Temptations imagery

Penyakit Saluran Kencing (UTI) pada Kucing

Penyakit Saluran Kencing (UTI) pada Kucing

Sebagai pemilik kucing yang penyayang, pasti ada perkara mengenai si manja yang akan membuat kita berasa bimbang termasuk penyakit saluran kencing pada kucing. Jadi, dalam situasi ini apa yang kita boleh lakukan? Kucing peliharaan umumnya menjalani kehidupan yang agak sihat dan bahagia, tetapi terdapat juga penyakit seperti jangkitan saluran kencing (UTI) yang boleh menjadi kebimbangan bagi para pemilik kucing.

Sementara isu saluran kencing adalah sesuatu yang lazim, ia masih boleh menyebabkan kucing anda berasa tidak selesa, malah mampu menjejaskan mood dan gaya hidup seharian si manja. Kucing UTI juga boleh menyebabkan pelbagai isu kesihatan dan haruslah dirawat secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan yang berkekalan. 

Jadi, artikel ini akan berkongsi apa yang menyebabkan jangkitan saluran kencing kucing serta cara untuk merawat jangkitan saluran kencing.

Apakah Antara Petanda dan Simptom UTI Bagi Kucing?

Bagi kucing UTI, sebelum membeli ubat untuk merawat masalah tersebut, dapatkanlah nasihat pakar haiwan jika anda mengesyaki kucing anda mengalami simptom-simptom yang dinyatakan di bawah:

  • Kucing dengan UTI biasanya menghadapi kesukaran semasa buang air kecil.
  • Kucing dengan UTI akan sering muntah, juga mempunyai perut yang kembung dan keras. 
  • UTI juga boleh menyebabkan kehilangan kawalan pundi kencingnya, menjurus kepada buang air kecil secara kerap atau kencing dalam jumlah yang kecil atau sangat besar.
  • Memandangkan UTI boleh menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan semasa membuang air kecil, maka ia juga boleh membuat si manja berasa takut atau mengelakkan bekas najisnya sama sekali.
  • Air kencing kucing yang mengalami UTI mempunyai bau ammonia yang kuat dan mungkin bercampur dengan darah atau kelihatan keruh.
  • UTI pada kucing boleh menyebabkan perubahan mood dan tingkah laku secara drastik, termasuk kelesuan, meminum air secara berlebihan, atau kerap menjilat kawasan kelaminnya.

Kucing betina mempunyai risiko UTI yang lebih tinggi berbanding kucing jantan, ekoran uretranya yang lebih kecil dan lebar. Kencing berdarah juga lebih kerap berlaku bagi kucing betina yang menghidap UTI. 

Mengenal pasti simptom kucing UTI adalah mustahak. Jika anda perhatikan kucing betina anda mengalami tanda-tanda kucing UTI seperti sering kencing atau kelihatan kurang selesa, hidangkan makanan bertin sahaja dan dapatkan nasihat pakar haiwan dalam tempoh 24 jam. Bagi simptom UTI kucing jantan, perhatian segera perlu diberikan, kerana dilengahkan hanya beberapa jam sahaja boleh membawa maut!

Cara Merawat Masalah Saluran Kencing Yang Dialami Kucing.

Bagaimanakah masalah jangkitan saluran kencing boleh dirawat? Apakah jenis ubat kucing UTI yang boleh digunakan untuk merawat jangkitan saluran kencing? Memastikan kucing anda diberikan rawatan yang diperlukan dalam kadar segera adalah penting. Terdapat pelbagai cara untuk merawat jangkitan saluran kencing yang dialami si manja, seperti:

  • Terapi bendalir: Terapi bendalir melibatkan pemberian ubat bendalir secara intravena atau subkutaneus kepada kucing yang mengalami jangkitan saluran kencing.
  • Pengasid urinari: Agen pengasid urinari juga boleh digunakan untuk melarutkan batu karang dan bahan-bahan lain yang terkumpul di dalam pundi kencing. 
  • Mengeluarkan batu karang kecil dari uretra: Masalah buah pinggang dan batu karang juga boleh menyebabkan ketidakselesaan semasa membuang air kecil, sering menjurus kepada UTI dan haruslah disingkirkan dengan bantuan pakar.
  • Kateter urinari: Jangkitan saluran kencing dan simptom UTI kucing yang teruk mungkin memerlukan rawatan khas, seperti kateter urinari untuk membantu kucing membuang air kecil.
  • Antibiotik dan ubat: Jika disyorkan oleh doktor haiwan anda, UTI kucing juga boleh dirawat secara efektif dengan ubat-ubatan atas kaunter, termasuk antibiotik seperti amoksisilin, trimethoprim-sulfonamida dan sefalosporin.

