Temptations imagery

Panduan Hidrasi Kucing

Panduan Hidrasi Kucing

Kucing gemar menikmati pelbagai jenis makanan, tapi hubungannya dengan air pula tidaklah semesra seperti yang kita boleh harapkan, lantas menyukarkan para pemilik kucing untuk memastikan si manja kekal terhidrat.

Banyak manakah air yang perlu diminum oleh kucing?

Pasti ramai dalam kalangan pemilik kucing yang tertanya-tanya berapakah jumlah air kucing minum setiap hari. Adalah mustahak bagi kucing untuk meminum air pada tahap yang mencukupi untuk memastikan ia dapat menjurusi kehidupan yang normal dan aktif. Jumlah air yang diperlukan oleh kucing lazimnya bergantung kepada usia dan bakanya. Sungguhpun begitu, rata-rata kucing dewasa perlu meminum sekurang-kurangnya 50 hingga 70ml air bagi setiap kilo berat badannya pada setiap hari.

Mengapakah hidrasi penting untuk kucing?

Hidrasi memainkan peranan yang sangat penting bagi membolehkan tubuh kucing menjalankan segala fungsinya secara optimum, ia termasuk penghadaman makanan, pelinciran sendi, pengagihan elektrolit, serta regulasi suhu badan. Air minuman kucing yang bersesuaian dapat membantu kucing menghindari penyakit pada buah pinggang dan saluran kencing, terutamanya jika kucing anda juga kurang meminum air.

Bagaimanakah kita dapat menggalakkan kucing minum air?

  1. Gunakan bekas air minuman kucing yang bersesuaian

    Ini merupakan satu penyelesaian yang mudah sekiranya anda tertanya-tanya cara buat tempat air minum kucing. Bekas air minuman kucing yang ideal mempunyai dasar yang luas selain mudah diakses, dengan paras kedalaman yang rendah. Ia membolehkan kucing mencapai air yang dihidangkan dengan lebih selesa. Bekas air minuman kucing yang diperbuat daripada seramik dan besi yang mampu tahan lama dan mengurangkan pencemaran secara tidak langsung boleh membantu kucing anda kekal terhidrat kerana kucing lebih tertarik dengan kebersihan.

  2. Pilih lokasi yang tepat

    Kucing yang menghuni di dalam rumah boleh digalakkan untuk meminum airnya dengan meletakkan bekas minuman di lokasi-lokasi yang bersesuaian, seperti di dapur atau berhampiran tempat tidurnya. Kucing mempunyai sifat pembersih, jadi elak meletakkan bekas berisi air minuman kucing berhampiran dengan bekas najisnya jika anda ingin menggalakkan kucing minum air.

  3. Pastikan ia segar

    Bagi menggalakkan kucing minum air, antara langkah terbaik yang anda boleh ambil ialah menukar air yang dihidangkan bagi memastikan air tersebut sentiasa segar untuk diminum oleh si manja. Dengan memastikan air ditukar selang setiap beberapa jam, anda dapat memastikan air tersebut juga bebas daripada pencemaran dan tidak mengandungi sebarang penyakit bawaan air.

  4. Cuba alat pemancur air

    Untuk mengetahui cara buat tempat air minum kucing dan kekal terhidrat, cuba gunakan alat pemancur air. Pemancur air dapat membekali kucing anda dengan air yang bersih secara berterusan dan boleh menarik perhatian kucing selain menghiburkannya, sekali gus menggalakkan kucing minum air dalam proses tersebut.

  5. Rangkumkan makanan kucing jenis basah dalam dietnya

    Kucing tidak dapat menahan dirinya daripada menikmati pelbagai jenis makanan, justeru makanan kucing jenis basah boleh menjadi satu alternatif yang berkesan untuk memastikan si manja anda kekal terhidrat. Makanan kucing jenis basah mempunyai kandungan kelembapan yang tinggi, yang dapat membantu membekali kucing anda dengan sumber air yang diperlukannya. Tambahan lagi, makanan kucing jenis basah juga disediakan dalam pelbagai perisa yang menarik dan umumnya amat disukai oleh kucing.

    Jadi, anda boleh menghidangkan santapan jenis basah kepada si manja agar ia kekal terhidrat. Siri produk snek kucing Creamy Purrree dari Temptations™ bukan sahaja lazat dan digemari para si Comel, tetapi juga amat berkhasiat!

 

Mengapakah kucing saya enggan meminum air?

