Temptations imagery

Bahasa Ekor Kucing

Bahasa Ekor Kucing

Walaupun sering dianggap sebagai tidak suka bersosial dan introvert, kucing mempunyai kehidupan sosial yang kompleks mengelilingi sahabat kucing mereka, manusia disukai dan haiwan lain. Sebagai haiwan yang sangat pintar, kucing boleh menjadi sangat interaktif dan sering bergantung pada ekor dan suara mereka sebagai alat untuk berkomunikasi. Bahasa ekor kucing diguna untuk meluahkan pelbagai emosi dan perasaan. Sebagai contoh, bahasa ekor kucing digunakan terutamanya dalam kalangan kucing semasa menandakan kawasan dan mencari pasangan.

Walaupun kucing pandai berinteraktif,  tanda dan bahasa ekor kucing kekal menjadi misteri kepada pemilik kucing baharu, yang ingin mengetahui maksud tanda ekor kucing. Memandangkan mengetahui tentang tanda ekor kucing boleh membantu untuk menjalin ikatan dengan mereka, berikut adalah panduan ringkas tentang cara anda boleh memahami maksud pergerakan ekor kucing.

Maksud pergerakan ekor kucing

  1. Ekor Terangkat

    Kucing sering menegakkan ekornya sebagai tanda ekor kucing yang bermakna kebahagian dan juga ketenangan. Kucing yang mengangkat ekornya tinggi-tinggi menunjukkan keyakinan semasa menandakan kawasannya. Sahabat kucing anda juga boleh mendekati anda dengan ekor terangkat untuk menyapa anda dengan penuh kasih sayang.

  2. Ekor kucing bengkok seperti tanda soal

    Sama seperti ekor yang dinaikkan tinggi, ekor yang melengkung atau bengkok seperti tanda soal merupakan tingkah laku ekor kucing yang positif. Kucing adalah haiwan yang suka bermain dan apabila kucing membengkokkan ekornya seperti tanda soal memberi maksud pergerakan ekor kucing yang kucing anda suka bermain dan inginkan mainan kegemarannya!

  3. Ekor kucing mengarahkan ke bawah

    Tidak seperti ekor kucing terangkat, kucing yang mengarahkan ekornya ke bawah biasanya tidak menunjukkan sikap yang positif. Sekiranya kucing anda mengarahkan ekornya ke bawah, anda mungkin perlu memberi lebih perhatian  untuk mengetahui adakah ianya berada dalam kesukaran. Kucing yang mengekalkan ekornya ke bawah merupakan tanda ekor kucing yang paling ketara semasa kucing berada dalam tekanan.

  4. Ekor kucing terselip

    Seperti menghalakan ekornya ke bawah, kucing juga akan menyelitkan ekor di antara kakinya apabila tertekan atau ketakutan. Ia merupakan salah satu tanda yang jarang berlaku yang boleh dicetuskan oleh perubahan persekitaran mereka menyebabkan kucing sentiasa berjaga-jaga semasa membiasakan diri dengan persekitaran baharu.

  5. Ekor kucing mengembang

    Walaupun kucing biasanya menegakkan ekornya semasa ia mengembang, ia tidak mempunyai makna yang sama seperti ekor yang ditegakkan. Kucing sering menjadi mangsa haiwan yang lebih besar, dengan mengembangkan ekor kucing, mereka cuba mengelakkan ancaman dengan kelihatan lebih besar. Justeru itu, kucing akan mengembangkan ekornya apabila mereka berasa terkejut atau terancam yang akan menyebabkannya berasa cemas dan berjaga-jaga.

  6. Ekor melingkar di kucing lain

    Kucing adalah sangat mesra dengan manusia kegemaran mereka dan sahabat-sahabat lain. Seperti isyarat manusia meletakkan lengan di bahu kawan, kucing juga melingkarkan ekor mereka di sekeliling sesiapa yang dianggap kawannya. Tambahan kepada menjilat dan ‘grooming’, melingkarkan ekornya pada haiwan, kucing dan manusia yang lain merupakan tanda ekor kucing yang menunjukkan kasih sayang dan persahabatan.

  7. Menggoyangkan ekor

    Adakah anda mengetahui makna kucing menggoyangkan ekornya? Kucing menggoyangkan ekornya merupakan isyarat yang biasa digunakan sebagai bahasa kucing. Bukan sahaja ekor yang dikibas boleh membawa makna gembira, fokus, tidak berpuas hati, marah, ia juga mempunyai pelbagai jenis maksud ekor kucing. Biasanya, kucing menggoyang ekornya bermakna keyakinan dan kepuasan. Apabila kucing menggoyangkan ekornya atau dengan perlahan-lahan, ia bermakna mereka sedang fokus pada sesuatu terutamanya ketika memburu.