Rawatan UTI bagi kucing jantan dan betina umumnya adalah sama, tetapi kucing jantan mempunyai risiko saluran tersumbat yang lebih tinggi, menjadikan rawatan bagi kucing jantan lebih rumit.

Bagaimana UTI Kucing Dapat Dirawat di Rumah?

Anda ingin mengetahui cara untuk merawat dan mencegah jangkitan saluran kencing di rumah bagi kucing anda? Sementara panduan pakar haiwan adalah mustahak, ada beberapa langkah sampingan yang pemilik kucing boleh ambil untuk merawat masalah UTI yang dialami si manja. Anda boleh meringankan ketidakselesaan si manja yang mengalami UTI di rumah dengan:

  • Meningkatkan pengambilan air setiap hari dapat mengurangkan risiko UTI bagi kucing atau bantu merawat masalah yang sedia ada.
  • Menyesuaikan diet dengan meningkatkan tahap kelembapan makanan atau menghidangkan makanan jenis basah juga boleh bantu menangani jangkitan saluran kencing kucing. 

Jika anda ingin memberi ganjaran snek untuk kucing anda tetapi khuatir makanan tersebut terlalu kering, maka anda boleh hidangkan snek jilat seperti Temptations™ Creamy Purrrr-ee! yang disediakan dalam pelbagai perisa.

Apakah Makanan Yang Sesuai Untuk Kucing Dengan Masalah UTI?

Salah satu aspek penting bagi menjaga kesihatan saluran kencing adalah pemberian makanan yang seimbang dan khusus untuk kucing anda. Jadi, apakah makanan yang sesuai untuk jangkitan saluran kencing, dan bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada si manja kita?

Makanan kucing yang dirumus khas untuk menjaga keseimbangan pH dalam air kencing dapat mengurangkan risiko penyakit saluran kencing pada kucing. Ramuan makanan tersebut haruslah berbeza daripada makanan kucing biasa yang mengandungi khasiat-khasiat yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan saluran air kencing. Diet khas ini umumnya mempunyai kandungan mineral dan kelembapan yang terkawal bagi memastikan tahap hidrasi si manja berada dalam keadaan yang baik. Ia bermanfaat untuk kesihatan kucing kerana urinasi akan berlaku dengan lebih kerap untuk menyingkirkan bakteria jahat daripada saluran kencing. Walau bagaimanapun, makanan khas ini bukanlah satu penawar dan biasanya diamalkan bersama kaedah rawatan yang lain. Oleh itu, anda perlu mendapatkan nasihat pakar haiwan dan menghidangkan makanan untuk saluran kencing yang sesuai mengikut usia, sejarah isu saluran kencing, dan juga baka kucing anda.

Apakah Yang Menyebabkan UTI Bagi Kucing?

Selain mempelajari tentang cara merawat jangkitan saluran kencing, adakah anda tertanya-tanya apa yang menyebabkan jangkitan saluran kencing? UTI kucing boleh menjurus kepada masalah kesihatan yang serius jika diabaikan. Rawatan bagi masalah UTI juga boleh menjadi agak rumit, berlatarkan pelbagai faktor. Jadi, berikut merupakan antara punca masalah jangkitan saluran kencing bagi kucing:

  • Pundi kencing lemah dan pengambilan air secara berlebihan boleh menyebabkan ketidakupayaan untuk mengawal pengeluaran air kencing, menjurus kepada jangkitan saluran kencing.
  • Penyakit buah pinggang dalam kucing juga boleh menyebabkan pembentukan batu karang, kristal, dan bahan-bahan lain dalam saluran uretra, membuatnya tersumbat dan dijangkiti.
  • Kecederaan dan tumor di dalam saluran kencing juga boleh menyebabkan UTI bagi kucing.
  • Keabnormalan kongenital serta masalah saraf tunjang turut berpotensi untuk mengakibatkan jangkitan saluran kencing bagi kucing.
  • Selain pembentukan batu karang dan kristal misalnya, keradangan dan jangkitan pundi kencing juga boleh menyebabkan masalah ini.
  • Tekanan dari sudut persekitaran dan emosi boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan bagi si manja. Malah, berpindah ke rumah baharu, atau perubahan drastik dalam persekitarannya juga boleh mencetus masalah UTI bagi kucing. 

Memandangkan jangkitan saluran kencing kucing lazimnya disebabkan oleh  pengambilan air yang tidak mencukupi, anda boleh memastikan ia kekal terhidrat, yakni dengan menghidangkan snek kucing jenis basah seperti Temptations™ Creamy Purrrr-ee.

