Temptations imagery

Apa yang perlu dibuat jika kucing anda berhenti makan?

Apa yang perlu dibuat jika kucing anda berhenti makan?

Kucing anda enggan menghabiskan makanannya? Ia berkelakuan cerewet dan berat badannya mula menyusut? Situasi ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, dari masalah kesihatan hingga ke gumpalan bulu dalam perutnya. 

Seperti kita, kucing juga suka menikmati makanan yang enak. Jadi, mungkin ada sebab khusus jika kucing anda bersifat cerewet dalam bab makanan. Seorang profesor bernama Tony Buffington dari Kolej Perubatan Veterinar yang terletak di Ohio State University, memberitahu WebMD bahawa kucing mempunyai keupayaan untuk memakan 10-20 santapan setiap hari di habitat liarnya. 

Oleh itu, mungkin ada sesuatu yang sedang mengganggu tabiat pemakanan natural kucing jika ia mula berkelakuan cerewet. Bukan setakat kesihatan fizikal si manja, tapi juga emosinya juga boleh mengakibatkan masalah ini. Jika kucing anda masih enggan memakan setelah 24 jam, bawa kucing anda ke klinik haiwan. Doktor haiwan akan mengenal pasti puncanya dan jika ia mempunyai sebarang masalah kesihatan. 

Anda juga boleh menggalakkan si manja anda untuk mengambil makanannya dengan memberikan ubat perangsang selera kucing. Ubat perangsang kucing disediakan dalam pelbagai bentuk. Yang paling lazim ialah ubat preskripsi yang diberikan oleh doktor haiwan. Bagaimanapun, anda juga boleh mencuba alternatif yang lain seperti suplemen dan pelengkap makanan semula jadi, yang juga boleh didapatkan di luar klinik.

Anda boleh cuba menarik perhatian si manja dengan menghidangkan makanan basah atau tuna segar sebagai perangsang selera semula jadi. Menambah air rebusan produk haiwan yang rendah sodium pada makanan kucing juga boleh membantu. 

Cara semula jadi untuk merangsang selera makan kucing anda

Bukan sahaja mudah untuk didapatkan, tapi perangsang selera semula jadi bagi kucing juga selamat, dan ia memastikan si manja memperoleh segala nutrien yang diperlukan. Berikut merupakan antara perangsang selera semula jadi untuk kucing yang anda boleh cuba. 

  1. Patuhi jadual pemberian makanan

    Anda tidak perlu memberikan suplemen untuk merangsang selera makan si manja anda secara natural. Cuba praktikkan amalan pemberian makanan secara berjadual. VCA Animal Hospital menyatakan bahawa bilangan hidangan yang diambil oleh kucing setiap hari bergantung kepada jadual pemiliknya. Kucing harus makan sekurang-kurangnya dua hidangan utama setiap hari, selang setiap 12 jam. Jika jurang 12 jam tersebut dipanjangkan, ia mungkin boleh mengganggu perut si manja, lalu menyebabkan situasi hiper asidik, mengakibatkan si manja berasa mual.

  2. Cuba makanan baharu

    Mewujudkan kelainan dalam pelan makanan si manja juga boleh merangsang selera kucing anda. Pemberian makanan yang serba baharu merupakan antara perangsang selera yang paling natural untuk kucing. Kucing lebih sukakan hidangan makanan ala bufet dan bukannya makanan yang dicampur sahaja dalam satu bekas. Ia membolehkan anda mempelbagaikan tekstur dan perisa, seperti makanan jenis basah dan kering. 

  3. Jadikan makanan si manja lebih menarik

    Seperti manusia, makanan yang suam lebih menarik berbanding yang telah sejuk. Anda boleh memanaskan makanan basah dan hidangkannya kepada si manja bagi merangsang seleranya. Anda juga boleh menambah air suam pada makanan kering yang dihidangkan. 

  4. Pindahkan bekas makanan

    Satu lagi teknik perangsang selera kucing ialah menghidangkan makanan di lokasi-lokasi yang berbeza. Langkah ini akan mencungkil naluri semula jadi si manja untuk memburu. Cuba letakkan bekas makanannya di dapur dahulu, kemudian alihkannya ke ruang tamu pada keesokan hari. 

  5. Rangsang nalurinya

    Penggunaan mainan makanan boleh menjadi perangsang selera yang berkesan untuk kucing. Anda boleh mengisi mainan makanan tersebut dengan butir-butir makanan kering atau santapan kucing yang rangup daripada Temptations™. Kemudian, baling mainan tersebut dan lihat si manja anda mengejarnya lalu menemukan makanan yang lazat di dalamnya. 

    Anda juga boleh mempamerkan kreativiti dengan menghasilkan kotak kecil berisi makanan dan biarkan si manja meneroka kotak tersebut untuk menikmati kandungannya. Aktiviti ini akan mengelakkan kucing anda berasa bosan selain menjadi perangsang selera makan yang efektif untuk kucing anda. 

  6. Catnip

    Satu lagi perangsang selera bagi kucing ialah catnip. Ya, tumbuhan yang boleh membuat kucing anda berasa khayal! Nama saintifik tumbuhan yang berasal dari Eropah dan Asia ini ialah Nepeta cataria. Kucing akan menjadi khayal dengan menghidu tumbuhan ini dalam keadaan hidup, kering, atau melalui ekstrak minyaknya. 