  1. Hidrasi yang lengkap

    Anda tertanya-tanya mengapa kucing anda enggan meminum air dan sebanyak manakah air yang perlu kucing minum setiap hari? Rata-rata kucing dewasa memerlukan sekitar 50 hingga 70ml air bagi setiap kilo berat badannya setiap hari. Kebanyakan kucing akan minum sehingga ia telah memuaskan keperluan airnya, jadi peluang untuk kucing mengalami dehidrasi sepatutnya adalah rendah.

  2. Bekas air minuman kucing tidak bersih

    Kucing bersifat pembersih dan akan meluangkan sebahagian besar masanya untuk membersihkan diri. Jadi, tidak hairanlah jika kucing kurang minum air daripada bekas yang kotor.

  3. Kucing anda mungkin alami penyakit gigi

    Kucing lazimnya elak meminum air jika ia mengalami sesuatu penyakit gigi. Penyakit gigi bukan sahaja menyebabkan kucing anda berasa tidak selesa, tapi air minuman kucing juga boleh menjadikan kawasan yang dijangkiti lebih sensitif, lantas meningkatkan ketidakselesaannya. Oleh itu, pastikan kesihatan gigi kucing anda diperiksa secara profesional jika kucing tidak minum air.

  4. Kucing mungkin mengalami masalah gastrousus

    Masalah gastrousus juga boleh menyebabkan kucing kurang minum air. Ini adalah kerana penyakit gastrousus lazimnya menjurus kepada gejala-gejala seperti muntah dan cirit-birit, yang boleh membuat si manja berasa amat tidak selesa. Tambahan lagi, air minuman juga boleh membuat si manja berasa kurang senang, jadi kucing yang mengalami masalah gastrousus akan cuba elak daripada meminum air.

Apakah punca kucing mengalami dehidrasi?

Dehidrasi yang dialami kucing lazimnya diakibatkan oleh beberapa faktor. Komplikasi fizikal seperti masalah pada saluran kencing, keracunan makanan, kerap membuang air kecil, muntah, dan cirit-birit adalah antara punca utama yang menyumbang kepada kehilangan air dalam badan, justeru boleh mengakibatkan dehidrasi jika kucing tidak minum air. Di samping itu, faktor-faktor seperti bekas air minuman kucing yang kotor serta perubahan mendadak dalam persekitarannya juga boleh membuat si manja merasai tekanan, lalu enggan meminum air. Bagaimanapun, dehidrasi merupakan satu risiko yang serius dan harus dikenal pasti sebelum terlewat agar ia tidak membawa maut.

Berikut merupakan antara tanda-tanda dehidrasi yang paling lazim dialami oleh kucing.

Tanda-tanda dehidrasi yang dialami kucing

  1. Gusi kering

    Kandungan air dalam badan membantu meregulasi jumlah air liur yang dihasilkan oleh kelenjar dalam mulut. Kelenjar liur bertanggungjawab untuk memastikan mulut, lidah, dan gusi kekal lembap, yang berfungsi untuk mencegah kecederaan semasa mengunyah. Dehidrasi yang dialami kucing lazimnya menyebabkan gusi menjadi kering selain meningkatkan risiko berlakunya ulser mulut secara signifikan, terutamanya jika kucing kurang minum air.

  2. Kelesuan atau depresi

    Kehidratan adalah sangat penting untuk kucing mengekalkan gaya hidup aktifnya. Ini adalah kerana air dapat membantu melincirkan sendi-sendi dalam badan, justeru membolehkan kucing kekal tangkas selain mengelak kesakitan pada sendinya. Tambahan lagi, air juga memainkan peranan dalam pengagihan elektrolit, yang berfungsi untuk memberi suntikan tenaga kepada si manja. Dehidrasi biasanya boleh membuat kucing berasa lesu atau murung dan juga menyebabkan kucing kurang minum air.

  3. Kehilangan selera makan

    Air memainkan peranan yang penting dalam proses penghadaman kucing. Ia membantu meregulasi peredaran enzim serta memelihara fungsi proses-proses perkumuhan. Kekurangan pengambilan air boleh mengakibatkan dehidrasi, lalu menjejaskan proses-proses penghadaman, menjurus kepada masalah penghadaman dan masalah gastrousus yang lain, seterusnya menyebabkan si manja kehilangan selera makan.

