Temptations imagery

Petua Untuk Kucing gemuk

Petua Untuk Kucing gemuk

Sahabat kucing kami yang hebat bukan sahaja si comel yang dipeluk, mereka juga telah terkenal sebagai ikon sensasi di seluruh dunia dan dikenali sebagai ‘trendsetters’, menyebabkan ibu bapa kucing dan pencinta kucing terpukau dengan munchkin ini. Walau bagaimanapun, satu trend yang memudaratkan kucing ialah mengidolakan kucing yang gemuk atau berat badan yang berlebihan.

Walaupun anak kucing montel adalah sangat comel, dan tiada sesiapa yang dapat menahan diri daripada memeluk dan merangkul kucing, sejauh manakah trend ini adalah sihat? 'Chonky bois', atau dikenali sebagai kucing yang gemuk dan comel ini di internet, selalunya berisiko mendapat beberapa penyakit kucing yang berkaitan dengan obesiti. Dan apabila trend internet negatif ini semakin popular, semakin ramai ibu bapa kucing telah mula memilih kucing yang berlebihan berat badan, mengabaikan banyak kesan berbahaya berat berlebihan terhadap kucing

Apakah maksud obesiti pada kucing?

Si comel ini sering dikenali sebagai haiwan yang suka makan dan tidak dapat menghalang diri mereka daripada makan berlebihan. Kucing yang makan berlebihan atau diberi makanan lebih kerap daripada biasa adalah potensi penyebab obesiti pada kucing. Walaupun kucing sepatutnya mempunyai berat ideal yang berbeza dalam kehidupan mereka bergantung kepada baka mereka, kucing gemuk boleh dianggap obes jika dilaporkan mempunyai berat 20% lebih daripada berat idealnya. (65)

Bolehkah kucing berlebihan berat badannya?

Kucing yang berlebihan berat badannya mempunyai berat badan 10-20% lebih tinggi daripada berat idealnya. Meskipun tidak seteruk obesiti, berat badan berlebihan masih boleh menjejaskan gaya hidup kucing anda selain membuatnya rasa tertekan dan kemurungan. Tambahan pula, obesiti atau berat badan berlebihan boleh menjejaskan sistem imun kucing, meningkatkan jangkitan dan risiko untuk mendapat penyakit dengan masalah kesihatan yang serius. Untuk mengelakkan kucing anda menjadi obes, boleh mengikut tips bagi kucing gemuk ini.

Tanda-tanda obesiti pada kucing

  1. Sukar untuk melompat dan memanjat

    Kebanyakan kucing adalah pelompat yang baik, disebabkan oleh ketangkasan dan kaki belakang yang kuat yang memudahkan mereka melompat ke kawasan tinggi dengan mudah. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh jisim badannya yang lebih tinggi, kucing yang berlebihan berat badan atau obes boleh menghadapi kesukaran semasa melompat atau memanjat.

  2. Pinggang tidak kelihatan

    Badan kucing yang cantik dan terlihat menjadikan kucing istimewa daripada haiwan lain. Garis pinggangnya yang terlihat juga membolehkan mereka dengan mudah melalui ruang yang sempit. Walau bagaimanapun, kucing yang berlebihan berat badan atau obes, mempunyai lemak badan yang disimpan di sekeliling pinggang, menyebabkan pinggang tidak kelihatan.

  3. Tidak dapat merasai tulang rusuknya

    Salah satu cara paling mudah untuk menentukan adakah kucing anda mempunyai berat badan berlebihan ialah dengan merasai tulang rusuk di sepanjang sisi kucing. Anda dapat merasai tulang rusuk dengan mudah di bawah kulit kucing sekiranya berat badannya ideal. Tetapi, dengan kucing yang berlebihan berat badan dan obes, anda hanya boleh merasakan lapisan tebal lemak yang terkumpul.

  4. Bulu yang kotor dan kusut

    Ketangkasan dan fleksibiliti mereka memudahkan kucing menjilat dan membersihkan diri di bahagian badan yang paling sukar dicapai. Walau bagaimanapun, sahabat kucing yang berlebihan berat badan biasanya kehilangan keupayaan ini dan tidak dapat membersihkan diri di bahagian yang sukar, menyebabkan bulunya menjadi kotor dan kusut.

  5. Kurang kerap membuang air besar

    Kucing obes dan berat badan berlebihan sering menghadapi risiko masalah gastrointestinal yang mungkin menyebabkan kesukaran semasa membuang air besar. Ini disebabkan lemak terkumpul sering menyebabkan saluran penghadaman mereka tersekat, menyukarkan kucing untuk membuang air besar dengan mudah.

  6. Tidak mahu bangun dan bergerak

    Kucing biasanya suka bermain dan penuh tenaga. Walau bagaimanapun, disebabkan berat badan mereka yang berlebihan, kucing mungkin sukar untuk terlibat secara aktif dalam permainan, atau mudah keletihan semasa bergerak. Oleh itu, kebanyakan kucing yang gemuk mungkin mengelak daripada bangun atau bergerak.

