Temptations imagery

Bagaimana saya dapat melebatkan bulu kucing saya?

Bagaimana saya dapat melebatkan bulu kucing saya?

Pernahkah anda melihat anak kucing anda menjilat bulu dan kulitnya? Bukan seperti manusia, kucing mampu membersihkan dirinya dengan kuasa jilatannya sahaja! Sungguhpun begitu, anda juga boleh memainkan peranan dengan membantu merapikan atau mendandan kucing anda secara berkala bagi memastikan tubuh dan bulunya kekal bersih dan sihat.

Mengapakah anda perlu memberi bantuan perapian ini sekiranya kucing sememangnya sudah pandai membersihkan diri? Dan bolehkah proses perapian menyebabkan kucing anda kehilangan bulu? 

Meskipun semua kucing mempunyai keupayaan untuk merapikan dirinya, terdapat sesetengah baka kucing yang perlu diberi perapian bantuan bagi memelihara kesihatan bulu dan juga kulitnya, terutamanya jika kucing yang anda bela di rumah adalah jenis yang berbulu panjang.

Oleh itu, kucing masih memerlukan bantuan anda. Bagi pemilik kucing yang baharu, anda mungkin akan mengalami kesukaran dalam bab memandikan dan merapikan kucing di rumah. Tapi, jangan khuatir! Anda juga boleh mendapatkan khidmat pakar perapi kucing berhampiran anda jika perlu.

Perlukah kucing dirapikan selalu?

Pendek kata, jawapanya ya, terutamanya bagi kucing yang berbulu panjang.

Kucing dengan bulu yang panjang lebih cenderung menjadi kotor. Bukan sahaja semasa bermain di luar tapi juga semasa ia menjamu selera. Bulunya boleh menjadi kusut dengan mudah akibat kotoran dan lendiran semula jadi yang keluar daripada tubuhnya. 

Jadi, bagaimana pula dengan kucing yang tidak berbulu seperti Sfinks? Ada bulu atau tidak itu bukan persoalannya, kerana semua kucing perlu melalui proses perapian ataupun pembersihan diri. Sfinks mungkin perlu dimandikan dengan lebih kerap kerana kulitnya boleh menjadi kotor dan berminyak lebih cepat. Oleh itu, aktiviti perapian atau dandanan kucing yang dibuat secara berkala adalah penting untuk memelihara kesihatan dan kebersihan bulu dan juga kulit kucing anda. 

Proses perapian juga penting sebagai cara menjaga bulu kucing dan cara lebatkan bulu kucing anda, mengatasi masalah bulu kucing seperti keguguran bulu berlebihan, insiden kucing tertelan gumpalan bulu, selain kulit mengelupas, kudis, dan pelbagai penyakit kulit yang lain. Pakar perapi akan memeriksa keadaan bulu dan kulit kucing anda dahulu sebelum dan semasa memandikan kucing. Dari mengurai bulu-bulu kusut hingga menjadikan kucing anda berbau semerbak harum, itulah antara hasil perkhidmatan pakar perapi.

Biarpun lebih senang kalau kita mengupah pakar sahaja untuk melakukan tugas ini, tapi kosnya mungkin membebankan. Sebenarnya cara menjaga bulu kucing serta cara lebatkan bulu kucing ini selalunya tidaklah menyukarkan, anda boleh mengamalkan proses perapian bantuan di rumah yang ringkas tapi masih efektif, sekali gus mengelakkan masalah bulu kucing. Hampir semua kucing tidak sukakan air, dan ada yang tidak suka disentuh langsung. Tetapi, anda boleh cuba mendekatinya dengan mengusap dan membelai si manja perlahan-lahan sebelum memulakan proses perapian bagi memastikan kucing anda tidak berasa tertekan. Berikan ia kebebasan untuk bergerak, dan setelah ia bersedia, anda boleh mula memberus bulu kucing anda dengan menggunakan sikat khas. 

Meskipun proses perapian atau dandanan kucing adalah penting, tapi perapian yang dibuat secara berlebihan boleh mengakibatkan bulu kucing anda menjadi jarang. Betul, kucing boleh kehilangan bulu di kawasan tertentu akibat perapian yang dibuat secara berlebihan. Anda boleh mendapatkan nasihat daripada pakar haiwan dan perapi kucing mengenai tatacara perapian kucing yang betul. 

Manfaat perapian kucing

Selain menjaga kesihatan kulit dan bulu, perapian juga menawarkan banyak lagi manfaat. Berikut merupakan antara manfaat proses perapian atau dandanan kucing yang anda mungkin tidak ketahui. 

