Temptations imagery

Catnip untuk Kucing - Manfaat, Fungsi dan Efek

Catnip untuk Kucing - Manfaat, Fungsi dan Efek

Apakah itu Catnip?

Peliharaan kucing memberikan banyak pengalaman yang menyeronokkan, dan pertanyaan umum adalah “Adakah kucing suka catnip?”. Selain itu, kita juga sering bertanya-tanya  “apakah kebaikan catnip dan fungsi catnip untuk kucing?” Untuk menjawabkan soalan tersebut, marilah kita meneroka apa itu catnip. Catnip, atau Nepeta Cataria adalah sejenis herba yang mengandungi sifat-sifat yang merangsang kucing. Stimulan yang terdapat di daun dan batang catnip merupakan sejenis bahan kimia yang bernama nepetalakton. Penggunaan catnip berlaku apabila kucing menghidunya, hal ini akan merangsang bahan kimia otak kucing yang berkaitan dengan mood dan kebahagiaannya. Namun, kucing kesayangan akan berasa santai dan lembut apabila catnip ditelankan. Catnip boleh didapati dalam pelbagai bentuk, seperti daun kering, semburan, makanan catnip, mainan atau pokok catnip.

Bagaimana Menggunakan Catnip?

Ramai ibu bapa kucing sudah mengenal catnip tetapi masih ragu dengan manfaat catnip dan fungsi catnip untuk kucing. Catnip terdapat dalam pelbagai bentuk dan boleh digunakan dengan cara yang berbeza seperti menyemprot atau menyelerakkan pada mainan kegemaran mereka, memberi mereka makanan catnip atau mendedahnya kepada tumbuhan catnip yang segar. Namun, si comel mungkin menjadi tidak reaktif terhadap catnip selepas beberapa masa. Jadi, pemilik digalakkan untuk menjauhkan catnip daripada kucing setelah itu.

Kebaikan catnip amat berguna apabila anda hendak merangsang mereka, sama ada menjadi teruja dengan menghidu, atau menjadi tenang melalui pengambilan. Penggunaan catnip untuk kucing mungkin berbeza bergantung pada matlamat anda.

Jika anda hendak membawa si manja anda ke doktor haiwan, mandi atau perjalanan dengan kereta, anda boleh memberi makanan yang mengandungi catnip seperti Temptations™ MixUps yang berperisa catnip untuk menerangkan mereka. Snek catnip kami selamat untuk kucing dan berkalori rendah.

Adakah Catnip Ubat?  Adakah Catnip Membuat Kucing Teruja?

Tidak, catnip bukanlah ubat atau dadah. Anda mungkin tertanya-tanya adakah catnip selamat. Kesan catnip datang dari minyak semula jadi yang terdapat dalam tumbuhan tersebut. Catnip merangsang kucing dan kesannya sama seperti kesan minyak pati pada manusia. Tetapi, kesan catnip lebih kuat kerana kucing mempunyai deria yang lebih sensitif daripada kita. Kesan catnip pada kucing berbeza tergantung pada penggunaan catnip seperti menghidu atau memakan catnip. Sampai kini, tiada bukti bahawa catnip berbahaya untuk kucing. Namun, pemberian catnip yang berlebihan mungkin berlaku dan kesan sampingannya juga bergantung pada cara kucing anda mengambilnya.

Pemilik si comel juga ingin tahu tentang kebaikan catnip dan sama ada tumbuhan catnip untuk kucing seharusnya diberikan.  Maklumat berikut boleh memberi anda pemahaman yang lebih lanjut tentang kebaikan catnip dan cara-cara untuk memperkenalkan catnip.

Mengapa Kucing Suka Catnip?

Adakah kucing suka catnip dan haruskah saya menanam tumbuhan catnip untuk kucing? Apabila ditanya dengan soalan seperti ini, jawapannya bukanlah senang. Hal ini demikian kerana tiada semua kucing yang reaktif terhadap catnip, dan hanya kira-kira 70% dari mereka yang bereaksi. Kucing bertindak balas dan menyukainya kerana catnip memberi mereka perasaan yang baik dan nyaman. Jangan risau jika anda mempunyai tumbuhan catnip untuk kucing anda kerana tidak akan ketagihan, atau mengalami penarikan atau overdosis. Pastikan tumbuhan catnip untuk kucing anda simpan di tempat yang tidak dapat dicapai kerana pendedahan yang kerap mungkin menyebabkan mereka makin toleran terhadapnya.