Apakah perbezaan memahami pergerakan ekor kucing?

Memahami pergerakan ekor munchkin berbulu anda boleh mendedahkan banyak perkara tentang personaliti kucing. Sebagai ibu bapa kucing, tidak menghairankan untuk bimbang tentang kucing anda, tetapi dengan memahami maksud ekor kucing, ia boleh membantu anda. Sebagai salah satu haiwan yang paling bijak di bumi, kucing sangat kreatif apabila meluahkan emosi dan perasaan mereka, dan kerumitan maksud ekor kucing sudah cukup untuk menerangkan betapa rumitnya kehidupan mereka. 

Di samping bunyi yang dihasilkan kucing, seperti mengiau, berkicau atau mendesis, bahasa ekor merupakan satu bentuk komunikasi yang penting bagi kucing. Goyangan dan ekornya yang fleksibel bukan sahaja menambahkan kemegahan dan kemewahan rupa kucing, tetapi juga sebagai alat komunikasi yang memainkan peranan penting untuk meluahkan setiap emosi kucing. 

Selain memikat hati kita dengan daya tarikan yang tidak tertahan, bahasa ekor kucing adalah satu cara yang bijak dan kreatif untuk berkomunikasi dengan kucing-kucing lain, terutamanya untuk persahabatan, menandakan kawasan dan mencari pasangan. Walaupun bahasa manusia tidak dapat diakses oleh kucing, memahami pergerakan ekor kucing boleh memberi anda lebih pengetahuan tentang kucing anda. 

Mentafsir maksud pergerakan ekor kucing boleh memberi sedikit gambaran tentang apa yang mungkin dirasai oleh kucing anda pada bila-bila masa, terutama untuk ibu bapa atau pelatih kucing baru. Ia bermanfaat terutamanya untuk menjalin ikatan dengan kucing dan mempelajari helah baru dalam masa yang singkat. Kucing adalah sangat sensitif dan dengan memahami bahasa ekor kucing, ia akan membantu anda menjalin ikatan anda berdua untuk masa yang akan datang. 

Untuk melihat bagaimana bahasa ekor kucing berubah mengikut  perasaannya, goncang pek Snek Temptations™ kegemarannya lalu melihat ekornya mengibas dengan keseronokan. Anda akan melihat bagaimana kucing comel anda gembira dengan serta-merta dan berlari kepada anda dengan ekornya yang terangkat ataupun bengkok seperti tanda soal!

Bahasa Ekor Kucing - Soalan-soalan Lazim

  1. Mengapa kucing mengibaskan ekornya semasa berbaring?

    Walaupun ia mempunyai beberapa makna, biasanya kucing mengibaskan ekornya semasa berbaring menunjukkan kepuasan dan ketenangan. Mereka juga menggoyangkan ekornya dengan perlahan dari satu sisi ke sisi yang lain apabila mereka sedang menumpukan perhatian, seperti ketika memburu.

  2. Apakah yang disampaikan kucing dengan ekornya?

    Bergantung kepada pergerakan ekor kucing, kucing boleh meluahkan banyak emosi dan perasaan yang berlainan, seperti kegembiraan, kesedihan, tidak berpuas hati, ketenangan, kemarahan, keyakinan dan kasih sayang. Emosi seperti cemas dan terancam juga boleh diluahkan melalui bahasa ekor kucing.

  3. Bagaimanakah untuk mengetahui kucing menyukai anda?

    Kucing saling mencuba untuk berkomunikasi melalui kicauan dan meow. Namun, kucing juga boleh meluahkan kasih sayang dengan bahasa ekor kucing mereka. Kucing sering mendekati manusia kegemaran mereka dengan ekornya yang terangkat tinggi sebagai salam mesra.

  4. Mengapakah ekor kucing menyentuh anda?

    Apabila ekor kucing menyentuh anda, ia merupakan tanda kasih sayang yang menunjukkan persahabatan dan kasih sayang. Di samping itu, apabila kucing menyayangi anda, ia akan sering menyentuh anda dengan ekornya untuk meninggalkan baunya pada anda, yang bermakna anda miliknya.

  5. Patutkah saya menyentuh ekor kucing saya?

    Ekor kucing sangat sensitif. Oleh yang demikian, melainkan sahabat kucing anda selesa, ia bukannya idea yang baik untuk menyentuh atau memegang ekornya dengan kuat. Ekor kucing sangat rapuh dan lemah, dan jika tercedera, ia boleh menyakitkan kucing kita.

X

Beli secara atas talian