Temptations imagery

Temptations Mixups Snek Kucing

Adakah anda perhatikan kucing kesayangan anda yang cerewet kehilangan minat dan bosan dengan makannya dengan cepat? Ya, ini adalah perkara biasa. Kucing memang memiliki selera yang sangat kritis dan sentiasa hendak mencari sesuatu yang baru. Penat memikirkan perisa makanan yang sesuai untuk kucing anda? Itulah sebabnya Temptations MixUps Cat Treats hadir! Dengan tawaran inovatif yang menggabungkan TIGA perisa yang istimewa dalam satu pek, Temptations MixUps adalah seperti menu rasa untuk kucing anda! Dengan kombinasi cangkerang luar yang rangup dan pengisian berkrim yang lazat, snek kucing Temptations MixUps ini memberikan sensasi rasa yang akan membuat si comel anda mahu lebih banyak lagi! Sekarang, ucapkan selamat tinggal kepada kebosanan masa memberi snek dan selamat datang ke dunia Temptations MixUps – kerana kucing anda layak mendapat snek kucing rangup yang terbaik!

Mengapa Membeli Temptations MixUps Cat Treats

Temptations MixUps merupakan snek rangup muktamad yang kucing anda tidak dapat menolak. Dengan inovasi yang canggih, kami membawa anda 3 perisa snek rangup dalam satu pek, membawa kucing anda ke dunia rasa yang baru. Temptations MixUps terdapat dua pilihan yang menggiurkan : perisa catnip, ayam dan cheddar, atau perisa tuna, salmon dan udang. Snek kucing Temptations MixUps memuaskan keinginan kucing anda atas kemahuan snek rangup yang baru dan menarik.

Temptations MixUps cat treats bukan sekadar mengenai kesedapan perisa. Snek kucing Temptations yang rangup di luar dan lembut di dalam adalah gabungan sempurna yang akan menggembirakan dan memenuhi hati kucing anda dengan setiap gigitan. Selain itu, dengan kurang dari 2 kal setiap poket, anda boleh memanjakan kucing anda dengan memberikan Temptations MixUps cat treats tanpa bimbang tentang berat badan mereka. Anda boleh yakin bahawa kucing anda mendapat salah satu snek kucing yang terbaik.

Oh! Temptations Mixups juga memikirkan segalanya untuk para ibu bapa kucing. Temptations MixUps datang dalam bungkusan reseable untuk penyimpanan yang mudah! Mahu tambahkan keceriaan pada waktu snek dengan snek kucing yang terbaik? Hanya satu goncangan Temptations MixUps cat treats, kucing anda akan berlarian ke pangkuan anda sebelum anda sempat mengatakan “meow”

Mengapa memilih Temptations MixUps Cat Treats:

  • Inovasi yang Menawarkan 3 Perisa dalam 1 Pek
  • Rangup di Luar, Berkirim di Dalam
  • Kurang dari 2 Kal Setiap Poket
  • Sentiasa Segar dengan Bungkusan Reseable

Panduan Memberi Makan Snek Temptations MixUps kepada Kucing

Menyaksikan reaksi gembira kucing anda ketika diberi snek kucing rangup yang terbaik adalah pengalaman yang menghangatkan hati. Memberi makan snek kucing menekankan kepentingan pendekatan yang seimbang. Berikut adalah panduan penting ketika memberi makan kucing anda:

  • Goncangkan Temptations MixUps, saksikan kucing anda datang berlari, tuangkan dan suap. Nikmati saat bersama dengan si comel anda.
  • Ikut panduan dan cadangan pemakanan pada bungkusan Temptations MixUps untuk memastikan kesihatan dan kebahagiaan keseluruhan kucing anda.
  • Jika Temptations MixUps snek kucing adalah sebahagian diet kucing anda, sesuaikan porsi makanan biasa mereka dengan sewajarnya. Pastikan sentiasa ada air bersih untuk menjaga hidrasi kucing anda.
  • Patuhi arahan penyimpanan pada bungkusan snek Temptations MixUps untuk mengekalkan kesegaran dan rasanya.
  • Gunakan snek kucing sebagai ganjaran semasa saat-saat eratkan hubungan dengan kucing anda dan untuk menggalakkan tingkah laku yang baik.
  • Jika kucing anda mempunyai sebarang sekatan pemakanan, rujuk kepada doktor haiwan sebelum memperkenalkan Temptations MixUps kepada mereka.

Bahan dan Nutrien dalam Temptations MixUps Cat Treats

Snek kucing Temptations MixUps merupakan satu kepuasan untuk kucing dewasa anda. Diperbuat dengan daging sebenar dan dihasilkan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi, snek kucing Temptations memastikan rakan kucing anda mendapat nutrisi yang diperlukan dengan perisa yang mereka inginkan. Temptations MixUps Cat Treats diperkaya dengan mineral, vitamin dan asid amino, meningkatkan kesejahteraan si bulus anda. Lebih lagi, perisa Catnip, Ayam dan Cheddar, yang mempunyai keju dan catnip menjadikan setiap gigitan pengalaman yang tidak dapat ditolak.

Nilai pemakanan snek kucing Temptations MixUps:

  • Protein Mentah (min.): 30%
  • Lemak Mentah (min.): 17%
  • Serat Mentah (min.): 5%
  • Kelembapan (maks.): 12%
  • Kalsium (maks.): 4%
  • Total Fosforus (maks.): 2%
  • Berat 1 poket = 0.3 gram ; Kandungan kalori = 405 kal/ 100 gram

Soalan-soalan Lazim

Apakah yang dikandungi dalam snek Temptations MixUps?

Temptations MixUps Cat Treats merupakan snek kucing yang diperbuat dengan bahan berkualiti tinggi termasuk daging sebenar untuk rasa istimewa yang pasti disukai kucing anda. Diperkaya dengan nutrien penting seperti mineral, vitamin dan asid amino, ia menjaga kesihatan dan kesejahteraan kucing anda. Temptations MixUps Cat Treats datang dalam dua perisa yang lazat. Satu adalah Catnip, Ayam dan Cheddar. Yang Lain adalah perisa Tuna, Salmon dan Udang.

Beberapa kerap kucing saya boleh mengambil snek Temptations MixUps sehari?

Secara umumnya, anda boleh memberikan sehingga 20 poket snek Temptations MixUps kepada kucing dewasa anda setiap hari. Namun, anda disarankan untuk mengikut panduan pemakanan pada bungkusan Temptations MixUps berdasarkan umur, berat badan dan keadaan kesihatan untuk menyokong pertumbuhan kucing kesayangan anda.

X

Beli secara atas talian