Temptations imagery

Apa yang Perlu Dibuat Jika Kucing Tiada Selera Makan?

Apa yang Perlu Dibuat Jika Kucing Tiada Selera Makan?

Rata-rata kucing mempunyai keinginannya yang tersendiri dalam bab makanan, justeru boleh mewujudkan persepsi dalam kalangan pemilik kucing bahawa si manja mereka mempunyai sifat cerewet terhadap makanannya.

Cara menangani kucing yang suka memilih makanan

“Kucing saya cerewet dalam bab makanan” – anda tidak perlu mengujarkan kenyataan ini jika si manja anda diberi latihan sejak kecil. Dengan melatih si manja dari usia kecil, ia dapat mengelakkan kebanyakan kucing yang mengalami anoreksia daripada menjadi pemakan yang cerewet. Juga terdapat kaedah-kaedah yang lain untuk menangani masalah kucing tiada selera makan, seperti yang dihuraikan di bawah.

Panduan menangani kucing yang cerewet dengan makanannya

Antara pendekatan yang paling efektif boleh diambil untuk menangani kucing yang cerewet adalah dengan menghidangkan makanan secara berkala pada waktu yang ditetapkan dan biarkan makanan tersebut terhidang untuk seketika. Jika kucing anda masih mengelak untuk memakannya, simpan makanan tersebut sebelum dihidangkan semula pada waktu makan yang berikutnya. Langkah ini dapat menunjukkan bahawa sifat cerewet kucing tersebut merupakan satu tabiat yang tidak akan menguntungkannya, dan lama-kelamaan, si manja anda akan lebih bertolak ansur dengan pilihan makanannya. Langkah ini juga dapat membantu anda sedikit sebanyak memahami mengapa kucing anda cerewet dalam bab makanan.


Mengapa kucing saya enggan memakan?

Anda tertanya-tanya mengapa kucing anda cerewet dalam bab makanan? Daripada terus mengadu tentang sifat cerewet kucing anda, cuba amalkan panduan ringkas ini untuk menangani masalah tersebut, terutamanya apabila kucing tiada selera makan.

  1. Ketiadaan rutin

    Kehidupan kucing biasanya amat teratur, justeru ketiadaan rutin boleh menyebabkan kucing anda menjadi pemakan yang cerewet. Bagi mengelakkannya, adalah penting untuk memastikan si manja anda diberi makan pada waktu-waktu yang telah ditetapkan. Jika ada kecelaruan dalam rutin tersebut, maka kucing anda akan terkesan, dan tidak hairanlah jika kucing anda juga berubah menjadi cerewet dalam tabiat pemakanannya.

  2. Terlalu banyak snek

    Snek kucing biasanya mempunyai perisa dan tekstur yang diperkayakan, jadi tidak hairanlah jika si manja anda suka menikmatinya. Bagaimanapun, pemberian snek bukan sahaja boleh mengakibatkan masalah obesiti, tapi juga boleh menjejaskan kemahuan kucing tersebut untuk mencuba makanan harian kucing yang sepatutnya dihidangkan.

    Tetapi, dengan snek kucing Temptations™, anda tidak perlu khuatir. Snek Temptations™ didatangkan dalam aneka perisa yang enak dan ia tidak akan menyebabkan kucing anda menjadi obes, kerana setiap butir snek tersebut hanya mengandungi 2kcal. Jadi, anda bisa memanjakan kucing anda sepenuh hati dengan snek Temptations™.

  3. Cerewet dengan perisa makanan

    Isu kucing cerewet makan sering menjadi luahan para pemilik kucing. Kucing mungkin cerewet dengan perisa-perisa makanan yang tertentu. Jadi, anda boleh cuba hidangkan perisa-perisa makanan yang berlainan dan perhatikan reaksi kucing anda terhadap setiap perisa. Jangan berikan perisa makanan tertentu secara paksa dengan harapan kucing anda akan belajar menyukainya. Sebaliknya, berikan kucing tersebut makanan yang dirumus khas untuk memastikan ia cukup kenyang dan kekal terhidrat.

 

Kucing enggan memakan atas alasan persekitarannya?

  1. Ada kucing yang tidak suka berada di sekitar orang lain semasa memakan.

    Kucing mempunyai sifat kemandirian dan turut memerlukan ruang peribadinya, ini juga termasuk waktu ia sedang memakan. Keberadaan orang di sekitarnya ketika memakan boleh menyebabkan kucing tiada selera makan.

  2. Boleh disebabkan oleh bekas makanan yang kotor

    Kucing merupakan sejenis haiwan yang sangat mementingkan aspek kebersihan. Ia suka tinggal di ruang yang bersih dan biasanya akan membuang najis di tempat-tempat yang tertentu seperti bekas najisnya. Ia juga suka memakan dan meminum daripada bekas hidangan yang bersih. Bekas yang kotor boleh membuat kucing anda berasa loya, dan secara tidak langsung memberi persepsi bahawa kucing tersebut cerewet dengan makanannya.

  3. Perubahan cuaca juga boleh menjadi penyebab

    Seperti hidupan yang lain, fisiologi kucing juga boleh terkesan dengan perubahan cuaca. Kucing mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan suka bersiar-siar di luar. Perubahan cuaca, seperti penurunan suhu yang mendadak dan keadaan ribut petir, boleh menyebabkan kucing anda berasa takut atau tidak selesa, lalu menjejaskan tabiat pemakanannya.

Bolehkah masalah fizikal menjadikan kucing saya pemakan yang cerewet?

