Temptations imagery

Keperluan Nutrisi untuk Kucing

Keperluan Nutrisi untuk Kucing

Sebagai ibu bapa kucing, anda pasti sedar betapa istimewanya hubungan yang terbentuk antara si manja dan makanan kegemarannya. Namun begitu, dalam bab pemakanan kucing, kita perlu memastikan si comel bukan sahaja dihidangkan dengan makanan yang lazat, tapi ia juga haruslah seimbang, mengandungi segala jenis makanan sihat untuk kucing.

Apakah khasiat-khasiat yang penting bagi kucing?

Kucing merupakan sejenis karnivor, ia bermakna makanan sihat untuk kucing haruslah merangkumi produk-produk haiwan seperti daging dan telur, yang kaya dengan protein serta asid lemak. Makanan sihat untuk kucing juga haruslah mengandungi aneka mineral, vitamin, dan karbohidrat agar ia dapat menjurusi kehidupan yang sihat serta hayat yang panjang.

Mengapakah diet kucing anda perlu mengandungi khasiat?

Khasiat memainkan peranan yang penting untuk memastikan si manja memperoleh tenaga yang mencukupi bagi proses tumbesaran dan juga penyembuhan akibat sesuatu kecederaan atau penyakit. Diet kucing yang mencakupi makanan kucing berkhasiat membolehkannya kekal sihat dan juga cergas.

Berapakah jumlah protein yang kucing saya perlukan?

Protein dalam makanan sihat untuk kucing adalah penting kerana ia merupakan sumber pembangunan si manja; mustahak bagi tumbesaran, pembaikan sel tisu, dan juga pembangunan otot. Secara amnya, kadar pengambilan protein harian sebanyak 6.5g/100 kcal adalah penting untuk kucing dewasa. Kucing yang bunting dan menyusu pula memerlukan 7.5g/100 kcal protein sehari.

Berapakah jumlah lemak yang kucing saya perlukan?

Makanan kucing berkhasiat haruslah mengandungi lemak dengan omega 3 dan omega 6 untuk memelihara kesihatan bulu kucing selain menawarkan keupayaan penyembuhan dan regeneratif kepada si manja. Di samping itu, lemak juga membekali kucing dengan suntikan tenaga yang ia perlukan. Rata-rata kucing memerlukan sebanyak 20 hingga 24% asid lemak dan lemak haiwan setiap hari bagi memenuhi gaya hidupnya yang aktif.

Berapakah jumlah karbohidrat yang kucing saya perlukan?

Kucing merupakan sejenis karnivor yang memerlukan protein dan asid lemak dalam dietnya. Bagaimanapun, karbohidrat dalam bentuk glukosa adalah penting bagi kucing untuk memelihara kualiti-kualiti fisiologinya. Pemakanan kucing yang seimbang melibatkan pengambilan karbohidrat sekitar 10% daripada diet seekor kucing untuk pembangunan sel otak dan darah.

Berapakah jumlah vitamin yang kucing saya perlukan?

Kucing memerlukan aneka vitamin seperti Vitamin A untuk tumbesaran tulang dan gigi, penglihatan, kesihatan sistem reproduktif, dan juga kesihatan kulitnya. Vitamin E dan K memainkan peranan yang penting dalam pemakanan kucing kerana ia memberi manfaat dari sudut kesihatan darah. Arginina dan taurina merupakan derivatif vitamin yang dapat memperbaiki fungsi otot jantung, kesihatan pembiakan dan juga kesihatan neonatal bagi seekor kucing.

Berapakah jumlah mineral yang kucing saya perlukan?

Mineral adalah penting bagi tumbesaran anak kucing kerana mineral seperti kalsium, natrium, dan kalium mempunyai impak langsung ke atas pembangunan struktur tulangnya, justeru membolehkan si kecil ini membesar dengan lebih sihat. Bagi kucing dewasa pula, mineral dapat menyokong gaya hidup aktifnya, juga menawarkan manfaat regeneratif untuk membaiki sel-sel tisu.


Jenis-jenis makanan kucing

  1. Makanan basah

    Makanan kucing yang disediakan secara komersial lazimnya lengkap dengan semua khasiat dalam jumlah yang seimbang bagi memastikan si manja anda dapat menjurusi kehidupan yang sihat. Pelbagai perisa juga ditawarkan bersama, dan ekoran kandungan kelembapan yang tinggi dalam jenis makanan ini, ia memastikan kucing anda juga kekal terhidrat.

  2. Makanan kering

    Makanan kering untuk kucing mempunyai banyak kelebihan kerana harganya yang lebih berpatutan selain boleh disimpan lebih lama berbanding makanan kucing jenis basah. Makanan kering juga disediakan dalam pelbagai perisa dan mengandungi segala khasiat penting yang si manja perlukan.

  3. Snek

    Snek kucing mempunyai perisa dan tekstur yang diperkayakan untuk menarik selera si comel. Dengan pilihan perisa yang eksotik seperti ayam, tuna dan salmon, snek kucing Temptations™ amat digemari para si Comel. Snek Temptations™ menggiurkan ini rendah kalori, hanya dengan 2kcal/poket, jadi anda boleh manjakan kucing kesayangan anda sepenuh hati dengan snek kucing Temptations™.

Soalan-soalan Lazim

 
  1. Apakah khasiat yang paling penting untuk kucing?

    Sebagai haiwan karnivor, protein pastinya merupakan komponen yang paling penting dalam pemakanan kucing. Ia berfungsi sebagai khasiat yang penting bagi menyokong proses tumbesaran kucing dalam fasa awal kehidupannya. Tambahan lagi, protein turut memberi manfaat dari sudut keupayaan penyembuhan dan kesihatan.

  2. Bagaimanakah saya dapat meningkatkan jumlah khasiat yang dibekalkan kepada kucing saya?

    Daging dan telur mengandungi protein dan asid lemak dalam jumlah yang banyak, yang merupakan majoriti daripada khasiat yang diperlukan oleh seekor kucing. Di samping itu, anda juga boleh melengkapkan pemberian khasiat kepada kucing anda dengan suplemen protein dan vitamin yang dirumus khas untuk kucing.

  3. Apakah antara khasiat yang kucing perlukan?

    Protein dan lemak merupakan dua khasiat penting yang kucing perlukan dalam fasa awal tumbesarannya. Di samping itu, kucing juga memerlukan khasiat seperti vitamin, mineral dan karbohidrat dalam jumlah yang kecil untuk kesihatan yang menyeluruh.

  4. Bagaimanakah saya dapat menambah khasiat dalam makanan kucing saya?

    Selain menghidangkan daging dan telur, anda juga boleh melengkapkan diet si manja dengan sayuran seperti kacang buncis, labu, dan ubi keledek. Sayur-sayuran ini merupakan makanan sihat untuk kucing dan boleh menambah khasiat dalam makanan kucing anda.

  5. Apakah makanan yang berkhasiat untuk kucing?

    Diet kucing sebahagian besarnya haruslah terdiri daripada daging, ikan, dan juga telur. Tapi anda juga boleh menambah kelainan dalam makanan kucing berkhasiat anda dengan merangkumkan buah-buahan seperti epal, pisang, dan tembikai tidak berbiji sebagai sumber khasiat yang baik untuk si manja.

X

Beli secara atas talian