Bagaimana Doktor Haiwan mendiagnosis UTI Kucing

Penyakit saluran kencing pada kucing, termasuk kondisi seperti penyakit buah pinggang biasanya didiagnosis pada kucing dalam usia pertengahan dan yang obes. Di samping itu, kucing peliharaan juga cenderung untuk menghidap UTI, begitu juga dengan kucing yang obes kerana diet dan aktiviti fizikal yang tidak mencukupi.

Jika simptom yang dialami kucing berkemungkinan tinggi disebabkan oleh jangkitan saluran kencing, maka doktor haiwan akan meminta sampel air kencing atau mencadangkan ujian untuk mendiagnosis:

  • Sistitis Idiopatik Kucing

    Reaksi kepada tekanan dan perubahan persekitaran juga boleh menyebabkan iritasi dalam saluran kencing kucing, menyebabkan UTI.

  • Halangan di Dalam Uretra

    Halangan di dalam uretra seperti keradangan dan mendapan mineral juga boleh menyebabkan UTI jika tidak diberi perhatian.

  • Urolit

    Urolit atau batu karang merupakan punca utama kepada masalah UTI yang dialami kucing, yang boleh menyebabkan kesukaran untuk membuang air kecil, serta kencing berdarah. Masalah urolit dan UTI boleh dikesan menggunakan ujian air kencing, sinar-x, dan ultrabunyi.

Doktor haiwan anda mungkin akan mengesyorkan ujian tambahan bagi masalah diabetes dan tiroid, kerana ia juga merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan simptom UTI.  

Banyak yang anda telah pelajari hari ini mengenai penyakit saluran kencing pada kucing. Meskipun UTI pada kucing adalah sering menjadi kebimbangan yang mungkin memerlukan anda mendapatkan khidmat doktor haiwan, tetapi simptom UTI kucing juga boleh ditangani di rumah menerusi diet dan ubat atas kaunter. Kita tidak dapat menjamin si manja anda tidak akan mengalami UTI. Oleh itu, adalah penting untuk kita mempunyai kebolehan untuk memahami dan mengenal pasti punca-punca jangkitan saluran kencing agar masalah ini dapat dijauhkan.

Soalan-Soalan Lazim

  1. Bagaimana UTI Kucing Dapat Dirawat di Rumah?

    UTI kucing tidak boleh dicegah. Tetapi rawatan bagi masalah UTI yang dialami kucing boleh diamalkan di rumah. Jika si manja anda menunjukkan simptom jangkitan saluran kencing, maka diet yang mengandungi makanan berkelembapan tinggi serta meningkatkan pengambilan air boleh menjadi langkah yang efektif.

  2. Apakah Itu FLUTD?

    FLUTD atau ‘Feline Lower Urinary Tract Disease’ merupakan satu jenis UTI kucing yang mengakibatkan kesakitan dan ketidakselesaan yang tinggi semasa membuang air kecil. FLUTD meningkatkan kekerapan kucing membuang air kecil dan ia akan bercampur dengan darah. 

  3. Patutkah Saya Bawa Kucing Ke Klinik Jika Ia Menghidap UTI?

    Ya, kucing yang menghidap UTI haruslah dibawa ke klinik untuk didiagnosis dan mendapatkan rawatan bagi masalahnya. Jangkitan saluran kencing kucing adalah sangat tidak selesa dan menyakitkan dan haruslah dirawat dalam kadar segera. Jika anda melihat sebarang simptom UTI bagi kucing betina, hidangkan makanan bertin sementara anda menunggu janji temu klinik, yang seharusnya dibuat dalam tempoh 24 jam. Perhatian segera perlu diberikan kepada kucing jantan kerana dengan menunggu beberapa jam sahaja ia boleh membawa maut!

  4. Mengapa Kucing Boleh Menghidap Sistitis?

    Idiopatik sistitis kucing atau FIC merupakan satu faktor lazim bagi penyakit saluran kencing pada kucing, biasanya dialami kucing yang mengalami tekanan. Tekanan yang berterusan boleh mengakibatkan sistitis serta jangkitan saluran kencing yang lain bagi kucing. Simptom biasanya adalah sama seperti jenis-jenis UTI yang lain dan haruslah dirawat dalam kadar segera.

  5. Makanan Apa yang Patut Dihidangkan Kepada Kucing Yang Menghidap UTI?

    Diet bagi kucing yang menghidap UTI perlulah diubah dengan sewajarnya. Makanan tersebut haruslah mengandungi tahap kelembapan yang tinggi. Di samping itu, makanan bagi kucing dengan UTI juga haruslah seimbang dari segi kandungan mineral dan protein bagi mengelakkan pembentukan batu karang.

X

Beli secara atas talian