  4. Susutan dalam keanjalan kulit

    Air bukan sahaja melincirkan sendi-sendi dalam tubuh kucing, tapi pengambilan air yang dibuat setiap hari juga memberi kesan ke atas keanjalan kulit si manja. Pengambilan air yang secukupnya dapat membantu memelihara kesihatan bulu dan memperbaiki keanjalan kulit si manja. Dehidrasi biasanya menyebabkan simptom-simptom seperti kulit kering dan kehilangan keanjalan pada kulit.

  5. Kenaikan kadar degupan jantung

    Jumlah air yang diambil oleh kucing juga memberi kesan ke atas proses regulasi peredaran darah. Akibat dehidrasi, peredaran darah dalam tubuh kucing akan menjadi perlahan, meningkatkan tekanan pada saluran darah, lalu menyebabkan kadar degupan jantung meningkat. Kenaikan kadar degupan jantung juga menimbulkan risiko-risiko serius seperti penyakit jantung dan kegagalan jantung.

Apa yang perlu dibuat jika anak kucing tidak minum air

  1. Letak bekas air minuman kucing di sekitar rumah

    Anak kucing anda tidak minum air? Cuba tangani masalah ini dengan meletakkan beberapa bekas minuman di lokasi-lokasi yang mudah diakses oleh si manja seperti di dapur bagi memudahkan ia mengambil airnya.

  2. Gunakan alat pemancur air

    Alat yang dapat memancur air secara berterusan boleh menarik perhatian anak kucing selain membuat ia terhibur. Pada masa yang sama, kucing juga akan mengambil peluang untuk meminum air dalam proses tersebut.

  3. Buka pili air

    Memandangkan kucing suka mendekati sesuatu yang aneh dan baharu dengan menjilatnya, pili yang mengalirkan air boleh menjadi satu teknik untuk membuat anak kucing anda meminum air.

  4. Letak kiub ais dalam makanan anak kucing

    Satu lagi kaedah yang dapat membantu anak kucing anda kekal terhidrat adalah dengan meletakkan kiub ais dalam makanannya. Ais akan cair perlahan-lahan, dan kelembapan yang meresap ke dalam makanan tersebut dapat membantu menghidratkan si manja anda.

Soalan-Soalan Lazim

  1. Adakah kucing biasanya akan minum banyak air?

    Jumlah pengambilan air oleh kebanyakan kucing umumnya adalah lebih rendah daripada yang diperlukan atau ia akan mengambil sekadar cukup sahaja. Seperti yang umum ketahui, kucing mempunyai hubungan yang agak janggal dengan air, jadi, kucing akan cuba elak meminum air sama sekali atau berhenti meminum setelah keperluannya sudah mencukupi.

  2. Bagaimana saya dapat menentukan bahawa kucing saya telah minum secukupnya?

    Pengambilan air adalah sangat penting untuk membolehkan kucing terus menjurusi gaya hidup aktifnya. Kucing yang minum air dengan secukupnya akan bersifat lebih tangkas dan bertenaga. Di samping itu, kucing yang banyak minum air juga akan menunjukkan tanda-tanda seperti bulu yang bersinar serta kulit yang anjal.

  3. Berapakah jumlah air yang kucing harus minum setiap hari?

    Keperluan air harian bagi kucing adalah berbeza mengikut baka dan usianya. Namun begitu, kucing dewasa biasanya perlu meminum sekurang-kurangnya 50 hingga 70ml air bagi setiap kilo berat badannya pada setiap hari. Tanggungjawab sebagai pemilik kucing juga pastinya akan menjadi lebih mudah jika anda termaklum mengenai jumlah air yang perlu diambil oleh kucing setiap hari.

  4. Apa yang perlu dibuat jika anak kucing saya enggan meminum air?

    Meletakkan bekas-bekas berisi air minuman kucing di sekitar rumah, memasang pemancur air, menghidangkan makanan kucing jenis basah, dan memasukkan kiub ais dalam makanan kucing merupakan antara solusi-solusi yang popular untuk menggalakkan anak kucing mengambil airnya.

  5. Berapa lamakah anak kucing boleh bertahan tanpa pengambilan air?

    Keperluan anak kucing terhadap pengambilan air adalah lebih rendah berbanding kucing dewasa. Bagaimanapun, anak kucing mungkin akan mengalami dehidrasi dalam masa 24 jam jika kucing kurang minum air, dan ia perlu mengisi tubuhnya semula dengan air dalam tempoh 2 hingga 3 hari bagi mengelakkan fungsi-fungsi tubuhnya mula terjejas.

X

Beli secara atas talian