Anda yang tidak pasti mungkin juga bertanya apa manfaat catnip dan fungsi catnip untuk kucing anda. Manfaat catnip adalah membantu merangsang kucing dari segi mental dan fizikal. Pengambilan catnip segar dari pokok catnip atau snek catnip dapat membantu sistem pencernaan mereka. Bagi tujuan latihan, anda boleh meletakkan catnip pada tiang gosok mereka untuk menarik perhatian supaya mengelakkan mereka mencakar tempat lain yang boleh menyebabkan kerosakan.

Beberapa Banyak Catnip Adalah Berlebihan Untuk Kucing?

Banyak ibu bapa si comel bimbang akan jumlah catnip yang sesuai untuk kucing. Secara umumnya, catnip adalah bahan yang tidak menyebabkan ketagihan dan selamat untuk dimakan dalam jumlah kecil. Kesan sampingan catnip hanya berlaku jika kucing mengambilnya secara kelebihan, dan menyebabkan mereka sakit. Temptations™ MixUps berperisa catnip adalah snek yang selamat untuk kucing kesayangan anda.

Secara keseluruhan, tiada ada peraturan yang khusus mengenai jumlah catnip yang sesuai atau terlalu banyak untuk kucing. Namun begitu, cubalah hadkan pendedahan kucing anda kerana pendedahan berlebihan akan membuat mereka kurang peka terhadap catnip sehingga menghilangkan keberkesanan catnip.

Bagaimana Cara Memperkenalkan Catnip Kepada Kucing Saya?

Kini, anda sudah kurang bimbang dan mempunyai pemahaman asas tentang kebaikan catnip serta fungsi catnip untuk kucing, dan mungkin hendak mengenalkan snek istimewa ini kepada kucing anda. Catnip mempunyai banyak kegunaan untuk kucing. Jika anda ingin membuat mereka tenang untuk kunjungan ke doktor haiwan atau mandi, anda boleh memberikan makanan catnip kepada kucing anda. Sementara, si comel boleh menghidu catnip kalau anda hanya hendak berseronok dengannya. Jawapan kepada adakah kucing suka catnip adalah rumit. Jadi, memahami dan mengetahui kegemaran kucing anda adalah penting supaya dapat menyediakan catnip dalam bentuk yang sesuai untuk mereka. Hal ini dapat meningkatkan kesejahteraan keseluruhan kucing anda.

Anda harus bermula dengan jumlah yang kecil dahulu dan memerhatikan fungsi catnip untuk kucing anda. Selain itu, anda juga patut lihat kesan catnip pada kucing anda. Biasanya, si comel tidak memerlukan banyak masa untuk menunjukkan kesan catnip. Pantau jika terdapat sebarang kesan sampingan catnip pada kucing anda.

Soalan-soalan Lazim

  1. Berapa Lama Catnip Berkesan?

    Kesan catnip pada kucing biasanya berlangsung untuk 10 minit dan akan hilang secara perlahan-lahan. Kucing anda mengambil masa kira-kira 20 minit hingga 1 jam untuk mulai reaktif semula. Pengambilan catnip haruslah dihadkan supaya kucing tidak akan menumbuh toleransi dengan kesan catnip.

  2. Bolehkah Anak Kucing Saya Mengambil Catnip?

    Catnip tidak memberi kesan terhadap anak kucing. Biasanya, anak kucing perlu menunggu sehingga dewasa untuk menunjukkan sama ada mereka sensitif terhadap catnip, dan ini biasanya berlaku pada usia 6 bulan.

  3. Bolehkah Kucing Saya Overdosis Catnip?

    Masih merungut sama ada manfaat catnip dan juga adakah catnip selamat? Kucing biasanya tidak boleh overdosis catnip dan mereka hanya cenderung bertumbuh toleransi terhadapnya. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang jika anda mungkin memberikan catnip yang berlebihan. Penggunaan berlebihan hanya boleh menyebabkan kesan sampingan seperti sakit perut atau pening kepala.

X

Beli secara atas talian