    Bahan kimia tumbuhan ini akan berpaut pada reseptor yang wujud dalam hidung kucing. Ia mencetuskan neuron sensori yang menuju ke otak. Selain menjadikan kucing khayal, catnip juga boleh merangsang selera si manja. 

    Sebut tentang catnip, anda juga boleh memanjakan kucing anda dengan snek Temptations Cat Treat Mix Up yang diperkayakan dengan perisa-perisa catnip, ayam, serta cheddar! Makanan kucing yang lazat lagi rangup ini hanya mengandungi 2kcal sebutir, jadi ia sempurna sebagai snek untuk si manja anda. 

Galakkan Peredaran Darah

Selain perangsang selera makan yang disebutkan tadi, pernahkah anda mendengar tentang peredaran darah aktif? Ya, dengan menaikkan kadar degupan jantung kucing anda, selera makan kucing anda juga akan meningkat secara semula jadi. 

Menggalakkan peredaran darah aktif tidak bermakna kucing anda perlu membuat senaman berintensiti tinggi. Anda boleh menggalakkannya untuk lebih kerap berlari di rumah sahaja. Gunakan mainan kucing untuk menggalakkan si manja berlari selama beberapa minit. Kucing juga suka memerhatikan aktiviti manusia. Cuba buka tingkap bilik anda dan biar mereka mengintai pemandang luar. Menyediakan tempat untuk kucing anda melihat pemandangan luar juga merupakan satu kaedah yang ringkas dan mesra poket untuk membuka minda dan merangsang selera makan kucing anda. 

Ubat Perangsang Selera untuk Kucing

Seperti yang disebutkan tadi, doktor haiwan anda mungkin akan memberi preskripsi ubat perangsang selera untuk kucing anda. Berikut merupakan antara ubat preskripsi yang paling lazim untuk merangsang selera makan kucing dewasa dan kecil.  

  1. Mirtazapine

    Ubat perangsang kucing dewasa dan anak kucing ini pada asalnya dihasilkan untuk menangani masalah mual. Bagaimanapun, ubat ini juga berkesan dalam merangsang selera makan si manja. 

  2. Cyproheptadine

    Cyproheptadine merupakan ubat preskripsi yang digunakan sebagai perangsang selera bagi kucing dewasa dan anak kucing yang sedang sakit, termasuk yang sedang menjalani kemoterapi. Ambil maklum bahawa ubat perangsang kucing ini mungkin akan mengambil masa 2-3 hari sebelum menunjukkan kesan penuhnya. 

  3. Corticosteroids

    VCA Animal Hospital memaklumkan bahawa kebanyakan kucing boleh mengambil ubat ini sebagai perangsang selera makan. Bagaimanapun, anda perlu elak menggunakan ubat ini setiap hari. Dapatkan nasihat doktor haiwan sebelum memberikan sebarang ubat kepada kucing anda. 

  4. Diazepam

    Satu lagi ubat perangsang kucing dewasa dan anak kucing ialah diazepam. Umumnya selamat, tapi anda hanya boleh memberikannya kepada kucing setelah mendapat preskripsi daripada doktor haiwan. Ubat ini tidak boleh digunakan untuk haiwan yang mempunyai alahan terhadapnya. 

  5. Suntikan B12

    Sebagai perangsang selera makan kucing, doktor haiwan anda mungkin akan menyuntik sedos vitamin B12. Ia merupakan satu kaedah yang efektif untuk membuat kucing berasa lebih bertenaga. Bagi kucing, suplemen ini lebih efektif berbanding bahan sintetik yang lain seperti cyanocobalamin. 

Soalan-Soalan Lazim

  1. Apa yang boleh saya berikan kepada kucing untuk menaikkan seleranya?

    Menambah air suam pada makanan kering atau memanaskan makanan kucing jenis basah boleh merangsang seleranya secara semula jadi. Mewujudkan kelainan dalam makanan si manja juga boleh merangsang selera makan. 

  2. Tempoh yang diambil ubat perangsang selera kucing untuk berkesan?

    Ia mungkin akan mengambil masa beberapa hari untuk mencapai paras darah yang mencukupi. Hati dan buah pinggang kucing akan memetabolismekan ubat yang diambil. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor haiwan sebelum memberikan sebarang ubat atau perangsang selera kepada kucing. 

  3. Adakah ubat perangsang selera tidak baik untuk kucing?

    Perangsang selera semula jadi untuk kucing mempunyai risiko kesan sampingan yang lebih rendah jika anda mematuhi nasihat dan arahan pakar haiwan. Perangsang yang hadir dalam bentuk ubat-ubatan seharusnya hanya diberikan kepada kucing di bawah preskripsi doktor haiwan anda. Anda boleh mencuba kaedah perangsang semula jadi untuk kucing anda, yang melibatkan pemberian vitamin B12, atau mewujudkan kelainan dalam pelan pemakanan si manja. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor haiwan sebelum memberikan sebarang ubat kepada kucing anda. 

  4. Bolehkah ubat perangsang meningkatkan selera makan kucing?

    Ya! Sungguhpun begitu, sesetengah ubat-ubatan atau vitamin semula jadi dan perangsang selera kucing akan mengambil masa untuk mula menunjukkan kesannya. Sila rujuk doktor haiwan anda untuk maklumat lanjut. 

X

Beli secara atas talian