  1. Menangani masalah suhu badan

    Cuaca Malaysia yang amat lembap dan panas boleh memberi kesan ke atas kucing anda, khususnya kucing yang berbulu panjang. Kucing hanya mempunyai kelenjar peluh pada telapaknya dan ia perlu membasuh dirinya lebih kerap dalam cuaca panas. Meskipun air liur kucing sedikit sebanyak boleh menyejukkan badannya, anda juga boleh membantu kucing anda mengelakkan tekanan suhu dan strok dengan merapikan ia. 

  2. Mengesan kutu dan parasit

    Proses perapian kucing meliputi beberapa langkah, termasuk memberus bulu si manja. Pemberusan dapat mengurai bulu-bulu yang kusut dan mendedahkan kotoran. Dengan memberus, anda juga boleh memerhatikan keadaan bulu dan kulit si manja dengan lebih baik. Pemilik kucing biasanya akan menemui kutu dan parasit semasa memberus bulu si manja.

  3. Sebagai cara untuk melebatkan bulu kucing

    Tahukah anda bahawa cara lebatkan bulu kucing yang paling efektif adalah dengan memberus bulu si manja. Ya betul, ini adalah kerana bulu-bulu yang telah gugur akan tersangkut pada bulu-bulu lain lalu membantutkan pertumbuhan bulu yang baharu dan sedia ada. Bulu gugur juga boleh memerangkap habuk dan mengakibatkan kucing kehilangan bulu sedia ada serta menyekat pertumbuhan bulu-bulu baharu. Jadi ini merupakan antara cara untuk lebatkan bulu kucing yang paling mujarab.

  4. Mengesan ketumbuhan

    Selepas memberus bulu si manja, gunakan syampu kucing untuk membersihkan kulit dan bulu dengan lebih berkesan. Berikan perhatian khusus pada kulit kucing anda dan lihat jika ada sesuatu yang tidak normal, seperti ketumbuhan. Pastikan anda mendapatkan nasihat pakar haiwan mengenai tatacara merawat ketumbuhan dan ruaman pada kulit kucing. 

  5. Elak insiden kucing tertelan gumpalan bulu

    Penjagaan bulu kucing adalah penting untuk memastikan kucing anda kekal sihat dan ceria. Dengan merapikan si manja, anda juga boleh mencegah masalah bulu kucing yang sering ditelan oleh si manja dalam bentuk gumpalan. Semakin banyak bulu-bulu lusuh yang anda dapat buang, maka kuranglah insiden kucing anda tertelan gumpalan bulunya. Anda boleh menyikat atau memberus bulu kucing anda setiap hari untuk meminimumkan gumpalan bulu, terutamanya jika si manja anda mempunyai bulu yang panjang, yang juga boleh menjadi satu cara untuk melebatkan bulu kucing yang efektif.

  6. Kurangkan pelucutan bulu

    Kucing berbulu panjang melucutkan lebih banyak bulu berbanding kucing berbulu pendek. Sebab inilah pemberusan berkala dapat mengurangkan intensiti bulu-bulu yang terlucut dan menjadi satu cara menjaga bulu kucing yang efektif. Bagaimanapun, dengan kerap memberus sahaja ia tidak dapat menghentikan sama sekali proses pelucutan tersebut. Kucing anda masih akan melucutkan bulunya secara semula jadi, tetapi bulu yang dilucutkan tersebut biasanya akan kelihatan lebih pendek.

  7. Mencegah alahan

    Ramai peminat dan pemilik kucing mempunyai alahan terhadap kucing. Oleh itu, adalah penting untuk mengurangkan alergen dan kulit mati yang terdapat pada bulu kucing. Meskipun perapian berkala tidak dapat mengurangkan bilangan kelemumur dan alergen yang terhasil, dengan memandikan kucing setiap minggu, ia dapat menyingkirkan sehingga 84% daripada alergen yang wujud pada tubuh kucing anda.

Tip perapian kucing

  1. Biasakan merapi seawal usia kecil

    Ramai pemilik kucing baharu yang kurang arif mengenai tatacara perapian kucing yang betul di rumah. Seharusnya, amalan perapian ini dimulakan seawal usia kucing anda masih lagi kecil. Anda boleh mulakan dengan membelai anak kucing anda, kemudian memberusnya dengan perlahan-lahan di kawasan yang ia suka dibelai. Anda juga boleh memastikan anak kucing anda mempunyai lapisan bulu yang tebal dengan mempraktikkan cara untuk lebatkan bulu kucing yang efektif.

  2. Berus kucing anda secara berkala

    Pemilik kucing yang baharu harus mempelajari teknik penjagaan bulu kucing yang betul. Seperti yang disebutkan tadi, pemberusan berkala adalah penting bagi mengurangkan pelucutan bulu selain menjadi satu cara untuk melebatkan bulu kucing yang efektif, tapi, banyak kucing dewasa yang cerewet dengan sentuhan, dan ada kucing yang tidak suka disentuh langsung. Untuk membuat kucing anda berasa lebih selesa sebelum ia diberus, berikan si manja anda snek kucing yang lazat seperti Temptations™ Creamy Purrrree.  

