:

Apabila kucing mencapai usia 1-2 minggu, teruskan pemberian susu setiap 3-4 jam, dan tingkatkan susu formula kucing kepada 6-20ml setiap kali. Berat badan anak kucing anda pada usia ini seharusnya berada dalam lingkungan 150-250 gram. Apabila kucing anda mencapai usia 2 minggu, sesuaikan selang waktu pemberian makan kepada setiap 4 -5 jam dengan memberikan 10- 14 ml susu. Ingatlah untuk memantau berat badan kucing anda yang sepatutnya berkisar antara 250-350 gram. Untuk anak kucing berusia 3 hingga 4 minggu, waktu pemberian makan haruslah menjadi setiap 4- 5 jam, dengan 14-18ml setiap kali. Pada tahap ini, anda mungkin mendapati anak kucing anda menjadi semakin bermain dan aktif. 

Anak Kucing Berusia 4-8 Minggu:

Pada tahap ini, anda boleh mula menanggalkan kucing anda dari susu formula dan beralih kepada campuran susu dan makanan basah kucing secara beransur-ansur. Berikan makanan kepada kucing anda setiap 5-6 jam, 18-22 ml susu formula setiap pemberian dengan tambahan makanan basah. Memeriksa berat badan kucing anda sama ada sudah mencapai lingkungan 450- 550 gram. Apabila kucing anda berusia 5-8 minggu, anda boleh menawarkan mereka jumlah makanan basah yang tanpa had setiap 6 jam untuk menyokong selera makan mereka yang semakin bertambah. Pada akhir minggu kelapan, berat badan kucing anda haruslah berkisar antara 550-860 gram.

Kucing Berusia 8-16 Minggu:

Dari usia 8 minggu hingga 16 minggu, kekalkan masa pemberian makan setiap 6-8 jam. Kucing anda sepatutnya sudah dipisahkan sepenuhnya dari susu. Pastikan anak kucing anda menerima 250-360 kalori setiap hari dan sentiasa memerhatikan berat badan mereka untuk memastikan kesihatan mereka. Anda juga harus memeriksa label pada bungkusan makanan kucing untuk menentukan jumlah pemakanan harian yang sesuai untuk kucing anda.

Kucing Berusia 4 hingga 11 Bulan:

Apabila anak kucing anda tumbuh hingga berusia 4 -11 bulan, keperluan nutrisi mereka berubah. Sesuaikan pemberian makan setiap 8-12 jam dan beri makanan berdasarkan berat badan si comel anda, 60 – 65 kalori setiap paun seberat badan. Jika kucing anda beratnya 6 paun, anda harus memberi makan kira-kira 390 kalori sehari. Pemantauan berat badan secara berkala adalah penting pada peringkat perkembangan ini.

Kucing Berusia 12 Bulan hingga Dewasa:

Sejak 12 bulan ke seterusnya, kucing menjadi dewasa dan jadual pemakanan mereka boleh disesuaikan mengikut keperluan nutrisi mereka. Beri makan kepada mereka setiap 2 hingga 12 jam, kira-kira 2-3 kali makan sehari. Sesuaikan pengambilan kalori, 20-33 kalori setiap paun berat badan sehari. Walau bagaimanapun, anda harus sesuaikan pengambilan kalori dan masa pemberian makan berdasarkan faktor-faktor seperti baka, umur dan kondisi kesihatan kucing anda. Rundingkan dengan doktor haiwan anda untuk mendapatkan nasihat mereka atas pelan pemakanan kucing anda.

 

✔ Apakah Makanan Yang Kucing Tak Boleh Makan?

Selain daripada jadual pemakanan kucing yang terbaik, pemilik kucing juga perlu berhati-hati dengan bahan-bahan atau makanan tertentu yang tidak boleh dimakan oleh si bulus anda. Kucing mempunyai keperluan pemakanan yang tertentu dan makanan manusia mungkin menyebabkan risiko kesihatan yang serius kepada mereka. Berikutnya ialah makanan yang tidak boleh dimakan oleh si comel:

  1. Coklat

    Ramai orang menikmati coklat yang mengandungi theobromine dan kafein, tetapi kedua-duanya beracun bagi kucing. Sebatian ini akan menyebabkan simptom seperti rasa loya dan cirit-birit hingga peningkatan degupan jantung kucing dan, dalam situasi yang teruk, kucing bisa mengalami sawan.

