Temptations imagery

Biskut Kucing untuk Kucing Anda

Biskut kucing merupakan makanan ringan atau snek lazat yang membawakan tekstur yang kaya dan menggoda, dan dipadankan dengan rasa gurih yang pasti anak bulus anda tidak dapat menolak! Biskut kucing akan datang dalam pelbagai rasa, jenis dan fungsi seperti biskut kucing diet yang menawarkan kalori yang lebih rendah menjadikannya sesuai untuk pengurusan berat badan kucing. Berikan biskut kucing diet sebagai ganjaran kepada kucing anda untuk membantu mengawalkan berat badan dan juga mencegah masalah kesihatan yang berpotensi. Selain itu, tekstur kering dan rangup biskut kucing juga baik untuk kesihatan gigi kucing. Mengunyah bukan sahaja menyeronokkan, ia memuaskan keinginan semula jadi kucing untuk mengunyah dan menggerus. Bentuk dan saiz biskut kucing juga mudah dan sesuai untuk diberikan dengan tapak tangan, mewujudkan interaksi yang lebih intim.

Dapatkan perisa snek Temptations™ yang sempurna

Temptations brand imagery

Mengapa memilih Biskut Kucing Temptations™?

Adakah kucing anda kelihatan tidak berminat dan sering melarikan diri semasa anda membelainya? Keadaan ini sentiasa mengelirukan ibu bapa kucing. Nasib baik, biskut kucing terbaik boleh menjadi sumber yang hebat untuk eratkan hubungan anda dengan kucingmu. Marilah kita memperkenalkan No.1 biskut kucing terbaik, iaitu Temptations™ biskut kucing yang pasti akan menjadi kegemaran kucing anda. Tekstur kaya dan rasa enak biskut kucing Temptations™ akan membuat kucing kesayangan anda sentiasa berlari kepada anda untuk mendapatkan biskut yang lebih banyak.

Mengapa pilih Temptations™? Temptations™ biskut kucing adalah biskut yang membawa kegembiraan kepada kucing adan ibu bapa kucing! Setiap gigitan biskut kucing Temptations™ yang menggabungkan tekstur rangup di luar dan pengisian krim di dalamnya pasti akan mengasyikkan lidah si comel anda. Dengan pelbagai perisa yang menggiurkan, Temptations™ biskut kucing akan memenuhi cita rasa kucing anda. Yang lebih penting, biskut kucing Temptations™ adalah makanan ringan kucing yang dirumuskan dengan nutrien yang seimbang seperti vitamin, antioksidan, ekstrak tumbuhan, asid lemak amino dan omega. Dengan kurang dari 2 kal setiap poket, ia juga sesuai digunakan sebagai biskut kucing diet. Lagi, bungkusan yang boleh disegal semula menjaga kesegaran dan memudahkan penyimpanan. Mahu memanjakan kucing kesayangan anda dengan biskut kucing terbaik? Hanya satu goncangan sahaja untuk membuat kucing anda berlari kepada anda.

Mengapa Temptations™?

  • Renyah di Luar, Berkrim di Dalam
  • Kurang dari 2 Kal Setiap Poket
  • Sentiasa Segar dengan Bungkusan Reseable
  • Mineral, Taurin, Vitamin dan Antioksidan

Panduan Memberi Makan Biskut Kucing Kepada Anak Kucing

Berikan biskut kucing terbaik kepada anak bulus dan melihat mereka berlari kepada anda adalah pengalaman yang istimewa kan? Anak kucing mempunyai perut yang kecil dan lebih sensitif, jadi cara pemberian makanan yang betul amat penting. Berikut adalah panduan semasa anda memberikan biskut kucing kepada anak kucing anda:

  • Anda boleh memperkenalkan biskut kucing kepada anak kucing anda apabila mereka mula makan makanan pejal, sekitar 8 hingga 10 minggu. Pastikan porsi makanan yang kecil untuk mengawal berat badan mereka.
  • Gunakan nada yang tenang dan lembut semasa memberikan makanan dengan tapak tangan supaya mewujudkan suasana yang menenangkan anak kucing anda.
  • Sesuaikan porsi makanan biasa mereka sewajarnya jika biskut kucing adalah sebahagian diet kucing anda. Ini adalah untuk mengekalkan pengambilan kalori yang seimbang. Anda juga harus memberikan air segar yang mencukupi kepada anak kucing untuk pastikan hidrasinya.
  • Simpan snek biskut kucing mengikut arahan penyimpanan yang terdapat atas bungkusan untuk memastikan kesegaran dan tekstur yang menyeronokkan.
  • Gunakan snek biskut kucing sebagai ganjaran semasa latihan atau untuk mengukuhkan tingkah laku yang baik seperti belajar nama mereka dan belajar pergi tandas.
  • Sila rujuk doktor haiwan jika anak kucing anda mempunyai sekatan diet sebelum memberi makanan ringan kepada mereka.