  3. Bersihkan telinga kucing

    Proses perapian kucing bukan sahaja melibatkan aktiviti memberus dan memandikan, tapi juga pembersihan teliti telinga si manja. Biarpun proses pembersihan telinga sebaiknya dibuat oleh pakar, anda juga boleh melakukannya di rumah, bergantung kepada keadaan kucing anda. Jika telinga kucing anda tidak dipenuhi dengan tahi telinga, kotoran, dan tiada kesan kemerahan, maka anda boleh membersihkan sendiri dengan kekerapan dua kali sebulan. Pastikan pembersihan dibuat dengan berhati-hati, dan jangan sesekali membersihkan bahagian dalam liang telinga.

  4. Gunakan cara lebatkan bulu kucing yang efektif

    Kucing dengan lapisan bulu yang tebal dapat memberinya banyak manfaat, selain membuatnya kelihatan lebih menawan. Antara cara-cara untuk melebatkan bulu kucing yang efektif melibatkan pemeriksaan kesihatan, pemberian suplemen dan memberus si manja. Untuk kesenangan pemilik kucing, aktiviti pemberusan merupakan cara lebatkan bulu kucing yang paling ringkas selain mempunyai manfaat berganda seperti yang disebutkan tadi.

  5. Potong kuku kucing

    Jauhkan kuku kucing yang panjang dan tajam dari sofa anda dengan memotong kuku si manja. Proses ini boleh dilakukan di rumah sahaja. Terdapat pelbagai jenis pemotong kuku dalam pasaran yang dikhaskan untuk kucing, malah pemotong kuku yang digunakan orang juga boleh dimanfaatkan untuk kuku kucing. Pastikan anda mendapatkan nasihat daripada pakar perapi haiwan bagi pemilihan pemotong kuku dan cara untuk memotong kuku yang betul. Berikan perhatian khusus ke atas kuku kucing yang berusia lanjut, kerana kukunya mungkin telah membesar ke dalam telapaknya.

Kesimpulan

Proses perapian kucing mempunyai banyak manfaat. Dengan merapikan kucing, anda juga boleh memeriksa kewujudan sebarang ketumbuhan, ruaman, atau parasit, selain menjadi satu cara untuk lebatkan bulu kucing yang efektif. Aktiviti perapian juga boleh mengelakkan insiden si manja tertelan gumpalan bulunya. Tapi ingat, perapian yang dibuat secara berlebihan juga boleh mengakibatkan bulu kucing anda menjadi jarang. Dapatkan nasihat pakar haiwan atau perapi kucing untuk mencegah isu perapian berlebihan. 

Soalan-Soalan Lazim

 
  1. Mengapa kucing perlu dirapikan?

    Dengan merapikan kucing anda, ia dapat mengurangkan insiden kucing tertelan gumpalan bulu, selain menjadi satu cara untuk lebatkan bulu kucing yang efektif, serta membolehkan anda mengesan kewujudan parasit dan masalah kulit seperti ketumbuhan. 

  2. Adakah kucing akan lebih bersenang hati setelah dirapikan?

    Perapian berkala dapat menjadikan bulu kucing anda lebih sihat. Ia bukan sahaja menyenangkan si manja, tapi penampilan kucing anda juga akan kelihatan lebih terjaga. Ia akan berasa lebih tenang dan segar.

  3. Apa yang akan berlaku jika saya tidak merapikan kucing saya?

    Jika bulu kucing anda jarang dirapikan, maka ia boleh meningkatkan insiden kucing anda tertelan gumpalan bulu. Gumpalan bulu akan menjejaskan kehidupan si manja, kerana tubuhnya akan cuba memuntahkan atau menyingkirkan gumpalan bulu tersebut melalui najisnya.

  4. Apa lagi yang tergolong dalam proses perapian kucing?

    Proses perapian kucing melibatkan aktiviti memberus, memandikan, memotong kuku dan sebagainya. Untuk membersihkan telinga kucing, anda juga boleh mendapatkan bantuan pakar perapi kucing jika telinga si manja anda dipenuhi dengan kotoran dan tahi telinga.

  5. Pada usia apakah kucing boleh dirapikan?

    Kucing akan merapikan dirinya sendiri sejak usia kecil. Malah sekumpulan anak kucing juga akan merapikan sesamanya untuk mengeratkan hubungan. Anda boleh membantu merapikan bulu anak kucing anda jika ia dibesarkan tanpa peneman atau ibunya.

X

Beli secara atas talian