Temptations imagery

Cara untuk Melatih Kucing

Cara untuk Melatih Kucing

Beberapa pertanyaan yang sering dihadapi oleh pemilik kucing baharu adalah cara melatih kucing dan apakah helah yang boleh mengajar kucing? Orang menganggap melatih kucing merupakan mitos, disebabkan sikap dan tingkah laku kucing, komunikasi kucing yang tidak teratur dan kekerapan tidur kucing. Namun, dengan kucing yang pendiam dan misteri, ianya boleh dilatih dengan cepat. Kucing adalah haiwan yang pintar dan boleh bekerjasama serta belajar beberapa jenis permainan kucing. Latihan kucing lebih berkesan jika anda memulakan pada usia anak kucing dan memahami cara berkomunikasi dengan kucing. Melatih anak kucing anda boleh menjadi alasan terbaik untuk menghabiskan masa yang berkualiti bersamanya dan menjalin ikatan erat sejak usia muda.

5 cara untuk melatih kucing anda

  • Bermula lebih awal

    Memahami cara melatih kucing dan memulakan latihan kucing anda pada usia anak kucing akan memberikan anda lebih banyak masa untuk melatihnya. Ia juga membolehkan anda belajar berkomunikasi dengan kucing bagi membentuk personalitinya melalui latihan. Selain itu, anak kucing boleh mempelajari dengan lebih cepat dan baik manakala kucing dewasa mempunyai lebih gangguan dan perubahan emosi yang menyebabkannya lebih sukar untuk dilatih. Walau bagaimanapun, dalam kedua-dua kes sebagai pemilik kucing, anda perlu bersabar dan kendalikan kucing dengan cermat untuk mendapat hasil yang dikehendaki.

  • Peralatan latihan

    Latihan menggunakan alat atau permainan adalah cara yang popular dan cekap untuk melatih kucing. Dengan pelbagai jenis alatan yang tersedia untuk dipilih, anda boleh memilih alatan yang paling mudah untuk anda memahami helah supaya melatih komunikasi kucing dengan lebih berkesan! Antaranya adalah ‘clickers’, ‘target sticks’, kantung makanan dan tikar biasa yang boleh anda gunakan untuk melatih anak kucing pada masa bila dan di mana hendak duduk.

  • Pelajaran secara Berperingkat

    Terdapat banyak permainan kucing pintar yang boleh dipelajari oleh anak kucing anda! Walaupun terdapat banyak helah yang boleh anda ajarkan kepada anak kucing, tetapi anda perlu bertenang untuk mengelakkan mengelirukan kucing anda dengan helah yang sukar. Mulakan dengan sesuatu yang mudah diajar dan boleh dicapai oleh kucing anda. Rancangkan pelajaran secara berperingkat supaya anak kucing anda memahami tanpa menghilangkan semangatnya.

  • Memberi Ruang untuk Kucing

    Memberi ruang yang mencukupi adalah kunci dalam sebarang interaksi dan begitu juga untuk kucing anda! Sesetengah kucing adalah ‘introvert’ dan lebih suka bersendirian daripada komunikasi kucing yang kerap. Kucing merupakan haiwan yang pintar dan ia tidak akan mengambil masa yang panjang untuk melatihnya. Sebaliknya, anda boleh menetapkan masa latihan untuk melatih kucing anda dan membiarkannya sepanjang masa. Anda juga boleh menggunakan masa ini untuk terlibat secara aktif semasa sesi latihan mereka.

  • Gunakan Peneguhan Positif

    Kucing tidak dilahirkan dengan memahami arahan manusia. Justeru, selain mempelajari cara berkomunikasi dengan kucing, anda perlu bersabar dan memberi kasih sayang sepanjang tempoh proses latihan dan komunikasi dengan kucing. Ia bermanfaat untuk mengenali kesilapan yang mereka lakukan, dan memberi layanan kepada mereka. Tambahan pula, teknik berasaskan ganjaran kepada pencapaian positif juga sangat membantu! Hadiahkan snek kucing untuk melatih kucing dan bagi setiap aksi ia pelajari.

Cara yang Berfungsi untuk Mengajar Kucing Anda

Beberapa helah berfungsi tentang cara melatih kucing ialah:

  • Menduduk

    Menduduk merupakan salah satu helah yang paling mudah mengenai cara melatih kucing. Oleh kerana ia adalah tindakan yang biasa dilakukan, anda boleh melatihnya dan memberikan ganjaran snek semasa latihan. Secara beransur-ansur, kucing anda akan belajar mengenal pasti dan memahami perkataan dengan tindakannya dan menganggap ianya sebagai sebahagian daripada latihannya. Anda boleh menggunakan arahan suara ‘duduk’ atau ‘clicker’ supaya kucing memahami arahan itu.