Punca obesiti pada kucing

  1. Tidak bersenam

    Kucing yang tidak melakukan aktiviti fizikal berkemungkinan akan menjadi kucing obes kerana kalori tambahan yang mereka makan disimpan dalam badan sebagai lemak.

  2. Persekitaran

    Kucing domestik biasanya susah untuk kekal bentuk badannya disebabkan gaya kehidupan mereka yang rilex yang boleh menyebabkan berat badan kucing berlebihan.

  3. Keadaan kesihatan

    Keadaan kesihatan tertentu seperti sistem imun yang lemah, penyakit metabolik dan endokrin, dan lain-lain juga boleh menyebabkan obesiti pada kucing.

  4. Jenis diet

    Pemberian diet yang berkalori tinggi kepada kucing anda dengan kerap boleh menyebabkan obesiti dan meningkatkan risiko kesihatan kepada kucing yang berlebihan berat badan.

  5. Hidangan makanan yang berlebihan

    Ia adalah bukan idea yang baik untuk menghidangkan makanan yang berlebihan kepada kucing gemuk anda. Kucing selalunya tidak dapat menghalang daripada makan berlebihan, yang akan menyebabkan kucing gemuk dan risiko kesihatan kepada kucing gemuk.

  6. Pengambilan makanan dengan laju

    Pengambilan makanan atau menelan makanan dengan laju adalah punca utama obesiti pada kucing yang menyebabkan pelbagai masalah kepada kucing yang berlebihan berat badan.

  7. Snek berlebihan

    Menghidangkan snek berlebihan kepada anak kucing anda boleh mengakibatkan obesiti. Snek mengandungi kandungan kalori yang tinggi dan jika dihidangkan selalu, ia boleh menyebabkan berat badan kucing bertambah dengan mudah, mengakibatkan obesiti kucing.

Risiko kesihatan yang berkaitan dengan kucing yang berlebihan berat badan atau obes

  1. Kencing manis

    Obesiti mengurangkan penghasilan insulin dalam badan yang diperlukan untuk memecahkan gula. Justeru itu, kucing gemuk lebih berisiko untuk mendapat kencing manis.

  2. Sistem imun terjejas

    Kebanyakan kucing yang mengalami obesiti yang dilaporkan menunjukkan sistem imun yang lemah, menyebabkan penyelidik mempercayai bahawa sistem imun yang terjejas adalah disebabkan oleh obesiti kucing, menyebabkan ibu bapa kucing mencari tips bagi kucing gemuk.

  3. Kegagalan hati

    Kesan daripada kucing obes boleh menghalang hatinya daripada berfungsi dengan baik yang boleh menyebabkan kegagalan hati, adalah salah satu masalah kesihatan kucing obes utama yang boleh membawa maut.

  4. Penyakit jantung

    Penyakit jantung adalah antara masalah utama bagi kucing yang berat berlebihan. Obesiti pada kucing boleh menjejaskan jantung sehingga tidak dapat mengepam darah ke seluruh badan.

  5. Masalah pernafasan

    Obesiti pada kucing juga boleh menyebabkan lemak berlebihan berkumpul di sekitar trakea kucing, menyebabkan kucing obes menghadapi kesukaran semasa bernafas yang boleh membawa kepada gangguan kesihatan yang teruk.

  6. Masalah kucing beranak (Distokia)

    Obesiti pada kucing adalah punca utama distokia pada kucing gemuk. Pengumpulan lemak boleh menyebabkan kontraksi yang lemah dan tidak kerap, menyebabkan ibu kucing sukar melahirkan anak.

Bagaimanakah untuk mengurangkan berat badan kucing?

  1. Diet kalori terkawal

    Mempunyai diet yang berkalori tinggi adalah salah satu punca utama kucing gemuk. Kucing selalunya tidak dapat menghalang daripada makan berlebihan. Mereka juga sangat menggemari snek kucing gemuk dan daging seperti daging lembu dan ham yang berkalori tinggi. Anda boleh membantu kucing anda dengan diet kalori terkawal yang terdiri daripada makanan seimbang yang mengandungi semua nutrien penting untuk mengelakkan risiko kesihatan kucing yang berlebihan berat badan.

    Bagaimanapun, dengan Snek Kucing Temptations™, anda tidak perlu risau tentang masalah obesiti yang melibatkan kucing anda. Lazat dan berpatutan, sebutir snek Temptations™ hanya mengandungi 2Kcal. Kucing anda juga pasti akan menggilakan kelazatan 'creamy Purrrr-ee' Temptations™ yang hanya mengandungi 8Kcal/pek.