  1. Simptom komplikasi kesihatan

    Simptom komplikasi kesihatan merupakan antara faktor utama yang boleh menyebabkan kucing anda cerewet dengan makanannya. Simptom komplikasi kesihatan seperti kucing hilang selera makan dan muntah, di samping corak pembuangan air besar yang tidak teratur boleh membuat kucing berasa tidak selesa dan bersifat cerewet, justeru menyebabkannya menghindari makanan, dan lazimnya menjadi faktor utama yang membuat pemilik kucing beranggapan bahawa si manja mereka cerewet dalam bab makanan.

  2. Adakah persekitaran penyebabnya?

    Kucing tidak sukakan perubahan, dan perubahan yang mendadak dalam persekitarannya, seperti perpindahan ke kejiranan yang baharu boleh menyebabkan si manja mengalami tekanan mental dan ketidakselesaan pada paras yang tinggi, lalu berpotensi untuk mengakibatkan si manja anda cerewet dengan makanannya.

  3. Perisa makanan yang kucing tidak suka

    Kucing amat peka tentang makanannya dan jika sesuatu perisa tidak memuaskan seleranya, maka ia akan mengelakkan makanan tersebut. Cuba ubah perisa makanan yang dihidangkan kepada kucing yang cerewet untuk melihat sebarang perubahan dalam tabiat pemakanannya.

Cara untuk memberi ubat kepada kucing yang cerewet

Kucing memang suka memakan, namun dalam soal memakan ubat, pemilik kucing perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran. Meskipun pengambilan ubat pada waktu-waktu yang tertentu adalah penting bagi kesihatan kucing, ada segelintir kucing yang akan bersifat cerewet semasa mengambil ubat, malah ia juga mungkin akan memuntahkan ubat tersebut tanpa pengetahuan pemiliknya. Bagaimanapun, anda boleh memastikan proses pemberian ubat tersebut berjaya dengan mengisar dan mencampurkan ubat berkenaan ke dalam makanannya, dan jika tidak dibuat demikian, kucing tersebut mungkin akan kucing hilang selera makan dan muntah. Di samping itu, pemilik kucing yang berpengalaman juga boleh menyuap ubat berkenaan dengan tangan, memastikan si manja berjaya menelan ubat tersebut dan tidak dapat memuntahkannya semula.

Bagaimana saya dapat mengelakkan anak kucing saya menjadi pemakan yang cerewet?

Pemilik kucing yang cerewet dengan makanannya perlu menggalas tanggungjawab tambahan. Oleh itu, kucing seharusnya dilatih bermula dari usia kecil agar ia membesar dengan tabiat yang lebih fleksibel dalam pemakanannya. Dengan membiasakan kucing tersebut dengan makanan harian yang ia lazimnya harus ambil, anda boleh menghindarkan tabiat cerewet kucing tersebut.

Ramai pemilik kucing yang selalu berkongsi makanan mereka dengan si manja dan ini juga boleh memburukkan keadaan. Tabiat ini seharusnya dielakkan agar si manja anda tidak menjadi pemakan yang cerewet, kerana ia bukan sahaja menyampaikan mesej yang salah kepada kucing tersebut, tapi juga boleh menyebabkan kucing tiada selera makan. Jadi, dengan memahami tabiat kucing cerewet makan, anda dapat menangani isu tersebut dengan lebih efektif.

Soalan-Soalan Lazim

  1. Adakah kucing cerewet akan mengalah dan makan juga akhirnya?

    Dengan latihan yang betul, kucing cerewet makan akan berasa lebih selesa mengambil makanan yang ia lazimnya perlukan. Antara cara yang paling efektif untuk menangani isu kucing cerewet adalah dengan menawarkan si manja makanan kucing yang lazim sehingga ia menjadi biasa dengan makanan tersebut. Bagaimanapun, anda perlu bertolak ansur sedikit apabila kucing tiada selera makan.

  2. Mengapa kucing saya lebih memilih makanan basah?

    Kebanyakan kucing lebih sukakan makanan basah berbanding yang kering, lantas memberi persepsi kepada pemilik kucing bahawa si manja mereka mempunyai sifat cerewet. Namun jika kucing tersebut menunjukkan sifat cerewet terhadap makanan kucing jenis basah, ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti masalah kesihatan dan stres, atau mungkin sahaja kerana ia tidak sukakan perisa makanan yang tertentu.

  3. Bagaimana saya dapat menentukan bahawa kucing saya tidak sukakan makanannya?

    Kucing boleh meluahkan ketidakinginannya untuk memakan jenis-jenis makanan yang tertentu. Antara tanda-tanda yang lazim ialah tabiat memakan yang tidak teratur apabila kucing hilang selera makan dan muntah, atau mengelakkan makanan tersebut sama sekali, lalu boleh membuat pemilik kucing tertanya-tanya sama ada kucing mereka mempunyai sifat cerewet dengan makanannya.

  4. Bagaimana masalah kucing yang cerewet dengan makanan dapat ditangani?

    Kucing yang mempunyai sifat malas dan cerewet harus dilatih dari usia kecil dalam pengambilan makanan kucing yang lazim. Anda boleh menggalakkan si manja anda untuk mencuba makanan kucing yang lazim dengan menghidangkan makanan tersebut setiap hari bagi mengelakkan ia menjadi cerewet dalam bab makanan.

  5. Adakah kucing yang cerewet akan terus berlapar?

    Meskipun kucing boleh mempunyai sifat cerewet dalam bab makanan dan adakalanya menunjukkan perangai jika ia dihidangkan makanan yang tidak disukainya, kucing yang cerewet dan malas umumnya lambat-laun akan akur dan bertolak ansur sekiranya ia tidak terus dimanjakan dengan memberi makanan yang sepatutnya dielakkan.

X

Beli secara atas talian