Panduan Pemberian Biskut Kucing Kepada Kucing Dewasa

Memberi makanan kepada kucing dewasa melibatkan pendekatan yang seimbang dan teliti, sama dengan memberi makan kepada anak kucing. Berikut adalah beberapa panduan yang perlu dipertimbangkan:

  • Pengambilan biskut kucing tidak boleh melebihi 10% daripada pengambilan harian kucing anda untuk mengekalkan diet yang seimbang. Rujuk kepada bungkusan untuk cadangan pemakanan tertentu.
  • Galakkan rutin pemakanan yang bebas dari tekanan supaya kucing anda menikmati setiap gigitan dengan kadar sendiri.
  • Sesuaikan porsi makanan biasa dengan sewajarnya jika biskut kucing digabungkan dalam diet si comel anda untuk memastikan kesihatan mereka. Memberikan air segar yang cukup bagi kucing anda untuk menyokong hidrasi keseluruhannya.
  • Mematuhi arahan penyimpanan pada bungkusan untuk mengekalkan kesegaran dan rasa biskut kucing.
  • Gunakan snek biskut kucing sebagai ganjaran jika kucing anda mempunyai sikap yang positif atau diberikan untuk mengeratkan ikatan dengan mereka
  • Rujuk doktor haiwan anda sebelum memperkenalkan snek kucing kepada kucing anda jika mereka mempunyai sebarang sekatan pemakanan.

Bahan dan Nutrien dalam Biskut Kucing Temptations™

Biskut kucing Temptations™ merupakan biskut kucing terbaik yang menawarkan rasa luar biasa dengan menyediakan nutrisi yang baik untuk anak bulus anda. Dibuat dengan bahan premium, biskut Temptations™ memberi semua nutrien yang sesuai untuk kucing anda, termasuk protein yang berkualiti tinggi, vitamin, mineral dan antioksidan. Nikmatilah pengalaman memberi makanan kucing anda dengan snek kucing yang bukan sahaja memuaskan selera mereka, tetapi juga menjaga kesihatan dan kebahagiaan mereka.

Nilai pemakanan snek kucing Temptations™ Biskut Kucing:

Protein (min.): 30%

Lemak (min.): 17%

Serat (min.): 4.5%

Kelembapan (maks.): 12.0%

Kalsium (maks.): 2%

Total Fosforus (maks.): 2%

Berat 1 poket = 0.3 gram ; Kandungan kalori = 405 kal/ 100 gram

Soalan-soalan Lazim

Adakah biskut kucing bagus untuk kucing?

Biskut kucing boleh memberi manfaat kepada kucing, namun bukan semua biskut kucing di pasaran boleh menyokong kesihatan kucing . Anda harus memilih biskut kucing yang mempunyai bahan-bahan yang berkualiti. Temptations™ biskut kucing menyediakan semua nutrien yang sesuai untuk kucing kesayangan anda, mengandungi protein, vitamin, mineral dan antioksidan. Dengan tekstur yang menggabungkan cangkerang rangup di laur dan isi lembut di dalamnya pasti menyamarkan selera teman kucing anda.

Berapa banyak biskut kucing yang boleh diberikan dalam sehari?

Jumlah biskut kucing yang boleh diberi makan dalam sehari bergantung pada umur, berat badan dan keperluan pemakanan kucing. Biasanya, biskut kucing tidak boleh menghasilkan 10% daripada jumlah pengambilan harian kucing anda. Bagi biskut kucing Temptations™, anda boleh memberikan 10-20 poket sehari kepada anak dewasa mengikut badan beratnya. Bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk mengikut garis panduan pemakanan yang disediakan pada bungkusan untuk memastikan kesihatan kucing anda.

X

Beli secara atas talian