  2. Jadual makan

    Walaupun pemberian makanan tidak terkawal boleh memudahkan kebanyakan ibu bapa kucing, ia adalah penting apabila berkaitan dengan kucing yang berlebihan berat badan. Memandangkan pemberian makanan tidak terkawal membolehkan kucing gemuk makan pada bila-bila masa, dan ia tidak dapat menghalang kucing daripada makan berlebihan. Justeru itu, ini bukanlah cara terbaik bagi diet kalori terkawal. Sebaliknya, anda boleh menggunakan dispenser makanan khas yang boleh mengawal penghidangan makanan kucing mengikut masa dan saiz hidangan yang ditetapkan. Ia juga merupakan penyelesaian bagi ibu bapa kucing yang mencari tips bagi kucing gemuk.

  3. Meningkatkan aktiviti fizikal kucing

    Mencari tips bagi kucing gemuk? Aktiviti fizikal adalah cara terbaik untuk mengawal obesiti pada kucing dan membantu mereka mengurangkan berat badan berlebihan. Tetapi kucing domestik mempunyai pilihan yang terhad untuk senaman fizikal. Walau bagaimanapun, disebabkan kucing suka bermain, anda boleh menggunakan kelebihan ini. Permainan seperti mengambil (fetch) dapat meningkatkan aktiviti fizikal dan juga membantu anda menjalin ikatan batin dengan kucing gemuk anda sambil membantunya mengurangkan berat badannya. Roda senaman adalah pilihan baik untuk kucing gemuk domestik, membolehkan mereka kekal aktif secara fizikal sambil dihiburkan untuk berjam-jam dan mengelakkan pelbagai masalah kesihatan kucing obes.

  4. Ubatan

    Walaupun ubat-ubatan tertentu terbukti sangat berkesan untuk merawat obesiti pada kucing dan masalah kesihatan kucing yang obes, ia hanya disyorkan oleh doktor haiwan sebagai pilihan terakhir apabila kucing anda tidak dapat mengurangkan berat badan secara organik atau telah mula menunjukkan gejala gangguan kesihatan yang teruk. Bupropion naltrexone, Liraglutide, dan Orlistat adalah ubat yang biasanya yang diberikan kepada kucing gemuk untuk mengurangkan berat badan. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan ini sangat kuat dan harus diberikan hanya jika disyorkan oleh doktor haiwan sekiranya anda tidak pasti tentang petua bagi kucing gemuk.

  5. Konsultasi doctor haiwan

    Walaupun ubat-ubatan tertentu mempunyai kadar kejayaan yang tinggi terhadap obesiti pada kucing, ia hanya boleh digunakan selepas rundingan dengan doktor haiwan. Sekiranya anda tidak mengetahui petua bagi kucing gemuk dan berat badan anak kucing naik secara mendadak, rundingan dengan doktor haiwan adalah penting. Pemeriksaan doktor bukan sahaja dapat membantu kucing obes, tetapi ia juga membantu dalam diagnosa awal jika tanda-tanda kucing obesiti disebabkan oleh gangguan kesihatan yang tersembunyi. Tambahan pula, doktor haiwan juga boleh mencadangkan diet khas yang boleh membantu kucing anda mengurangkan berat badan berlebihan secara organik, menjadikan ini salah satu petua bagi kucing gemuk yang terbaik.

Solan-soalan lazim tentang kucing yang berat berlebihan

  1. Apakah berat kucing?

    Berat ideal kucing biasanya bergantung pada baka dan umur mereka. Kebanyakan kucing kelihatan gemuk semasa kecil, tetapi akan berubah apabila mereka dewasa. Bergantung pada baka mereka, berat kucing dewasa adalah 4-9kg.

  2. Jika saya memandulkan atau mensterilkan kucing saya, adakah ia akan menyebabkan kucing bertambah berat?

    Ya, memandulkan atau mensterilkan kadangkala boleh menyebabkan berat badan kucing bertambah kerana ia mengurangkan keinginan kucing untuk bergerak mencari pasangan. Ia juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon sementara, yang meningkatkan selera makan dan mengakibatkan kucing obes.

  3. Bagaimanakah cara untuk memastikan kucing domestik saya mendapat senaman yang mencukupi?

    Bermain dengan kucing adalah cara terbaik untuk membuat mereka bersenam memandangkan kucing suka bermain. Permainan fizikal seperti ambil (atau fetch) adalah pilihan yang baik. Tambahan pula, penggunaan roda senaman juga boleh menggalakkan kucing untuk menjaga berat badannya.

  4. Adakah kucing obesiti mengalami kemurungan?

    Sahabat kucing kami yang penyayang, suka bermain, dan mereka suka mengambil bahagian dalam permainan. Walau bagaimanapun, kucing obes dan kucing yang berat badan berlebihan mungkin sukar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal dan permainan, boleh menyebabkan mereka tertekan dan cemas.

  5. Adakah saya perlu berjumpa dengan doktor haiwan sebelum memulakan pelan untuk menurunkan berat badan kucing?

    Ya, kucing sepatutnya mempunyai berat ideal yang berbeza bergantung pada umur dan baka mereka. Tambahan pula, mungkin terdapat penyakit lain yang menyebabkan penambahan berat badan. Justeru itu, adalah penting untuk berjumpa doktor haiwan untuk mengurangkan sebarang risiko.

X

Beli secara atas talian