  2. Kafein

    Sementara ramai orang sukan minum secawan kopi setiap pagi, tetapi ia adalah campuran berbahaya untuk anak bulus kita. Kafein, yang terkandung dalam kopi, teh dan beberapa minuman bersoda, akan menyebabkan gejala yang serupa dengan keracunan coklat

  3. Bawang dan Bawang Putih

    Meskipun bawang dan bawang putih dalam masakan manusia sangat lazat, ia mengandungi bahan yang boleh membahayakan sel darah merah kucing dan boleh menyebabkan anemia. Oleh itu, jangan sekali memasukkan bawang dan bawang putih dalam jadual dan menu pemakanan kucing kesayangan anda.

  4. Alkohol

    Jumlah alkohol sedikit sahaja boleh mencederakan kucing kesayangan anda dengan teruk. Etanol, komponen yang memabukkan dalam minuman beralkohol boleh menyebabkan loya, kelesuan dan juga kegagalan pernafasan dalam kes-kes teruk.

  5. Anggur dan Kismis

    Walaupun toksin dalam anggur dan kismis tidak dijelaskan dan tidak diketahui, makanan ini yang kelihatan tidak bersalah sebenarnya agak berbahaya bagi kucing. Jauhi anggur dan kismis daripada kucing kerana jika dimakan akan menyebabkan kegagalan buah pinggang kucing.

    Selain perkara yang disenaraikan di atas, makanan lain yang berpotensi berbahaya seperti alpukat, tulang, telur mentah dan beberapa jenis kacang haruslah dijauhi dan dihindari. Jika anda mempunyai sebarang keraguan mengenai keselamatan bahan makanan tertentu, sentiasa hubungi doktor haiwan anda.

    Kesimpulannya, dunia makanan kucing menuntut keseimbangan yang teliti antara memahami keperluan pemakanan si comel anda dan melaksanakan pelan pemakanan yang sesuai berdasarkan umur, berat badan dan masalah kesihatan mereka. Sama ada anda lebih suka fleksibiliti pemakanan secara bebas atau pemberian makanan terjadual, tujuannya adalah untuk mengutamakan diet yang seimbang dan sesuai dengan spesies kucing anda. Kaedah pemberian makanan kucing yang anda pilih adalah berdasarkan kegemaran kucing anda serta gaya hidup anda, Selain itu, memahami makanan yang si manja tidak boleh makan juga sangat penting.

Soalan Lazim

  1. Apakah yang perlu diberi makan kucing - makanan kering atau makanan basah?

    Pilih berdasarkan kegemaran dan kesihatan. Makanan kering membantu kesihatan pergigian, manakala makanan basah kecukupan pengambilan air. Menggabungkan kedua-duanya boleh menyediakan diet yang seimbang. Rujukkan doktor haiwan anda untuk mendapatkan nasihat.

  2. Berapa lama kucing boleh tidak makan?

    Secara amnya 24-48 jam. Pantau dengan rapat; Rujuk doktor haiwan jika penolakan makanan berterusan untuk mengelakkan masalah kesihatan seperti penyakit hati berlemak.

  3. Berapa kali saya perlu memberi makan kucing dalam sehari?

    Jadual pemakanan kucing dibahagikan berdasarkan umur. Anak kucing, kucing dewasa dan kucing senior mempunyai jadual pemakanan dan diet yang berbeza. Jadual pemakanan anak kucing biasanya melibatkan 4-6 kali sehari, dan kucing dewasa 2 kali sehari. Sementara itu, kucing tua memerlukan makanan yang lebih kecil tetapi lebih kerap. Rutin makan kucing yang konsisten membantu pengawalan metabolisme kucing. Rundingkan dengan doktor haiwan untuk mendapatkan nasihat peribadi mengenai waktu terbaik untuk memberi makan kepada kucing anda.

  4. Apakah cara yang terbaik untuk pemberian makanan kucing?

    Tiada jadual pemakanan kucing yang ideal. Sama ada kucing dewasa atau anak kucing, jadual penyusuan mesti termasuk nutrien harian yang mereka perlukan. Pilih pemakanan secara bebas atau makanan berjadual berdasarkan kesihatan, tingkah laku dan gaya hidup kucing. Sediakan diet yang seimbang dan berunding dengan doktor haiwan untuk nasihat peribadi.

  5. Berapa banyak makanan kucing yang perlu dimakan kucing dalam sehari?

    Ramai pemilik kucing baru keliru tentang rutin makan anak kucing dan jadual pemakanan kucing mereka. Snek kucing bukan pengganti makanan yang boleh memenuhi keperluan nutrien dan jadual makan kucing. Pilih snek kucing rendah kalori seperti Temptations™ dengan isi lembut di dalam dan rangkup di luar! Snek kucing yang lazat ini mempunyai kurang daripada 2 Kcal setiap hidangan!

X

Beli secara atas talian