  • Mari

    Kucing boleh menjadi sangat muram. Inilah sebabnya mengapa mengajar arahan ‘mari’ untuk anak kucing anda menjawab apabila anda memanggilnya. Arahan ‘mari’ mudah diajar dan sangat mudah difahami. Anda boleh memberikan snek setiap kali melatih kucing anda datang kepada anda apabila menggunakan arahan suara ‘mari’ atau dengan bunyi ‘clicker’. Lama-kelamaan, kucing anda akan semakin bersemangat untuk berlari kepada anda setiap kali anda memanggilnya.

  • Cari ia

    Cara ini memerlukan anda menggunakan snek untuk melatih kucing anda memperkenalkan frasa ‘cari ia’. Pastikan anda menggunakan snek yang mudah dikesan oleh baunya kerana kucing kebanyakannya bergantung pada deria baunya untuk memburu. Kucing yang mempunyai naluri memburu dan menjejaki yang baik akan memahami arahan ini dalam masa yang singkat! Ia adalah salah satu helah yang paling mengagumkan tentang cara melatih kucing dan sangat berguna semasa bermain ‘fetch’.

  • Ambil

    Anjing membawa surat khabar kepada pemiliknya merupakan pemandangan yang sangat menarik untuk dilihat. Sama seperti anjing, kucing juga boleh mengambil barang untuk pemiliknya. Walaubagaimanapun, anda mungkin memerlukan sedikit kesabaran sebelum kucing anda belajar mengambil sesuatu dengan mengikut arahan. Mereka mungkin tidak dapat mengambil bungkusan besar, tetapi apabila ia berkaitan dengan objek yang kecil seperti surat khabar dan kunci kereta, permainan kucing ini pastilah paling menarik!

  • Dalam kotak atau pembawa

    Jika anda tahu cara berkomunikasi dengan kucing, anda mesti mengetahui bahawa kucing obses dengan kotak. Kebanyakan kucing boleh tinggal dengan gembira di dalam kotaknya selama berjam-jam. Walau bagaimanapun, kadang-kala mereka akan mengunyah dan mengoyakkan kotak. Melatih kucing untuk masuk ke dalam kotak akan mengurangkan beban kerja anda untuk memastikan kotak itu tidak dikoyakkan dan juga mengajarnya etika tingkah laku yang penting. Arahan ini sangat bermanfaat untuk anda semasa hendak memasukkan kucing anda ke dalam pembawa mereka semasa membawanya jumpa doktor haiwan!

Frequently Asked Questions

  1. Berapakah umur terbaik untuk melatih kucing?

    Umur terbaik untuk bermula melatih kucing adalah 8-13 minggu. Inilah usia apabila mereka mengalami perkembangan otak yang reseptif dan paling mudah dilatih dan diajar dengan cepat. Di samping itu, anda juga mesti mengetahui cara berkomunikasi dengan kucing untuk mencapai hasil yang terbaik.

  2. Bagaimanakah anda mula melatih kucing?

    Setelah anda menguasai komunikasi dengan kucing, cara terbaik untuk memulakan latihan kucing ialah melalui suara dan bunyi. Namun, cubalah untuk mengelakkan daripada menggunakan bunyi yang kuat atau desis yang mungkin menakutkan mereka. Sebaliknya, gunakan bunyi ‘clicker’ yang neutral. Dan juga merancang sesi latihannya secara berjadual.

  3. Apakah cara yang paling mudah untuk melatih kucing?

    Sekiranya anda bermula sejak kucing masih kecil, komunikasi dengan kucing, melatih kucing dan mengajar helah kepada kucing adalah lebih mudah daripada yang anda fikirkan. Cara paling mudah ialah menggunakan banyak snek yang lazat untuk melatih kucing dan memotivasikan kucing setiap kali mereka menghasilkan pencapaian besar.

  4. Adakah kucing mudah dilatih?

    Kucing yang mengetahui permainan kucing kurang dijumpa berbanding dengan anjing kerana kebanyakan pemilik kucing tidak mengambil inisiatif. Walau bagaimanapun, kucing merupakan haiwan yang pintar dan boleh memahami arahan dengan mudah. Mulakan dari muda dan perhatikan kucing anda belajar permainan kucing baharu

X

Beli secara atas talian